Jumat, 19 Maret 2010

Konsep dan Persyaratan Penulisan

Konsep Pertandingan dan Persyaratan Penulisan

Tema Dan Tajuk Artikle;

TEMA

1. PKPMI-CA MILIK BERSAMA

2. MEMBANGUN PKPMI-CA BERSKALA NASIONAL

3. PKPMI-CA YANG KU CITAKAN ADALAH SEPERTI ………….

PERSYARATAN PENULISAN

· Pertandingan terbuka kepada Anggota PKPMI-CA atau alumni PKPMI-CA.

· Artikel di taip di atas kertas ukuran A4;

· Spacing 2.0

· Menggunakan Time News Roman, ukuran Font 12;

· Panjang artikel sekurang-kurang 3 halaman dan batas 10 halaman;

· Artikel:

· Isinya bersifat ilmiah:

i. didukung oleh data, fakta dan informasi yang memadai.

ii. Memiliki perspektif yang unik, baru dan menarik dalam melihat dan menganalisa sebuah permasalahan serta tidak bersifat emosional.

iii. Memberikan alternatif dan solusi yang relevan serta menggagaskan format dan konsep PKPMI-CA masa hadapan.

iv. Penggunaan bahasa yang sangat gramatis dan puitis.

· Artikel sendiri dan asli. Belum pernah dipublikasikan, dan tidak diciplak atau diplagiat dari orang lain.

· Tajuk penulisan artikel merujuk kepada salah satu tema (sub-tema);

· Artikel, beserta biodata singkat penulis, dapat dikirim via e-mail ke: pkpmi_aceh@yahoo.com atau hardcopy langsung kepada Pengarah Pertandingan.

· Hakim Terdiri daripada Pembina PKPMI-CA, YDP, TYDP, Pengerusi dan Timb. HELWANI.

· Keputusan Hakim adalah muktamad

· Artikel kritis sudah diterima panitia selewat-lewatnya pada akhir 1 April 2010.


Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Akh Zaim Irsyad: +6281362662463 @ Ukht Sharifah Maisarah: @ melalui email pkpmi_aceh@yahoo.com


siru ala barakatillah

Projek Lomba Karya Kritis

PKPMI-CA PRODUCTION MEMPERSEMBAHKAN:

Projek Karya Kritis

“ KESATUAN MEMARTABATKAN INTELEKTUAL UMMAH ”

(Sketsa Inisiatif, Progresif, Hasil Nyata & Fundamental)





Senin, 15 Maret 2010

Bicara Dakwah.......


"Akhlak Islamiah Membentuk Pribadi Rabbani"

Menurut Dr Abdul Karim Zaidan, akhlak dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untuk menilai baik-buruknya sesuatu perbuatan.

Akhlak berfungsi sebagai pengatur tingkah laku manusia. Ini berikutan tulisan Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin iaitu, “Setiap sifat yang tersemat dalam hati akan tercerna kesannya pada anggota badan dan akan bergerak menurut sifat ini.” Kata-kata Imam al-Ghazali boleh diumpamakan sebagai akar yang subur yang menghasilkan pokok yang rendang dan tegap. Manakala akar yang sakit akan dapat dikesan pada pokok yang kelihatan lesu dengan dedaun yang kekuningan.

Pertimbangan seseorang bergantung kepada sejauhmana manusia merasai kepentingan nilai tersebut. Jika manusia mengambil berat terhadap nilai-nilai yang tersemat dalam hatinya, pertimbangannya juga turut ke arah kebaikan.

Hakikatnya Islam sentiasa ingatkan penganutnya agar menyematkan akhlak-akhlak yang terpuji dalam hati sehingga merasakannya sebati dan dapat mempengaruhi segala tingkah laku manusia.

Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi. Bukti kepada pengiktirafan kedudukan akhlak dalam agama Islam dapat dilihat atas beberapa sebab:
1. Matlamat pengutusan Rasulullah S.A.W. adalah untuk memperbaiki akhlak manuisa sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
2. Dalam hadith lain Nabi S.A.W. telah menyebut bahawa perkara yang paling berat timbangannya di akhirat kelak ialah akhlak yang baik.
3. Islam meletakkan orang yang berakhlak baik sebagai mempunyai darjat keimanan yang tinggi.
4. Orang yang berakhlak lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. di hari akhirat kelak.
5. Nabi S.A.W. sendiri, walaupun telah diketahui umum sebagai insan yang paling tinggi akhlaknya, masih memohon kepada Allah agar diperelokkan akhlaknya.

Kesyumulan Akhlak Islam

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan lagi, satu ciri yang khusus dalam sistem akhlak Islam ialah kesyumulannya atau ruang lingkup yang dirangkuminya secara menyeluruh. Berbeza dengan pegangan sistem yang ada pada hari ini, akhlak dikesampingkan. Contohnya, dalam hal hubungan antarabangsa. Oleh kerana hubungan yang dijalin tidak berlandaskan prinsip akhlak, amalan pengkhianatan sering berlaku, malah telah dianggap sebagai satu seni dalam berpolitik.

Islam dari awal lagi meletakkan nilai akhlak sebagai suatu dasar negara. Ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. dalam ayat ke-58 surah Al-Anfaal yang bermaksud jika timbul pengkhianatan dalam perjanjian, maka hendaklah dinyatakan kepada mereka dengan jelas, walaupun ia dilakukan oleh orang bukan Islam mahupun orang Islam sendiri. Pernah berlaku dalam Perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi s.a.w. dan pihak musyrikin, seorang Quraisy yang bernama Abu Jandal memeluk Islam lalu meminta supaya Nabi s.a.w. melindunginya.

Oleh kerana perjanjian yang termeterai tidak membenarkan orang Quraisy yang memeluk Islam dilindungi dan hendaklah dikembalikan ke Mekkah, maka Nabi dengan tegas mematuhi perjanjian tersebut. Baginda bersabda, “Kita telah memeterai perjanjian dengan mereka (musyrikin Mekkah). Kita mematuhi perjanjian ini dan mereka juga mematuhinya. Kita tidak akan mengkhianati mereka.”

Sistem akhlak Islam juga berpegang kepada nilai akhlak pada matlamat dan cara. Tiada ruang dalam sistem akhlak Islam untuk “matlamat menghalalkan cara.” Walaupun umat Islam diwajibkan membantu saudara seagama yang dizalimi, namun jika pertolongan tersebut melanggar perjanjian yang termeterai dengan orang yang menzalimi, ia tidak dibolehkan. Hal ini ditegaskan dalam ayat ke-72 surah Al-Anfaal yang bermaksud, “Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.”

Hubungan Akhlak dengan Iman

Akhlak yang buruk dan iman tidak boleh hidup bersama. Ini kerana iman akan mengalakkan akhlak yang baik. Orang yang benar-benar beriman tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan tatasusila kerana sistem akhlak dalam Islam tertegakkan melalui balasan sama ada hukuman atau ganjaran. Hukuman atau ganjaran boleh dikenakan di dunia atau di akhirat. Keyakinan terhadap sistem balasan ini banyak bergantung kepada iman seseorang.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, pada asasnya akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah. Allah s.w.t. telah memerintahkan manusia agar menjauhi akhlak yang buruk dan berusaha memiliki akhlak yang baik. Perintah Allah ini membuktikan bahawa manusia mampu memilih sama ada untuk berakhlak baik atau buruk. Hal ini bertepatan pula dengan kaedah fiqh iaitu taklif hanya menurut kemampuan dan tidak ditaklifkan suatu yang mustahil.

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah As-Shams yang bermaksud, “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwa. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya.” Walaubagaimanapun, kemampuan manusia untuk mengubah akhlak mereka adalah berbeza-beza. Sesetengah manusia telah dikurniakan oleh-Nya dengan sifat-sifat yang terpuji secara semulajadi. Sifat-sifat ini membantunya memilih jalan yang lurus.

Akhlak boleh dibentuk melalui beberapa kaedah. Pertama, tidak menurut perasaan marah. Secara tidak langsung, ia mengelakan kesan-kesan negatif akibat sifat marah. Namun, kita tidak berupaya membuang sifat tersebut kerana sifat ammarah adalah sifat semulajadi manusia. Kita hanya boleh mengawal dan menyalurkan sifat itu ke arah yang sewajarnya. Nabi s.a.w. bersabda, “Orang yang kuat bukan diukur dengan beradu tenaga tetapi orang yang kuat ialah orang yang mengawal dirinya ketika marah.”

Kaedah kedua ialah mendidik jiwa dengan membuang sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat terpuji. Cara mendidik jiwa agar membuat amalan-amalan kebaikan dapat dilakukan apabila manusia memahami agama Islam sebagaimana saaabda Nabi s.a.w. , “Manusia ini umpama logam, yang terbaik di kalangan mereka di zaman jahiliyyah adalah juga yang terbaik di zaman Islam apabila mereka memahami (agama ini).”

Senin, 08 Maret 2010

Makluman Paling Penting....

Assalamualaikum. Wrh. Wbh..

Kepada semua mahasiswa/i Malaysia yang kuliah di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Darussalam Banda Aceh.. sesi pengajian akademik tahun 2010..... pihak DEPAG indonesia telah mengeluarkan pengumuman tentang BIASISWA khusus untuk pelajar luar negara.... Oleh itu, ada beberapa keperluan yang perlu disediakan oleh setiap mahasiswa/i untuk proses permohonan biasiswa DEPAg, antaranya:-
1- fotocopy KHS semester yg lepas.
2- fotocopy passport.
3- fotocopy spp (slip bayaran pengajian untuk semester yang baru).
4- fotocopy buku rekening BANK BPD ACEH (fotocopy yg ada no akaun bank).
5- curiculum vitae @ biodata diri.

oleh itu, segala keperluan diatas perlu diserahkan SEGERA @ SELWAT2NYA pada Hari Khamis (11.03.2010) kepada Akh Mohamad Nazifi Bin Mohd Nawi..... sebarang permasalahan boleh terus dirujuk kepada akh Nazifi.....

sekian... Wassalam.....

Jumat, 05 Maret 2010

Kalam YDP PKPMI-CA...........

“Melahirkan Ulama’ Muda Yang Faqih”

Amma Ba’du : Sesungguhnya sebenar-benar suatu perkataan adalah perkataan Allah (Kitabullah) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sedangkan seburuk-buruk suatu perkara adalah perkara yang diada-adakan, dan setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Firman Allah:- “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata sesungguhnya aku adalah dari orang Islam (yang berserah bulat pada Allah)”… surah Fusilat : 33.

Ulama’ Muda Sekalian,

Pertama ana ucapkan tahniah & takziah pada sahabat-sahabat yang akan menerima ijazah pada Majlis Wisuda IAIN Ar-Raniry pada 06-03-2010. Tahniah kerana sahabat-sahabat sekalian telah melepasi ujian dalam menempuh zaman mahasiswa dan dengan kesungguhan kalian telah berjaya digelar sebagai seorang Sarjana dan takziah kerana selepas ini kalian semua akan memikul tanggungjawab serta amanah yang besar sebagai seorang Dai’e dalam mengembangkan Dakwah dan ISLAM.

Sahabat-sahabat,

Ucapan pertama yang akan keluar dari mulut ibu bapa adalah anak ku sudah berjaya seorang Ustaz @ Ustazah, anak ku sudah menamatkan zaman mahasiswanya. Ucapan ini barangkali akan menakutkan kita semua karena mungkin pada asas nya kita masih lagi belum siap untuk digelar seumpama ini.

Ikhwah dan akhawat yang dibanggakan,

Untuk apa tujuan kita belajar @ menuntut ilmu?... untuk apa kita belajar sampai ke luar negeri?.. untuk apa keluarga kita menghabiskan wang semata-mata untuk menampung pengajian kita?... jawapan nya hanya ada pada sahabat-sahabat. Paling tidak kita kena semat dan azzam dalam diri kita bahwa kita adalah harapan keluarga, masyarakat dan Negara.

Sesungguhnya Allah telah memuliakan kita dengan mengurniakan iman kepada kamu serta mendidik kamu atas dasar ugamanya, dan Allah telah meletakkan kamu di martabat tertinggi di muka dunia dan di kedudukan para da’i di kalangan orang ramai serta Allah menganugerahkan kepada kamu kemuliaan seperti yang dianugerahkannya kepada guru di hadapan muridnya.

Allah berfirman (Al-Imran : 110): “Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah……….”.

Allah berfirman (Al-Baqarah : 143): “Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi terhadap umat manusia……..”..

Oleh itu perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru kamu ialah hendaklah kamu mempunyai keyakinan diri sendiri, dan hendaklah kamu menyedari martabat kamu dan yakinlah bahawa kamulah sebagai tuan di dunia walaupun musuh-musuh kamu sudah tentu ingin melihat kamu berada di dalam kehinaan. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu adalah sebagai guru kepada umat-umat di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi kamu dalam sesuatu sudut yang tertentu; namun demikian, kemenangan terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa.

Ulama’ Muda Sekalian,

Peranan kita semua selepas ini adalah untuk memikirkan bagaimana kita membangunkan semula peradaban atau masa depan ISLAM. Bagaimana kita mengislahkan masyarakat agar mereka menjadi ISLAM sebagai anutan dalam kehidupan. Barangkali dengan kemuliaan yang telah dikurniakan Allah kepada kita tersebut merupakan sebagai satu ujian awal untuk kita berperanan dalam menjayakan ”konsep amar makruf nahi mungkar”.

Slogan ulama’ muda yang dicanangkan sekurangnya berperanan menaikkan semangat (hamasah) sahabat-sahabat untuk terus istiqomah dan thabat di atas jalan Dakwah yang penuh dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, yang penuh dengan ranjau dan duri, dan yang penuh dengan cacian dan makian. Jalan dakwah yang kita tempuhi nanti bukanlah dihiasi dengan permaidani merah atau kesenangan tetapi sebaliknya malah disinilah kita akan benar-benar memahami erti kesabaran dan kekuatan, disinilah baru kita tercari-cari mana sahabat-sahabat sejati, dan disinilah baru kita sedari bahwa selama ini kita lupa dalam memohon atau meminta bantuan dan nusrah minALLAH.

Sahabat-sahabat,

Zaman kemahasiswaan akan berlalu meninggalkan kalian dengan pelbagai kenangan manis dan pahit, yang pasti zaman ini tidak akan berulang kembali. Kita semua akan menempuh zaman yang penuh dengan cabaran, kita akan bergelumang dengan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pengalaman dari kita.

Zaman ini tidak lagi kita sibuk dengan teori-teori semasa kuliah tetapi lebih kepada aplikasi ilmu atau penghayatan amalan. Masyarakat di saat ini akan mula menilai kemampuan dan kehebatan ilmu kita. Masyarakat mula akan menguji daya intelektualan dan kebijaksanaan kita. Kesemua ini merupakan satu proses pentarbiyahan dari Allah.

Kalian akan dihujani dengan pelbagai persoalan dunia yang rumit dan memeningkan kalian. Sebab itu, kalian kena bersedia sebagai Ulama’ Muda yang Amilin, Ulama’ Muda yang Faqih, Ulama’ Muda yang mampu mendepani cabaran, Ulama’ Muda yang bersedia dan siap dalam memikul risalah ISLAM.

Ulama’ Muda yang kita banggakan,

Kalian semua perlu mempersiapkan diri sepenuhnya dengan ilmu dan kefaqihan. Kita mendidik diri kita sendiri supaya terbentuklah dari kalangan kita ini apa yang dinamakan Individu Muslim. Kita juga akan mengasuh rumahtangga kita supaya lahirlah daripadanya nanti apa yang kita sebutkan sebagai Rumahtangga Muslim. Kita juga akan membentuk umat kita supaya terbentuklah apa yang dinamakan Umat Islam.

Bagi menghadapi persoalan ini kita telah pun menyediakan iman yang sekali-kali tidak akan bergoyang, kerja-kerja yang tidak tersekat-sekat, kepercayaan yang tidak luntur kepada Allah, bahkan kita juga telah menyediakan jiwa raga yang merasai sebahagia-bahagia hari baginya ialah hari yang mereka gugur sebagai para syuhada' di jalan Allah.

Di atas dasar-dasar ini dan berdasarkan ajaran-ajaran yang mulia inilah kita menyeru anda sekalian. Jika anda percaya kepada fikrah perjuangan ISLAM ini dan anda menurut jejak langkahnya, memasuki bersama kita jalan Islam ini, melepaskan diri dari sebarang fikrah yang lain, menguntukkan segala tenaga untuk aqidah anda, maka itu adalah sebaik-baik pendirian untuk anda di dunia dan juga di akhirat. Insyaallah, Tuhan akan menjayakan melalui anda seperti mana yang dijayakannya melalui angkatan salaf yang terdahulu dari anda ketika zaman permulaan dulu.

Dengan itu, setiap Ulama’ Muda yang ikhlas bekerja dalam memikul risalah di jalan Islam akan mendapati balasan yang memuaskan cita-cita nuraninya dan setimpal dengan masanya, jika ia benar-benar termasuk ke dalam golongan pejuang-pejuang agama (Ansarullah).

Akhirnya, asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Kita memohon kepada Allah supaya ia memperbetulkan kesalahan kita, mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita dalam usaha meninggikan kalimahnya pada jalan yang Ia redai. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

“Kemenangan itu hanyalah dari Allah Maha Gagah lagi Bijaksana”. Surah Al-Imran:126.

Al-Faqir Ila Rabbi........

Mohamad Azzar Bin Ismail,
YDP PKPMI-CA,
Kuliah Ushuluddin,
Jami’ah Ar-Raniry...

Rabu, 03 Maret 2010

Rasulullah; Uswatun Hasanah Umat Islam...


SALAM MAULIDUR RASUL..
Dari Kami Saff Kepimpinan PKPMI-CA Sesi 2009/2010...
semoga dapat meningkatkan keImanan dan keTaqwaan kepada Allah...

Allah berfirman maksudnya, "Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah ALLAH." (al-Nahl: 36).

Allah berfirman maksudnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (al-Ahzab: 21).

Nabi bersabda maksudnya, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." - Sahih al-Bukhari....

Pengumuman Program


BismillahirRahmanirRahim...........
Assalamualaikum. Wrt. Wbh......

MASLIS KERAIAN GRADUAN MALAYSIA 2010
INSTITUT AGAMA ISLAM NEGRI (IAIN) AR-RANIRY
NANGGROE ACEH DARUSSALAM.....
........................................................................................................................

Hari : Sabtu
Tarikh : 06-03-2010 M / 20 Rabi'ul Awwal 1431 H
Masa : 4.30 petang
Tempat : KTC-024, Jalan T. Nyak Arief, Lamnyong.
Depan Pustaka Wilayah (PUSWIL), Aceh.

* dijemput & diwajibkan pada semua Graduan dan mahasiswa/i Malaysia
untuk hadir pada acara ini.... sekian.. wassalam...

"Kesatuan Memartabatkan Keintelektualan Ummah"

By:- PKPMI-CA SESI 2009/2010..