Minggu, 19 Desember 2010

Pandang Serius tentang Budaya COUPLE

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara . Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?


MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Selasa, 07 Desember 2010

Zionisme 1


Selain Freemasaon, Bani Israel memiliki senjata propaganda yang lebih dahsyat lagi iaitu Zionisme. Senjata propaganda ini merupakan gerakan politik Yahudi berskala antarabangsa dan bersifat global. Sebab Zionisme adalah gerakan politik bangsa Yahudi untuk menguasai dunia dan mengumpulkan kembali bangsa Yahudi di tanah yang dijanjikan Tuhan.

Perkataan  Zionisme adalah terdiri dari 2 perkataan yang berbeza iaitu:
·        Zion- Di ambil dari bahasa Ibrani yang bererti Batu. Menurut istilah, Batu yang dimaksudkan adalah ikatan batu bangunan istana atau haikal yang didirikan oleh Nabi Sulaiman di kota al-Quds, Juruselam, Palestin.
·        Isme- di ambil dari bahasa inggeris yang membawa maksud fahaman atau ajaran.
Jadi, hasil gabungan dua perkataan ini membentuk satu ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi di seluruh dunia. Ajaran ini menyatakan bahawa bangsa Yahudi akan mendirikan kerajaan Israel raya dan menjadikan al-Quds sebagai Ibu kotanya.

Pertemuan Kelab Penyayang UKM dan PKPMI CA


Pada 20 November yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) telah di datangi oleh Kelab Penyayang dari UKM, Bangi. Pertemuan itu diadakan di Pejabat Persatuan yang terletak di Jalan Inong Balee, KOPELMA Darussalam. Pertemuan itu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga  12.30 tengah hari WIB. Kelab Penyayang UKM diwakili oleh 8 orang mahasiswa yang di anggotai oleh 5 siswa dan 3 siswi. 
Berikut adalah perkara yang telah dibincangkan sepanjang pertemuan Kelab Penyayang PKPMI CA dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Aceh (PKPMI CA)
1.      Kelab Penyayang UKM ini ditubuhkan di bawah UKM Bangi Malaysia.Penaung Kelab ini adalah Yayasan Budi Penyayang Malaysia  yang di pengerusikan oleh Pn. Noori Abdullah yaitu anak perempuan tunggal mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi
2.      Kelab Penyayang UKM ini lebih banyak mengadakan program kemasyarakatan dan kebajikan masyarakat brsama anak-anak yatim
3.      Setiap universiti di Malaysia mempunyai Kelab Penyayang di setiap cawangan seluruh Malaysia
4.      Kelab ini mengorak langkah lebih jauh apabila mengadakan hubungan kemasyarakatan sesama anak yatim buat pertama kalinya rombongannya tiba ke Aceh  pada 13 -21.11.2010
5.      Struktur organisasi Kelab Penyayang UKM ini terdiri dari 8 orang MT dan 22 orang exco yang bertugas untuk menyelenggara segala aktiviti projek yang akan dijalankan oleh Kelab Penyayang UKM di kampus.

Pertemuan Barisan MT serta Exco PKPMI-CA dengan wakil konsulat Malaysia di Jakarta


           Pada 20 November yang lalu,  Pn. Nor Uyun bt Shouib Consellor (Education) Bagahian MARA di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah datang ke Nanggore Aceh Darussalam untuk berjumpa dengan pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA). Beliau bertemu para pimpinan bertempat di Pejabat Persatuan di Jalan Inong Balee pada jam 7.00 malam hingga 9.00 malam WIB. 
 (Pn. Nor Uyun sedang memberikan penjelasan kepada pimpinan-pimpinan persatuan.)

Program Ibadah Qurban 2


Pada 18 November 2010 bertepatan pada hari tasyriq pertama 11 Dzulhijjah 1431H yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) telah menganjurkan sebuah program tahunan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431 H. Program ini merupakan program kali kedua yang dianjurkan. Program yang julung-julung kali dianjurkan ini telah diketuai oleh Saudara Muhammad Muslim bin Amran selaku Pengarah Program.
Program yang berlangsung tahun ini membawa tema: “IBADAH QURBAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.” ini diadakan di Pejabat Persatuan Mahasiswa Malaysia (MES Malaysia) yang terletak di Jalan Inong Balee, KOPELMA Darussalam. Antara tujuan program seumpama ini dilaksanakan adalah untuk meraikan kesemua anak-anak Malaysia yang berada di Nanggroe Aceh Darussalam disamping meraikan Ibadah Qurban yang disyariatkan oleh Allah SWT.  Program ini telah dihadiri seramai 150 orang mahasiswa Malaysia yang menuntut IPT di sini selain beberapa orang tetamu undangan.
Program sempena Hari Raya Idul Adha ini bermula pada jam 7.00 pagi WIB yang dimulai dengan  penyembelihan sebanyak 3 ekor kambing. Kemudian diikuti sesi melapah dan memotong daging secara beramai-ramai yang diketuai oleh Pengerusi Biro Dakwah dan Pembangunan Insan, Saudara Zakiran Fahmi Bin Yusof selaku KD Daging Qurban dan Agihan,
Penyediaan bahan-bahan masakan dilakukan secara bergotong-royong oleh muslimat yang diketuai oleh Saudari Nan Mardhiatul Akmal Binti Long Kamaruddin. Sekitar jam 10 pagi WIB. Sesi memasak yang diketuai oleh Pengerusi Biro Rehlah Dan Sambutan, saudara Rahmat Bin Saleh bermula dengan masakan Kari daging kambing, Kurma daging kambing, dan arca timun.
Sekitar jam 13.30WIB, juadah yang dinanti-nantikan disediakan dan jamuan makan bermula, Program berakhir jam 15.30WIB dan ia berjalan dengan lancar dan meriah.
Menurut Pengarah Program Ibadah Korban pada tahun ini yang juga Pengerusi Biro Keselamatan, Kediaman dan Kebajikan (Biro 3K), Saudara Muhammad Muslim Bin Amran, (Gambar di kiri) Beliau memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana program ini berjalan dengan lancar, dan berterima kasih kepada kesemua ahli-ahli PKPMI-CA yang membantu untuk menjayakan program yang julung-julung kali di adakan ini.

Rabu, 01 Desember 2010

Belasungkawa

Belasungkawa

Seluruh Warga PKPMI-CA Mengucapkan Takziah dan Belasungkawa
Kepada Akh Muhammad Salam (Alumni MTQ Malimnawar, Mahasiswa Fakultas Dakwah, let 2008) Di Atas Pemergian Opahnya Ke Rahmatullah Pada pagi tadi (1 Disember 2010).

Mudah-mudahan Roh Opah Beliau dicucuri Rahmat Oleh Allah S.W.T. Dan Ditempatkan Bersama Orang-Orang Yang Menuai Telah Hasil..