Rabu, 24 Februari 2010

Belasungkawa

Seluruh Warga PKPMI-CA Mengucapkan Takziah dan Belasungkawa
Kepada Akh Mohd Hafiz Bin Fathil Di Atas Pemergian Ayahandanya Ke Rahmatullah Pada 24 Februari 2010 Jam 4.30 Petang Waktu Malaysia Sebentar Tadi..

Mudah-mudahan Roh Ayah Beliau dicucuri Rahmat Oleh Allah S.W.T. Dan Ditempatkan Bersama Orang-Orang Yang Menuai Telah Hasil..

Kami Mendoakan semoga Allah Mengurniakan Setinggi Kesabaran Kepada Akh Hafiz..

Dan Semoga Akh Hafiz Tetap Thabat dan Istiqamah Dengan Islam, Dakwah dan Perjuangannya...


Seeru Ala Barakatillah


Dari;

YDP PKPMI-CA
MT PKPMI-CA
BIRO-BIRO PKPMI-CA
SELURUH WARGA PKPMI-CA

Senin, 08 Februari 2010

Lawatan Pengantarabangsaan PMFPI UKM ke Aceh Berjaya

Setelah 4 hari berada di bumi Aceh Darussalam sejak tanggal 5 Feb yang lalu, hari ini seramai 39 mahasiswa dari Fakulti Pengajian Islam ( FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyertai Lawatan Pengantarabangsaan ke Aceh melangkah kaki meninggalkan tanah bersejarah ini menggunakan pesawat Air Asia.Rombongan ini diiringi oleh Pro.Madya Dr Fauzi Naim yang merupakan salah seorang pensyarah di Fak.Pengajian Islam UKM.

Acara penuh dilaksanakan pada Hari Sabtu iaitu kunjung hormat ke IAIN Ar-Raniry. Pada sebelah paginya, para peserta sempat bersama Pembantu Rektor IAIN, Bapak Syahrizal dan pimpinan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) IAIN dalam sesi dialog antara dua university ini. Selepas solat Zohor, acara diteruskan dengan Forum Mahasiswa yang bertajuk: Cabaran Masa Depan: Tahap Ketahanan Mahasiswa Pengajian Islam Dalam Masyarakat Kontemporer. Mahasiswa UKM menghantar 2 orang wakilnya dan BEM IAIN menghantar 2 wakilnya untuk menjadi panelis forum. Antaranya, dari UKM, Sdr Mubarak dan BEM IAIN, Presidennya, Sdr Heri Maulizar.

Selama berada di Aceh, mahasiswa FPI UKM ini diiringi oleh pimpinan PKPMI-CA melawat ke beberapa buah rumah anak yatim mangsa Tsunami dan konflik, tempat-tempat sejarah Tsunami, sejarah Kerajaan Islam Aceh Darussalam, Muzium Aceh dan sebagainya.

Pada malam tadi, para mahasiswa dari UKM ini berpeluang mengadakan sesi ramah mesra dengan mahasiswa Malaysia yang menuntut di IAIN Ar-Raniry. Antara yang menyampaikan ucapan pada malam tadi adalah YDP PKPMI-CA, Sdr. Azzar Ismail, Pengarah Program Lawatan UKM, Sdr. Khairul Anuar, YDP Persatuan Mahasiswa FPI UKM, Sdr.Amir dan Presiden ISIUKM, Sdr Nazri. Wakil ISIUKM menjelaskan mengenai perkembangan pilihanraya kampus di UKM yang penuh dengan sejarah apabila julung kalinya pihak FRU menggempur mahasiswa di dalam kampus. Pelbagai penyelewangan dalam pilihanraya kampus turut didedahkan oleh beliau.

Perkembangan sahabat-sahabat di UKM boleh lihat disini: http://myblog-pmfpi.blogspot.com/

(gambar-gambar sekitar lawatan akan dimasukkan kemudian)

Jumat, 05 Februari 2010

PKPMI-CA Terima Kunjungan Speaker DUN Kelantan

Sebentar tadi, pimpinan PKPMI-CA mengiringi keberangkatan pulang rombongan dari Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Rombongan ini diketuai oleh Y.B Ust Hj Nasaruddin bin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (Adun Meranti), Y.B Ust Abdullah Yaakob (Adun Air Lanas) dan YB. Drs.Zainuddin Awang Hamat (Adun Limbongan). Turut bersama mereka dalam kunjungan lima hari ke bumi Aceh Darussalam bermula tanggal 1 Feb 2010 yang lalu sehingga hari ini adalah Ybhg Hj Mohamad Apandi (Penyelia Parlimen Jeli), Al-Fadhil Ust Mansor bin Daud (Mudir Ma’ahad Muhammadi Lil Banat), Al-Fadhil Ust Tajuddin (Mudir Rahmah, Kenali) dan beberapa orang yang lain.

Dalam kunjungan mereka ke Aceh, mereka sempat bertemu setiausaha kepada Gubernor Aceh pada hari Rabu. Gubernor Aceh, Irwandi Yusuf dan wakilnya (timbalannya), Mohamad Nazar, saat itu berada di Jakarta atas urusan rasmi kerajaan Aceh. Y.B Ust Nasaruddin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (Adun Meranti) diberi penghormatan menyampaikan Kuliah Maghrib pada hari Rabu malam Khamis di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh yang disiarkan secara live oleh Radio Baiturrahman.

Seusai solat Isya’, satu pertemuan antara pihak Kerajaan Negeri Kelantan ini bersama seluruh mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry, Aceh diadakan. Majlis dialog bersama pimpinan ini dilaksanakan di Training Centre Putroe Phang, Banda Aceh dengan kehadiran lebih 100 mahasiswa. Pada kesempatan tersebut, Y.B Ust Hj Nasaruddin menjelaskan beberapa isu seperti royalti minyak yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat, kalimah Allah, pembakaran gereja, insiden kepala babi, slogan One Malaysia dan sebagainya. Penjelasan lebih terperinci mengenai isu royalty minyak disampaikan oleh Ybhg Hj Mohamad Apandi. Turut menyampaikan ucapan adala YB Drs Zainuddin Awang Hamat dan YB. Ust Abdullah Yaakob.

Pada akhir pertemuan, ruang diberikan kepada mahasiswa untuk mengemukakan sebarang persoalan berkaitan isu-isu terkini di Malaysia. Sumbangan kepada PKPMI-CA turut diserahkan oleh Y.B Ust Nasaruddin melalui YDP PKPMI-CA, Al-Akh Mohammad Azzar Ismail.

Sebaik sahaja rombongan Kerajaan Negeri Kelantan berangkat pulang, PKPMI-CA terus menunggu kehadiran rombongan dari mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM seramai 39 orang yang tiba sekitar jam 12.30 t.hari tadi. Mereka akan berada di Aceh sehingga tanggal 8 Feb ini.