Sabtu, 31 Juli 2010

Majlis Pertemuan Mahasiswa dan Kerajaan Negeri Kelantan


Skripsi Idamanku








Selasa, 20 Julai 2010: Program “Skripsi Idamanku” yang telah diselenggarakan oleh Biro Akademik dan Pengajian PKPMI-CA sesi 2010-2011 telah dijalankan dengan seadanya di rumah MES PKPMI-CA yang bermula jam 9.00 pagi. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh ahli PKPMI CA khususnya ahli PKPMI CA yang berada di tahun akhir dan kehadiran peserta yang mendaftar seramai hampir 50 orang. “Bagai pucuk dicita ulam mendatang,” kehadiran peserta-peserta yang ramai dapat menghidupkan program yang berlangsung pada hari tersebut..

Pemateri yang telah dijemput adalah Pak EMK Alidar yang telah berpengalaman banyak dalam membimbing mahasiswa dalam menyelesaikan skripsi sebagai syarat terakhir sebelum melangkah sebagai sarjana S1. Pengisian yang diberikan adalah mengenai ruang lingkup untuk menghasilkan sebuah skripsi yang baik, bukan sahaja dari cara pembuatannya yang perlu diperhatikan tetapi bahasa-bahasa yang digunakan juga haruslah baik dan betul. Pak EMK Alidar juga menyarankan agar mahasiswa Malaysia yang berada di Indonesia haruslah ada pengedit dari kalangan masyarakat dan mahasiswa asal Indonesia agar bahasa yang digunakan dapat difahami oleh pembimbing Skripsi dan penguji masing-masing.

Masa yang berputar bagaikan roda sehingga para peserta tidak merasakan program ini berakhir dengan masa yang singkat. Selepas itu, program diteruskan dengan praktikal yang akan dilakukan oleh mahasiswa sendiri yang dipantau oleh pemateri undangan tersebut.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, acara “kudapan” dan sesi berfoto bersama Pak EMK Alidar disediakan sebagai penutup kepada program “Skripsi Idamanku”


Kamis, 15 Juli 2010

Program Tautan Budi

Tarikh : 5-8 Ogos 2010
Tempat : Semantan, Temerloh Pahang

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) membawakan kepada anda, sebuah program bakti siswa dengan kerjasama dari Kerajaan Negeri Pahang! Pengisian program seperti butir-butir dibawah.



Asas PTB

Menjalankan kegiatan sosial dan berbakti kepada masyarakat di samping meningkatkan hubungan dan kerjasama sosial antara mahasiswa Malaysia di Indonesia dengan mahasiswa di IPTA di Malaysia bertepatan dengan Fasal 6(c) Pelembagaan PKPMI.

Penduduk Paling Sihat Di Dunia


undefined
Selama ini kita mengetahui bahawa Gaza merupakan tanah yang penuh penderitaan, peperangan, pembunuhan, kezaliman, runtuhan, debu, mayat, darah dan air mata. Penderitaan penduduk Gaza seperti tiada penghujungnya. Setiap detik penduduk Gaza di selubungi rasa cemas. Roket dan peluru tentera Israel laknatullah mengintai mereka dimana pun mereka berada. Hatta di rumah merekasendiri, sebuah tempat yabg seharusnya menjadi tempat yang paling selamat bagi manusia sudah tidak aman lagi.

Itulah yang di rasai penduduk Gaza saat ini sejak umat Islam kalah dalam perang salib. Kegemilangan umat Islam sedikit demi sedikit, sirna. Keruntuhan Dinasti Uthmaniyyah juga menyebabkan moral dan semangat umat Islam jatuh. Itulah hakikat yang harus kita terima. Berat telinga mendengar, berat lagi bahu mereka memikul. Kita kini hanya menjadi umat majoriti tanpa kualiti.

Namun, disebalik penderitaan rakyat Gaza yang tidak berkesudahan ini, terselit berita gembira terhembus. Tidak beberapa lama yang lalu, terbit sebuah artikel dari zaladebad.com yang menyatakan bahwa Gaza merupakan"Pusat Kesihatan Terbesar No 1 Dunia!"

Subhanallah! Sangat menakjubkan! Masyarakat yang sangat menderita ini, kini mereka masyarakat yang paling sihat. Apakah rahsia disebalik semua ini? Tidak cukup makan dan minum, tempat tiggal yang sederhana malah lebih ramai yang tinggal di atas runtuhan bangunan, udara yang sebati dengan bau belerang dan bahan kimia fosforus tidak membuatkan penduduk Gaza lemah jasadnya.

Ikut Saran Rasulullah SAW.

Hasil kajian menunjukkan bahwa penduduk Gaza mengamalkan gaya hidup yang sihat, yang dianjurkan oleh ahli perubatan moden. Mereka menghindari makanan yang mempunyai lemak, minyak dan kadar kolestrol yang boleh menyebabkan tekanan darah, sakit jantung, lelah dan kegemukkan (obesiti)

Selain itu, mereka berjaya menghindari diri mereka dari pencemaran setempat oleh bahan bakar minyak, karbon monoksida daripada asap kenderaan dan bahan kimia yang lain yang dapat membahayakan kesihatan dan persekitaran.

Mereka juga aktif berolahraga, berjalan kaki di sekitar penempatan meraka, di padang pasir dan di kaki gunung batu. Tabiat ini sangatbermanfaat bagi kesihatan, pernafasan, aliran darah, kekuatan otot-otot, kesegaran tubuh badan dan kecerdasan akal. Olahraga ini digemari khususnya golonga usia lanjut, orang kurang upaya, orang sakit dan wanita hamil.

Selain itu mereka juga mengamalkan kaedah pengubatan ala Rasulullah (tib nabawi)
kerana menurut kajian para ilmuan, kebanyakkan ubat-ubat moden yang di majukan dan digunakan kini adalah penyebab merosotnya daya tahan tubuh kita. Oleh sebab itu penduduk Gaza kini mengamalkan konsep "Kembali kepada Alam Sekitar."

Malah, ada pusat kesihatan kecil tempatan yang ditutup, kerana tidak ramai penduduk yang datang untuk berubat dan mendapatkan rawatan disana. Mereka meninggalkan amalan pengubatan moden yang awalnya dirintis oleh Barat.

Malah ada kajian mendapati bahawa negara maju seperti Amerika jarang menggunakan cara pengubatan yang mereka majukan tetapi mengamalkan cara hidup yang awalnya disarankan oleh syariat Islam memalui sunnah Rasulullah SAW. Sebahagian mereka sudah tidak lagi memakan organ dalaman haiwan,
sebaliknya memakan buah-buahan sebelum makan makanan yang berat, dan makan sebelum menjelang malam. Mereka juga tidak minum ketika makan, makan ketika lapar sahaja dan berhenti makan sebelum kenyang. Meskipun begitu, masih ramai dalam kalangan penduduk negara maju ini mengamalkan cara hidup yang tidak sihat dengan mengambil alkohol dan lain-lain.

Berbalik kepada kisah penduduk Gaza, maka tidak hairanlah jika mereka dikatakan sangat kuat untuk menggali terowong berpuluh kilometer, bertahan dengan kehidupan ala padang pasir dan mempu menangkis serangan senjata kimia seperti fosforus putih.

Malah ada sebahagian rakyat Gaza yang turut "berterima kasih" kepada pemerintah Israel dan Mesir yang telah membina tembok sempadan sehingga akhirnya mereka bertemu dengan cara hidup sihat yang menyebabkan mereka jauh dari peradaban moden yang dapat
merosakkan jiwa dan raga. Mereka meminta kepada Allah SWT agar memberikan kesempatan kepada para pemimpin negara, isteri-isteri dan anak-anak mereka yang turut serta menyekat Gaza, agar diberikan kesempatan menerapkan pola hidup sihat seperti mereka lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Ucapan terima kasih tidak terlepas juga buat pemerintahan Israel yang dengan terpaksa mengarahkan ribuan pasukannya untuk menjaga dan menghalang supaya barang bantuan tidak sampai ke Gaza. Semoga sekatan tersebut menjadi faktor kebaikkan yang banyak bagi Gaza dalam segala hal dan turunnya pertolongan Allah kepada mereka.

Kesimpulan

Allah yang Maha Adil mendatangkan rahmat dan kelebihan ketika kita dalam kesusahan. Cuma ketika itu manusia harus mencungkil rahsia Allah dengan
lebih gigih lagi yang kadang-kala tidak terlihat oleh mata kasar dan tidak terjangkau oleh minda manusia.

Kita perlu sedar bahawa ujian hidup yang Allah datangkan keatas sesuatu kaum adalah untuk menguji setakat mana keimanan kaum itu. Jika mereka bersabar dan mereka tetap beriman kepada Allah, Allah tetap akan memberikan kemenangan. Kalau tiada kemenangan di dunia, Allah tetap akan beri kemenangan di akhirat, kemenangan yang kekal abadi.


Oleh:


Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Pengerusi Biro Informasi, Multimedia dan Penerbitan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia
Cawangan Aceh
Sesi 2010-2011

http://hafizul-hakimi.blogspot.com

Kamis, 08 Juli 2010

Selamat Menghadapi Imtihan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh

Salam imtihan kepada Anggota Keluarga Besar Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cabang Aceh (PKPMI-CA). Bermulanya imtihan ini merupakan salah satu ujian buat diri kita selaku mahasiswa dalam menuntut ilmu pengetahuan lalu di uji sejauh mana pemahaman kita dalam memahami apa yang kita pelajari.

Kita sebagai sebagai mahasiswa yang belajar di pengajian Islam khususnya hendaklah berjuang bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawabkan kepada kita. Sesungguhnya dalam membawa amanah ini, terlalu banyak perkara yang perlu di korbankan demi mendapatkan kejayaan dan kecermerlangan yang kita impikan. Kecemerlangan ini bukan hanya untuk kita berada di dunia ini. bahkan kecemerlangan kita juga adalah saham kita untuk di Akhirat sana.



Dan kita juga menuntut berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Dan imtihan ini merupakan ujian kepada kita sejauh mana kita mempelajari dan memahami apa yang di ajarkan di dalam kelas dan ruang kuliah.

Kita sebagai mahasiswa Islam sangat di galakan jangan meniru sewaktu imtihan. Ingatlah bahawa di akhirat nanti kita akan di pertanggungjawabkan dengan perbuatan kita selama kita di dunia. Apakah hasil meniru kita nanti kita persembahkan kepada ALLAH SWT??? Sungguh celakalah bagi sesiapa yang meniru. Sudahlah perbuatan itu perbuatan yang buruk, mempersembahkan hasil kita juga kepada ALLAH adalah buruk. Hinanya sehina-hinanya kita nanti di hadapan ALLAH, bahkan lebih teruk lagi kita akan di hinakan. Di mana keberkatan kita semasa menuntut Ilmu? Ruginya kita di dunia. Apa lagi di akhirat sana.

Kesimpulannya, Kita mahasiswa Islam di tuntut mengerjakan sesuatu pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh dan kemudian bertawakkallah kepada ALLAH dengan hasil usaha yang telah kita lakukan. Semoga ahli PKPMI CA di dalam ujian nanti di berkati ALLAH dan ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam amal perbuatannya. Salam Imtihan buat ahli PKPMI CA, dan ingatlah, perjuangan kita di depan lebih hebat dari di alam mahasiswa. Tanggungjawab kita dalam mengubah dan memimpin masa depan. Ingatlah! Masa depan itu milik Islam.