Selasa, 17 April 2012

Melahirkan Aktivis PKPMI CA Yang Tangguh

"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskn golongan yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang- orang Yang sabar". [Al-Baqarah : 249] 
Kembali pada lembaran Sirah Perjuangan Nabi SAW, kita melihat betapa banyak peristiwa kemenangan yang terjadi di dalam beberapa siri peperangan yang melibatkan kaum muslimin dan musyrikin. Golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang besar. Seakan-akan hal ini seperti cerita dongeng yang diceritakan kepada kanak-kanak. Tetapi sebenarnya ianya adalah realiti.

Kejayaan demi kejayaan yang di raih oleh kaum muslimin. Semuanya kerana ingin menegakan kalimah Allah di muka bumi. Pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat, harta dan jiwa dikerahkan bagi memastikan kejayaan Islam di capai. Matlamat mencari redha Allah di utamakan. Perlumbaan mencari syahid di mulakan. Semuanya ketika Rasulullah SAW masih hidup. 

PKPMI-CA merupakan wadah bagi mahasiswa untuk meneruskan perjuangan Nabi SAW. Misi dan visi selari dengan kehendak syara’. Lima kata kunci untuk melahirkan aktivis PKPMI CA yang profesional dan intelektual menjadi dasar untuk membentuk aktivis yang tangguh dan kuat. Tarbiyyah, Ukhuwwah, Kesatuan, Kebajikan dan Bi’ah Solehah. Sarana-sarana inilah yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu. Namun sejauh mana gerak kerja pimpinan bersama ahli untuk merealisasikan hal ini?