Jumat, 22 April 2011

Profesionalisme Dalam Pekerjaan

Sebelum masuk ke tajuk yang ingin dibahaskan, Sayugianya kita patut rasa berbangga atas kejayaan yang pernah dilalui oleh orang Islam di Aceh khususnya. Di dalam kaleideskop Bumi Aceh ini, pernah diperintah oleh pemerintah yang suka kepada ulama’, menjalankan syariat Islam dan pernah menjadi kuasa besar yang bisa dikatakan ditakuti oleh musuh-musuh Islam kegemilangan Tamadun yang pernah mereka raih sebelum ini. Kuasa pemerintahan mereka besar sehingga masuk ke Tanah Melayu –Perak, Kedah, Penang, Pattani dll- sehinggakan Islam tersebar luas di kalangan masyarakat pada ketika itu.

Akhirnya kerajaan Islam Aceh tumbang pada tahun 1903, beberapa tahun sebelum Dinasti Khilafah Uthmaniyyah jatuh pada tahun 1924. Para musuh-musuh Islam berjaya memerangi umat Islam, dengan pendekatan peperangan ideologi dan disamping beberapa cara lain termasuk dengan kemasukan candu/ganja dan rokok ke dalam dunia Islam yang di bawa oleh Barat –Inggeris dan Belanda- pada zaman keruntuhan kerajaan-kerajaan Islam di dunia.

Apa yang terjadi

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk membina kembali empayar Islam dan merampas kembali apa yang seharusnya menjadi hak-hak umat Islam. Masih ingatkah kita bahawa kita pernah hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam, hidup aman damai bersama dengan penganut agama lain, tiada gangguan, peperangan dan sebagainya yang mengganggu ketenteraman hidup beragama? Masih ingatkah kalian?

Umat Islam sekarang ditindas sedemikian rupa, dinafikan hak asasi manusia, di larang melakukan ritual di tempat-tempat awam dan sebagainya. Pokoknya setiap apa yang digambarkan seorang Muslim itu, adalah seorang pengganas –terroris-, suka melakukan keganasan, kekacauan serta membuat kehidupan dunia tidak tenteram. Adakah kita sebagai Muslim membiarkan saja perlakuan orang-orang yang menindas kita dan redha terhadapnya? Adakah kita mengatakan bahawa kita sebagai umat pilihan Allah tetapi dimanakah keistimewaan kita itu**? Di manakah hak-hak kita sebagai umat yang dikatakan istimewa itu? Adakah ianya hanya sebagai utopia yang hanya berada di awang-awangan? Adakah kita umat sebegitu? Tepuk dada tanya iman.

Rabu, 13 April 2011

Peranan Mahasiswa Muslim Tanggungjawab Dalam Memindahkan Perbendaharaan Tamadun Islam

Oleh:
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin al-Lambury

            “Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad. Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid yang lain, bukan sebaliknya.”-Asy-Syaahidah Ayat Muhammad Al-Akhras, 18.

            Sebelum masuk ke tajuk yang ingin disampaikan, sesungguhnya kita sebagai mahasiswa muslim harus sangat-sangat berbangga dengan perjuangan saudara-saudara kita di Palestin dengan semangat yang berkobar-kobar bukan kerana mereka di tindas, bukan kerana mereka diperangi, dan bukan kerana di sana mereka boleh berjuang tetapi kesedaran mereka dalam mempertahankan ketamadunan Islam dalam diri mereka. Sungguh, mereka sedar bahawa sebagai seorang muslim, walaupun berjauhan antara satu sama lain, mereka tetap memberikan semangat dan ruh baru kepada kita agar sentiasa bersatu dan bersemangat dalam mempertahankan ketamadunan Islam itu sendiri.

            Dan juga kita harus berbangga, di saat ruang lingkup dalam kampus itu, terdapat pelbagai ideologi, ada sebahagian mahasiswa yang sedar betapa banyak terjadi kerosakan sosial yang melanda masyarakat remaja yang bergelar mahasiswa, lalu mereka berasa terpanggil untuk meluruskan keadaan itu sedaya upaya mereka dengan menubuhkan organisasi dakwah atau lembaga dakwah kampus untuk menyekat kerosakan dan menjalankan amar makruf nahi mungkar dengan menegakkan syariat Islam bermula dalam diri seterusnya berdepan dengan masyarakat-masyarakat dengan bersungguh-sungguh. Terpaksa mengorbankan masa dan kepentingan mereka demi menyelamatkan saudara-saudara mereka yang hanyut dengan perkara-perkara duniawi.

            Seharusnya perkara-perkara inilah yang patut kita bangga, menjadikan mereka sebagai contoh di kampus, dan mereka seharusnya mendapat penghargaan yang sewajarnya kerana mereka bersusah payah dengan perasaan yang tulus ikhlas. Inilah sebahagian dari kurniaan Allah kepada manusia yang patut kita syukuri. Hanya kepada Allah mereka berserah dan takut. Seharusnya kita berbangga terhadap mereka.