Selasa, 26 Juni 2012

Pernyataan Pimpinan

Perhatian:

Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan satu kes ragut di mana mahasiswi kita menjadi mangsa ragut di dalam kenderaan awam di Aceh, labi-labi (istilah lain angkut dll).

Sehubungan dengan itu, pihak pimpinan Majlis Tertinggi PKPMI CA telahpun berbincang dan membuat resolusi mengenai masalah ini. Berikut adalah:

1. Mahasiswi tidak dibenarkan untuk berjalan sendirian di mana-mana sekalipun. Perlu ada yang menemani bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku lagi.

2. Pastikan sebarang barang berharga atau wang yang dikeluarkan disimpan rapi dan pastikan tidak ada yang boleh meragut atau mengambil kesempatan.

3. Untuk kemana-mana, muslimat tidak dibenarkan lagi ke Kota atau kemana-mana ke luar kawasan Darussalam tanpa adanya musyrif yang di lantik* ataupun exco PKPMI yang terlibat menemani keluar.

Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:

Ustaz Zakiran Fahmi Bin Yusof: 
087890320229

Ustazah Nan Mardhiatul Akmal: 
081973934653

*Labi-Labi yang sering digunakan: Surya, dan Pak Zul.

SMMS: Tahniah Dr Morsi


Dr Mursi: Presiden Mesir Yang Baru
Pemimpin datang dan pergi. Sejak ribuan tahun, ramai pemimpin meninggalkan legasi tersendiri. Budi dan jasa mereka dicatat dan dibaca berulang kali. Jika baik catatan pemerintahan mereka, maka mereka disanjungi. Jika buruk pemerintahan mereka, mereka dikeji, dibenci.

Alhamdulillah, tanggal 24 Jun menjadi permulaan catatan pemerintahan Dr Morsi dan Ikhwanul Muslmimin. Seluruh dunia tertumpu kepada kejayaan Dr Morsi sebagai Presiden Mesir. Solidariti Mahasiswa Malaysia Se-Dunia (SMMS) juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Dr Morsi atas pertabalan dan takziah atas tanggungjawab yang bakal dipikul.

Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan jika satu kepimpinan tidak diuruskan dengan baik:
“Kamu semua bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu nikmat pada awalnya tetapi buruk pada akhirnya ” ( Hadis Riwayat Muslim)
SMMS sedar bahawa kemenangan yang dicapai oleh Ikhwanul Muslimin hari ini bukan atas usaha semalaman. Ia usaha puluhan tahun sejak dari zaman Imam Hasan Al-banna lagi. Disebalik kejayaan hari ini ada jiwa yang terkorban, ada wanita menjadi janda, ada yang dikurung dalam penjara, ada diseksa separuh nyawa. Bahkan kami juga sedar bahawa usaha ini bukan dimulakan oleh Imam Hasan Al-Banna, bukan diakhiri dengan Dr Morsi, tetapi kita hanya menyambung usaha para nabi.