Selasa, 30 Juni 2009

Kalam YDP......

MENOBAT KEINTELEKTUALAN MAHASISWA

Salam Perantauan,

Ikhwan Fillah,

Alhamdulillah…. sehingga kini kepimpinan PKPMI-Cawangan Aceh periode 09/10 telah berusia genap 4 bulan. Selama 4 bulan itulah berbagai asas telah diletakkan dan fondasi persatuan telah di teguhkan. Itulah tugas dan amanah kepimpinan, tidak hanya menyelenggarakan urusan persatuan, pemerintahan dan administrasi sahaja. Apa yang penting bagaimanakah mengurus sikap dan persepsi antum untuk digarapkan dalam satu kesatuan atau forum solidariti ukhuwah se-Malaysia.

Walaupun agenda ukhuwah adalah agenda yang penting, namun bagi saya antara yang paling terpenting ialah bagaimana hendak menjana keintelektualan mahasiswa. Percayalah wahai sahabat mahasiswa, forum ukhuwah tidak akan berhasil jika tidak bermula dengan pemberdayaan keintelektualan, daya keintelektualan tidak akan berjaya jika kefahaman tidak mendahuluinya.

Bagaimana kefahaman itu mahu terjelma jika tanpa disusuli dengan kesungguhan, dan pokok pangkalnya, kesungguhan itu tidak akan konsisten jika tiada ketulusan niat dan ketajaman tujuan dalam berbuat. Kerana momentum dan mobilasi kesungguhan yang jitu tidak akan berhasil jika tanpa niat yang tulus dan keikhlasan yang tinggi... Begitulah wahai sahabat, PKPMI-CA akan lebih mapan dan mantap jika ketulusan sahabat-sahabat lebih mendahului dari segala-galanya… PKPMI-CA akan hebat dengan kesatuan yang kita bina bersama-sama dalam menggerakkan segala apa yang dirancangkan.

Inilah ruang lingkup kita sebagai mahasiswa. Kita sama-sama memberdayakan kapasiti intelektual bukan untuk diri kita sendiri. Kita bijak bukan untuk diri kita sahaja, kita cerdas pun bukan untuk manfaat diri kita. Malah yang lebih bermakna keintelektualan jika kita manfaatkan untuk ummah dan masyarakat. Itulah maksudnya kita sebagai mahasiswa. Kita mahasiswa merupakan:-

- Kita mahasiswa adalah pemuda dan pemudi yang meraih ilmu-ilmu pengetahuan di kampus-kampus, pogram-pogram, lembaga-lembaga dan hal-hal yang meningkatkan nilai keintelektualan kita.
- Kita mahasiswa adalah dalam fase yang serba ingin tahu, fase perbentukan kepribadian, prihatin kepada problematika masyarakat, siap memberi dan berkorban. Dan kitalah sekelompok mahasiswa yang bertindak sebagai duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat dan ummah.
- Kita mahasiswa adalah golongan yang terefleksi dari murabbi, pensyarah-pensyarah, buku, tulisan ilmiah, lembaga-lembaga, lingkungan kekeluargaan dan persekitaran yang kesemua ini membentuk mentaliti keintelektualan dan sekaligus menjengah kesedaran kita.
- Kita mahasiswa adalah golongan yang akan melakukan at-taghyir kearah membentuk generasi serta ummah berdasarkan pada acuan al-Quran dan as-Sunnah.

Inilah yang dicita-citakan oleh setiap bangsa mahasiswa. Kita harus laju kehadapan, dan tempatkanlah posisi kita sebagai front liner dalam tatanan masyarakat dan ummah. Kita bertindak sebagai social control dan agent of change yang memotori ummah, bukan itu sahaja malah kita juga bertindak sebagai ustaziyatul ummah.

Ingatlah wahai sahabat-sahabat, keintelektualan tidak akan bermakna jika tidak disusuli dengan adab dan ketaqwaan, keintelektualan tidak akan laku jika kita bersikap bongkak dan takbur, dan tidak akan berhasil keintelektualan jika kemalasan yang mengiringi. Janganlah menjadi golongan yang paling hina dengan menjadi golongan pencetus dan provokator kepada perpecahan kesatuan amal jamaie yang telah terbina ini. Tunjuklah contoh kepada mereka (Aceh), bahawa kitalah mahasiswa yang paling layak untuk dijadikan sebagai rule model atau Qudwah kemahasiswaan. Apapun yakinlah wahai sahabat, bahawa kesemua ini tidak dapat kita capai andai kita melupakan dasar utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah

Renungilah wahai sahabat, bahwa ummah menanti kita dengan daya intelektual kita dalam membangunkan masyarakat menuju mardhatillah. Sesungguhnya, jarak antara kemenangan dan kekalahan itu sangat dekat, dekat bagi generasi terkedepan ummat. Mahasiswa yang beriman kepada Allah s.w.t dan berpegang teguh dengan nilai-nilai rabbani, dan ikhlas demi kejayaan umatnya merekalah harapan umat yang paling memungkinkan untuk mengembangkan amanah generasi saat ini dan akan datang….. Siru ala barakatillah……

Sekian.

“Kesatuan Memartabatkan Keintelektualan Ummah”




Mohammad Azzar Bin Ismail
Yang Dipertua,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia
Cabang Aceh (09/10)...

Minggu, 28 Juni 2009

Seven Group?

Tujuh golongan mendapat perlindungan di bawah A'rasyh Allah (S.W.T) pada hari Kiamat:

عن ابي هريرة رضى الله عنه, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم. (( سبعة يظلهم الله فى ظله يوم لا ظل الا ظله : امام العادل ، وشاب نشأ فى عبادة الله تعالى. ورجل قلبه معلق بالمساجد. ورجلان تحابّا فى الله. اجتمعا عليه، وتفرقا عليه، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال. فقال ابي اخاف الله. ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه. ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه)) متفق عليه.


Tujuh golongan tersebut ialah:

1) Pemerintah atau pemimpin yang adil.

2) Pemuda/pemudi yang membesar sentiasa dalam Ibadah kepada Allah (SWT).

3) Orang lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid.

4) Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah (SWT),yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

5) Orang lelaki yang apabila diajak oleh wanita cantik lagi menawan untuk melakukan perbuatan keji (zina) , dengan lantas dia menjawab : Aku takutkan Allah.

6) Dan orang lelaki yang apabila ianya memberi sedekah dia sembunyikan,sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

7) Orang lelaki yang mengingati Allah (SWT) diwaktu sunyi lantas mengalir air matanya kerana takutkan Allah (SWT).

Sabtu, 27 Juni 2009

MEMBUMIKAN PATRIOT PKPMI-CA

Salam Muhibbah,

Selepas posting pertama dipostkan, sudah lama kita tidak bersua. Mohon maaf di atas keterlambatan untuk update blog yang baru memucuk ini. Biasalah dunia mahasiswa, penuh dengan kesibukan kuliah, tugas dan aktiviti dakwah. Namun, demi matlamat dan cita-cita Islam, momentum dan konsistensi terus dipacu meskipun tribulasi, mihnah dan minhah mengiringi. Yang paling penting ukhuwah harus tetap disemat dan dijaga (harapan YDP).

Ikhwan Fillah yang dirahmati Allah,

Perjuangan di Aceh hanyalah secebis berbanding dengan perjuangan dan pengorbanan yang di lalui oleh sahabat-sahabat di Negara-nagara lain. Boleh jadi ada antara mereka yang terkorban ketika sedang bertarung dengan tribulasi untuk menuntut ilmu. Untuk Tujuan apa kita belajar dan meneruskan proses pembelajaran? Kenapa kita mesti jauh? Dan kenapa mesti Aceh??? Jawabannya adalah terletak pada diri antum semua… Yang penting antum adalah orang terpilih yang telah dipilih oleh Allah untuk menggali khazanah yang terdapat di Aceh. Apa khazanahnya? Aceh adalah bumi syariat, Aceh adalah tanah konflik dan Aceh adalah tapak musibah… Cukup dengan menggali ketiga-tiga keistimewaan ini sahaja, kita mempunyai added value yang sangat de facto.

Bagi melahirkan generasi harapan yang punya added value dan berkredibiliti tinggi, tidak akan hadir jika ianya berlaku dalam garapan lingkungan sense of belonging. Kerana tuntutan mahasiswa dan tuntutan hidup kita adalah untuk berkolektiviti dan berorganisasi. Janganlah ada yang menyendiri apatah lagi ada yang beroposisi… Maksimalkan PKPMI-CA dengan kritisi… Padukan ukhuwah dengan beraktiviti… Wujudkanlah fungsi antum menjadi mahasiswa yang intelek yang punya potensi untuk merubah diri. Gunanya untuk agama dan membangun bangsa. Mahu tidak mahu mestilah bermula daripada PKPMI-CA. Sayangilah kesatuan kita dan pertahankanlah kedaulatan PKPMI-CA dari anasir yang boleh memeceh belahkan kita dan kesatuan kita. Wujudkan rasa patriotik antum terhadap PKPMI-CA dengan membangunkan thaqafah dan memurnikan fikrah antum untuk memacu dan merintis PKPMI-CA bersama Wehdatul Fikr dan Wehdatul Amal.

Mohd Zaim Irsyad bin Zainal Abidin

Biro Informasi dan Hubungan Luar

Kulliyyah Syariah Islamiyyah Jami’ah Ar-Raniry

www.misteraim.blogspot.com