Minggu, 12 Juli 2009

Setaut Ukhuwah Segunung Mahabbah





Setinggi penghargaan buat Uk-Eire Student Chapter yang dinaungi oleh Islamic Medical Association for Malaysia (IMAM) terdiri dari;

1. Wan Ahmad Hilfi

2. Muhammad Afiq

3. Muhammad Najmuddin

4. Muhammad Faisal

5. Shahirah

6. Jannah Razif

7. Kak Muz

8. Kak Naz

9. Athirah

10. Amilia

kerana sudi bertaut mahabbah, beramah mesra dan bertandang sapa dengan kami pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA).

Jazakumullahu Khairan Jaza’… Kami telah dimuliakan dengan Kunjungan antum sekalian.

Siru ala Barakatillah

“Kesatuan Memartabatkan Keintelektualan Ummah”

MEMO; Makluman Kepada Candidate Mahasiswa Baru

MEMO

MAKLUMAN TENTANG PAS PENDIDIKAN BAGI MAHASISWA/I YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN KE IAIN AR-RANIRY


Sehubungan dengan itu, saya mewakili PKPMI-CA sesi 2009/2010 ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang Pas Pendidikan untuk kegunaan mahasiswa/I yang akan melanjutkan pengajian ke Aceh Indonesia terutamanya IAIN Ar-Raniry, Darussalam Banda Aceh.

Kepada semua calon mahasiswa/i yang akan mendaftar ke Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, (IAIN Ar-Raniry) Aceh Indonesia, diminta terlebih dahulu untuk membuat Pas Pendidikan di pejabat Kedutaan Indonesia di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Pas Pendidikan tersebut bertempoh selama 60 hari, bermula dari hari pertama sampai di Indonesia. Berikut adalah beberapa syarat untuk membuat permohonan pas pendidikan tersebut ;

1. Surat tawaran pengajian dari IAIN Ar-Raniry

2. Fotocopy passport

3. Gambar 4 keping

4. Borang yang diambil di pejabat Kedutaan Indonesia

5. Bayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Kegunaan pas tersebut adalah untuk memudahkan pengurusan penyambungan VISA dan pengurusan membuat VITAS (Visa Izin Tinggal Sementara) untuk mahasiswa/i.

Pas Pendidikan tersebut boleh diwakilkan untuk dibuat, dimana pihak pengurusan kolej boleh menguruskan untuk pelajar-pelajar tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Mohamad Azzar Bin Ismail, YDP PKPMI-CA :- +6287890305903, dan Mohd Nazifi Bin Mohd Nawi, Pengerusi Biro Keimigrasian PKPMI-CA :- +6287890949752.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan agar ia diberi perhatian yang sewajarnya dan kerjasama yang baik dari pihak pengurusan kolej.


Sekian, wassalam.


“Kesatuan Memartabatkan Intelektual Ummah”






klik untuk dibesarkan





PESANAN PENTING DARIPADA PENGARAH JPMI:

Seorang pelajar Malaysia telah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh positif H1N1 (Selsema Babi/ Swine Flu).

Semua pelajar Malaysia yg berada di Indonesia dinasihatkan:

Semua pelajar yang berada di LCCT KL, agar menggunakan Mask (topeng mulut)

Membuat pemeriksaan segera di hospital sekiranya lemah badan, selsema, atau demam

Melaporkan kepada Pengarah JPMI atau pihak Kedutaan Besar sekiranya positif H1N1

Sentiasa membersihkan badan & tangan dengan antiseptik

Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD)
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
Jakarta, Indonesia
+6281808811111

Sabtu, 11 Juli 2009

Taujih Akademik

Assalamu’alaikum…

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, hari silih berganti, bulan berganti tahun. Diam tak diam kita telah berada di penghujung tahun 2009. Bermakna hampir setahun kita bergelar mahasiswa/wi Institut Agama Islama Ar-Raniry (atau tak lama lagi jadi UIN). Sudah pasti banyak yang telah kita pelajari dan alami sepanjang tempoh tersebut.

Jika diimbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang setahun yang telah berlalu itu, apakah semuanya sudah memadai untuk diri kita? Ataupun segala yang kita lakukan masih memerlukan peningkatan dan pembaharuan?

Sudah banyak yang kita belajar dan fahami, namun adakah semuanya diaplikasikan? Jawapannya cuma ada pada diri sendiri…

Mahasiswa/wi adalah golongan yang menjadi tonggak kepada aspirasi bangsa. Harapan dan peranan yang dipikul oleh mereka amat berat dan memerlukan persediaan serta persiapan yang terancang dan sistematik. Masyarakat amat mengingini generasi yang lahir daripada lembah ilmu ini mampu membawa angin perubahan dalam mendepani arus kehidupan yang semakin kompleks. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai dimensi cabaran dan ujian.

Salah satu ujian terdekat kita adalah final exam. Untuk mendepaninya kita perlu memperlengkapkan diri kita sesempurna mungkin. Poin penting untuk menyediakan ‘kelengkapan’ tersebut adalah:

1. Kita adalah ‘motivator’ untuk diri kita sendiri. Untuk menunggu orang menasihati kita dan memberi motivasi kepada kita belum tentu bila. Jadi kitalah yang perlu mendidik jiwa kita untuk berjaya.

2. Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan menerangi hati-hati orang yang berbuat maksiat kepada-Nya. Kebiasaannya kita memang mudah untuk menerima dan memahami sesuatu ilmu yang diajarkan tapi amat mudah untuk melupakannya lantaran diri kita yang tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian yang dijalani. Salah satu faktor yang menyebabkan ‘lupa’ ini ialah tiada keberkatan dalam ilmu yang kita pelajari. Untuk mendapatkan keberkatan ini, kita perlulah melakarkan satu perubahan atau pentajdidan kepada diri kita, muhasabah diri sendiri adakah niat di hati sudah sebati, syariat sudah dipatuhi, ilmu yang dipelajari sudah diajari dan diamali.. Baiki segala kesilapan yang telah kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak.

Semoga musim peperiksaan ini dilalui dengan penuh semangat, usaha yang mantap, jawapan yang cermat, dan doa yang berterusan. Ingatlah bahwa nilaian kita dalam ujian bukan hanya untuk dinilai pensyarah (dosen) tapi untuk dapatkan nilai di akhirat dengan mendapatkan keberkatan dari Allah.



"Kesatuan Memartabatkan Keintelektualan Ummah"


p/s: Jangan meniru dalam exam kerana salah satu cara untuk mendapatkan berkat Allah adalah dengan berlaku ihsan* (melakukan sesuatu seolah-olah Allah melihat kamu dan kamu melihat Allah) dalam ujian. Mungkin ramai yang menganggap perkara ini biasa tapi sebenarnya yang biasa itulah yang jarang orang titik beratkan.


*rujuk semula utk dapatkan pengertian lanjut


Nur Madihan bt Yaacob

Timbalan Biro Akademik dan Penerbitan

HELWANI PKPMI-CA