Sabtu, 30 Januari 2010

Tarbiyah Bukan Untuk Orang Manja



Tarbiyah bukan untuk orang manja
Tarbiyah bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.


Selasa, 26 Januari 2010

Tingkatkan Daya Keintelektualan Profetik

Era sekarang ini menyaksikan gerakan mahasiswa Islam hari ini seperti kehilangan arah. Kurang daya kritis, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatik dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapak-bapaknya yang terdahulu. Adakah kerana kemalasan untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masakini, menyebabkan pengartikulasian hujah juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa oleh mahasiswa tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan oleh mahasiswa Islam tentulah cetek dan tidak mendalam (sharp).

Antara penekanan yang sangat dititik-beratkan dalam menuju akselerasi kepimpinan umat akan datang adalah dengan mempertingkat keintelektualan yang terdiri beberapa dimensi iaitu;

  1. Islamic world view = Otoritas moral
  2. Sense of politics = Otoritas politik
  3. Academic/intellectual background = Otoritas intelektual

Itulah dimensi utama dan cakupan yang besar bagi aktivis PKPMI-CA. Aktivis PKPMI-CA adalah intelektual profetik yang representasi posisi ‘iron stock’ PKPMI-CA bagi Malaysia dan dalam masa yang sama intelektual profetik adalah cara PKPMI-CA menjembatani antara dakwah thullabiyyah menuju dakwah sya’biyah, mihaniyah, dan siyasiyah sehingga terdorong untuk mengimplementasikan pada setiap peringkat bermula dari dari diri sendiri, keluarga, sel-sel masyarakat sehinggalah negara.

Namun apa yang paling penting contoh agenda intelektual profetik adalah bagaimana penguasaan penerapan ilmu dan pemanfatan teknologi secara maksimal terhadap sains dan teknologi, sumber energi alternatif, technology for the poor, open source dan free software. Contoh ilmu terapan adalah seperti Politik dan Hukum dan ekonomi dan akuntansi dan berbagai-bagai lagi jenis ilmu dan komited mengislamisasikannya.


Mohd Zaim Irsyad Bin Zainal Abidin

Pengerusi,

Biro Informasi dan Perhubungan Luar

PKPMI-CA 2009/2010


Selasa, 12 Januari 2010

BELANGSUNGKAWA KEPADA USTAZAH NORMALA



Salam Takziah dari kami Saff Pimpinan PKPMI-CA dan seluruh warga PKPMI-CA kepada Ustazah Normala Binti Abdul Halim di atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah. Mudah-mudahan Allah taala meletakkan Allahyarham ayahandanya ke darjat yang tinggi sebagaimana mereka golongan orang-orang yang telah menuai dan memetik hasil di sana.

Semoga Allah taala menganugerahkan ketinggian kesabaran dan ketabahan kepada Ustazah Normala dan keluarganya terutama dalam menghadapi mehnah dan dugaan mendatang. Semoga Ustazah terus THABAT dan ISTIQAMAH dengan Islam dan perjuangannya... Siru Ala Barakatillah


Salam dari kami kerabat warga PKPMI-CA, Biro Kebajikan, kediaman dan keselamatan dan Barisan Majlis Tertinggi PKPMI-CA yang diwakili YDP PKPMI-CA...

Senin, 11 Januari 2010

PERNYATAAN SIKAP PKPMI-CA TERHADAP ISU PEMBAKARAN GEREJA

PKPMI-CA MENGUTUK PERBUATAN MEMBAKAR GEREJA

PKPMI-CA percaya isu pembakaran gereja yang berlaku baru-baru ini adalah lanjutan daripada polemik penggunaan kalimah Allah yang berlaku baru-baru ini. Kejadian ini berikutan daripada kekeliruan masyarakat sehingga menimbulkan tanggapan yang negatif dari masyarakat dan dalam masa yang sama timbul syak wasangka dan persepsi yang negatif antara sesama penganut agama.

Justeru itu kami mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan tindakan pembakaran yang dilakukan oleh oknum-oknum yang tertentu. Ini adalah perbuatan biadab dan sabotaj yang bertujuan untuk mengeruhkan dan memicu konflik antara agama di Malaysia.

Aktiviti biadab dan sabotaj seperti ini tidak pernah diajarkan oleh Islam. Sesungguhnya Islam adalah agama yang menitik beratkan keadilan, kedamaian dan kesejahteraan. Islam juga menjaga hak setiap manusia dan warganegara. Hatta ketika dalam peperangan sekalipun Islam sangat menitik beratkan hak-hak terhadap agama lain seperti tidak membunuh penghuni gereja-gereja.

Justeru itu kami dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) mendesak;

1. Mendesak supaya pihak kerajaan segera menyelesaikan isu polemik penggunaan kalimah Allah yang telah mengundang kekeliruan. Dan pihak kerajaan hendaklah lebih serius dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi seperti yang tertuang di dalam Perlembagaan Malaysia artikle 11 (4).

2. Media adalah minda bagi masyarakat: Kerajaan haruslah mengontrol media dan publikasi daripada oknum-oknum yang tertentu supaya fungsinya tidak disalahgunakan. (pemecahbelah masyarakat)

3. Menggesa pihak kerajaan supaya segera melakukan penyiasatan dalang di sebalik pembakaran ini dan mendesak supaya kawalan keselamatan diperketatkan.

Inilah pernyataan sikap daripada kami dari Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA). Sehubungan dengan itu, Kami mengharapkan semua pihak agar bersatu dalam menyelesaikan isu sensitif ini. Menzahirkan Islam sebagai agama yang mementingkan hak setiap insan adalah tanggungjawab semua muslim.



Mohd Zaim Irsyad Bin Zainal Abidin
Pengerusi,
Biro Informasi dan Hubungan Luar
PKPMI-CA 2009/2010.



Mohamad Azzar Bin Ismail
Yang DiPertua,
PKPMI-CA 2009/2010.

Minggu, 03 Januari 2010

Kaleidoskop 2009; Ironi semalam fenomena akan datang

Salam Negarawan,


Kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Agak lama tidak bersua. Alhamdulillah telah berlalu tahun baru Hijrah dan tahun baru masehi. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu dan memberi keazaman untuk melaksanakan agenda mendaulatkan Islam kedepan. Mungkin artikle ini agak kelewatan sedikit, berikutan ada beberapa komitmen yang terpaksa di dahulukan. Tahun 2009 telah banyak meninggalkan kenangan pahit manis, suka dan duka kepada kita. Namun sejauh manakah iktibar yang kita dapat ambil daripada peristiwa bersejarah yang telah dilakarkan. InsyaAllah mungkin sekadar kaleidoskop 2009 untuk renungan akhir tahun untuk meciptakan paradigma pergerakan kedepan yang lebih unik.

Di kejauhan ini kita dapat juga menyaksikan beberapa peristiwa besar yang berlingkar disekeliling kita. Dimulai dengan isu seputar rampasan kuasa di Perak yang dilakukan oleh kerajaan BN dan Oknum yang tertentu sekaligus telah mencemarkan kedaulatan demokrasi tanah air, kes pembunuhan tragis Altantuya yang masih belum tuntas sekaligus mencemarkan nama baik proses peradilan dan hancurnya teori separation of power (wujudnya mafia pengadilan), satu demi satu berlaku runtuhan dan kerosakan fizik pada bangunan pemerintahan projek kerajaan contoh seperti stadium di Kuala Terengganu, bangunan mahkamah dan Jambatan, rebutan kuasa dikalangan pemimpin MCA, spekulasi kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM sewaktu penyiasatan dijalankan, hilangnya jet F5E bernilai 100 juta, skandal sex oleh pemimpin tertinggi MCA, Isu Unity Government sehingga berlaku kegoncangan dalam PAS dan mendapat respon negatif dari regu politik Pakatan Rakyat, tentangan rakyat terhadap perlaksanaan PPSMI, kemenangan Pro-mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus (PRK), kejayaan mahasiswa menggugat AUKU, penggunaan e-voting dalam pilihanraya kampus akan datang, pembunuhan karakter dengan dakwaan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari ke atas Anwar Ibrahim, skandal korupsi di PKFZ; jerung terlepas bilis didakwa, peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, peremehan hukum Islam (sebatan) oleh Kartika, 1Malaysia selepas retorik Islam Hadhari, paket demi paket ekonomi dicanangkan, pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil bermula dari Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Manik Urai yang terakhir di Bagan Pinang, isu wang royalti yang dituntut oleh kerajaan Kelantan, perletakkan jawatan Ketua Pengarah SPRM Dato Seri Ahmad Said yang menimbulkan pelbagai tanda tanya publik, dan bermacam-macam lagi isu publik.




Berikut tidak ketinggalan peristiwa yang berlegar di nusantara (Indonesia) iaitu Isu terrorisme pengeboman di Jakarta, kejayaan membanteras Nurdin M.top, isu Ahmadiyah yang akhirnya membuat presiden kecut perut untuk mengeluar Keppres, dilaksanakan Pemilu dan Pilpres sehingga SBY dan Boediyono Berjaya menaiki takhta kepresidenan, isu neo-liberalisma, buaya vs cicak; KPK di gugat oleh POLRI berikutan penyalahgunaan kuasa dan wenangan, dakwaan ke atas Antasari Azhar Ketua KPK terhadap pembunuhan ke atas seorang tokoh korporat, isu Prita dan rumah sakit Omni berkesudahan dengan pembebasan ke atas Prita, skandal korupsi Bank Century, Kegoyahan hubungan antara tanah air Malaysia dan Indonesia berakibat dari isu yang menimbun bermula krisis pulau Sipadan dan Ligitan, kebudayaan (tari pandet dan lagu kebangsaan;lagu terang bulan), Blok Ambalat, Manohara dan kekejaman ke atas Tenaga Kerja Indonesia (TKI), berlaku gempa Bumi Sumatera Barat dan Bandung, isu LAPINDO akibat dari kerakusan tangan manusia, pengesahan Raqan Acara Jinayah oleh Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA) dan berakhir dengan penolakan oleh Gubernur Aceh Irwandi Yusuf, Rundingan kesepakatan ekonomi terbuka (FTA) antara Indonesia dan China, dan yang terakhir meninggalnya tokoh pluralis Gus Dur.



Obama vs McCain = Obama


Tidak lupa juga isu antarabangsa bermula dengan penyerangan ke atas Gaza dan palestin oleh rezim yahudi laknatullah, kemenangan besar Barrack Obama dalam pilihanraya presiden, goncang wallstreet dan memberi effect kepada kegawatan ekonomi dunia, kenaikan harga minyak dunia, propaganda dan manuver halus yang dilakukan oleh Amerika terhadap Iran melalui isu pemberdayaan uranium dan nuklear, demontrasi besar-besaran menolak keputusan pilihanraya presiden yang dimenangi oleh Ahmadinejad dan reformasi pemerintahan di Iran yang diketuai oleh Mir Hossein Musavi (agenda barat), perjanjian kesepakatan nuklear dan strategis antara Amerika dan Rusia yang berlatarbelakangkan pemonopolian penjualan senjata, sang pahlawan PM Turkey yang sangat vocal mengkritik Simon Peres sewaktu forum ekonomi serantau, perlawanan antara gelombang kuning dan merah di Thailand serta tragedi berdarah menimpa umat Islam di selatan Thailand, penambahan perajurit AS ke misi di Afghanistan, krisis kemanusiaan yang berlaku pada umat Islam di Rohingya Myanmar, konflik politik di Pakistan sehingga mengorbankan tokoh politik Benazir Bhuto, konflik umat Islam Uighur di China, perlawanan Tibet ke atas pemerintahan China, konflik etnik di Sudan, Mesir menyekat bantuan ke Palestin, kongress deklarasi Alam Sekitar di Kompenhagen Denmark yang mendiskriminasikan negara-negara membangun, hari korupsi dan HAM sedunia dan lain-lain lagi isu yang mendunia.



Banyak peristiwa dan isu yang tidak terungkapkan, seharusnya isu ini mempunyai daya kritis dan analisis tetapi hanya sekadar ungkapan sahaja. Mungkin keterbatasan masa untuk menulisnya dan dilihat sangat panjang penyampaiannya..

Tentangan Yang dipikul

Menikmati demokrasi merupakan satu perkara yang tidak memungkin jika setiap level tatanan social, politik, ekonomi mengalami permasalahan. Dinamika yang berlaku sebegini akan membantutkan perjalanan social dalam menuju kepada tingkat kesejahteraan. Boleh jadi upaya pemerintah dalam meningkatkan kesejahteraan ini akan terbantut akibat daripada perubahan global dan boleh jadi juga tingkat korupsi dan jenayah birokrasi melanda ketika dalam pendistribusian kesejahteraan masyarakat.

Biarpun harapan meninggi gunung dan konsep mencanak gempak dengan mengharap kadar fiskal kerajaan berkurangan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus tahun depan nyata hanya retorika semata-mata. Upaya penghasilan pemerintah dapat dipertingkatkan dengan mengoptimakan sektor ekonomi yang mendukung seperti sector real seperti pertanian, perikanan dan penghasilan perusahaan yang lain bagi meningkat capaian Produk Domestik Bruto (PDB). Meskipun liberalisasi ekonomi telah digegak gempitakan dan penswastaan sedang dijalankan namun kerajaan masih belum jelas dan tidak fokus yang sektor mana yang menjadi tanggung jawab kerajaan. Sehingga akhirnya wujud pemonopolian yang akhirnya merugikan rakyat. Dan kerajaan terpaksa mengisytiharkan bail out dan menanggung beban akibat daripada unsur Kapitalisme dan pemonopolian yang berlaku. Inilah akibatnya apabila Korupsi dan Rasuah di Industrikan. Kedaulatan tanah air boleh tergadai dan terjual gara-gara korupsi.

Bukti awal tahun lagi sudah menunjukkan program ekonomi yang dicanangkan telah menemui kegagalan ialah dengan berlaku Inflasi dan termasuk juga yang menjadi beban rakyat adalah kenaikan harga gula yang menjadi keresahan rakyat. Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak bermula 01.01.2010 seperti yang dimaklumkan oleh kata Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Mohd Zain Mohd Dom yang menjadi kambing hitam Kerajaan Barisan Nasional. Begitu juga dengan masalah kenaikan harga minyak kepada USD 80 setong pula, dijangka bakal ditangani oleh dengan menaikan harga minyak dipasaran tempatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Termasuk juga persaingan antara matawang, matawang negeri jiran rupiah sedang mengalami peningkatan sedangkan ringgit Malaysia semakin merudum.

Inilah coretan yang jendela 2009 yang telah dilabuhkan. Logiknya permasalahan yang timbul pada 2009 adalah bibit daripada 2008 atau sebelum 2008 lagi seperti isu skandal PKFZ. Berbaki lagi, bagaimanakah kita memposisikan diri kita untuk akan datang pada tahun 2010. Sedangkan krisis pada 2009 telah menimbun dan berkutat. Problematika yang belum dituntaskan lagi. Semakin menimbun dan akhirnya problem, masalah dan persoalan bangsa diwariskan kepada generasi akan datang untuk diselesaikan yang entah bila kebangkitannya generasi baru tersebut.

Sememangnya tahun 2010 dan kedepan adalah tahun yang paling mencabar. Tahun yang memikul problem tahun-tahun yang lalu. Seperti biasa rakyat dan ummat akan menelan kekecewaan akibat kebobrokan dan ketidakjujuran pemimpin-pemimpin. Tiada harapan lain yang disandarkan kepada oleh umat melainkan harapan wujud dan terlestarinya pembaharuan. Pembaharuan yang dilakukan oleh pemimpin berwawasan aqidah Islamiah sebagai visi, dan bercita-cita melaksanakan pemerintahan yang adil yang di dalamnya menjalankan pemerintahan sesuai dengan hukum syara dan mengutamakan kemaslahatan. Lebih-lebih pemimpin tersebut mempunyai komitmen internasional untuk menyatukan antara negara-negara Islam sehingga kepada puncak Ustaziyatul Alam dan terhapuslah konsep Negara bangsa.




Mahu tidak mahu kepada pemudalah sandaran perubahan.Yang akan menjadi pewaris agama, bangsa dan Negara, dan bakal menerajui perubahan yang signifikan dengan cara mendalami bagaimana harus mengurus perubahan. Agar perubahan yang dilakukan itu lebih bersistematik dan bersolusi cerdas. Serta revolusi yang dilancarkan tidak terdapat rongga yang kosong…Semoga sisa-sisa waktu, tempat dan kekuatan yang berbaki ini dapat dimanfaatkan untuk Islam…

Wallahualam…



Siru ala barakatillah…

Mohd Zaim Irsyad Bin Zainal Abidin

Peng. Biro Informasi dan Hubungan Luar

Kulliyyah Syariah Islamiyyah

Jami’ah Ar-Raniry Banda Aceh, NAD

Republik Indonesia

Seutuh Ukhuwah Segunung Pengorbanan; Saff Pimpinan PKPMI-CA 2009/2010

Saff Pimpinan Muslimin


dari kiri; Nazifi, Muslim, Azzar (YDP), Zaim Irsyad, Ikram, Fariq, Azmi, Azlan
Ashraf, Salam, Fadhlullah, Azizil, Hakimi.
tiada; Azrul



Saff Pimpinan Helwani


depan kiri; Madihan, hafizah, Najwa (Peng. Helwani), Shuhada, Fazilah,
Nasriah, Sharifah Zainab
Belakang Kiri; Maisarah, Nabilah, Nuranisah, Aminah Ramli, Normala dan Aisyah
Tiada; Nuratikah Ismail dan Roslina





" Kesatuan Memartabatkan Intelektual Ummah "