Senin, 20 Agustus 2012

Perutusan YDP PKPMI-CA Sempena Hari Raya Idul-Fitri

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Walillahil hamd…

Alhamdulillah... marilah sama-sama kita mengucapkan dan menunjukan syukur kita kepada Allah swt kerana pada tahun ini, kita dapat menyambut bulan kemenangan umat Islam, bulan Syawal yang mulia. Sesungguhnya Rasulullah saw sendiri menganjurkan menyambut kemenangan ini dengan perasaan yang gembira dan di anjurkan juga supaya memperbanyakan takbir tanda membesarkan keagungan Allah swt. Sesungguhnya orang yang beriman itu,apabila menyambut idul fitri, seseorang itu akan kembalikepada fitrah dan menguatkan lagi rasa takutnya kepada Rabb-Nya selaras dengan firman Allah swt di dalam surah al- Baqarah ayat 186 yang bermaksud
"Wahai orang orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertakwa." (al-Baqarah: 186)
Firman Allah swt di atas menunjukan adanya tahapan untuk menjadi orang yang bertakwa. Tahapan yang pertama adalah orang yang beriman. Ini adalah perkara yang sangat penting untuk mencapai tahap orang yang bertakwa. Dalam erti kata yang lain,ianya merupakan input untuk memastikan kualiti dalam menjalani ibadah puasa dapat dijalankan semaksimal mungkin.

Rabu, 01 Agustus 2012

Pembayaran SPP [3]

[Makluman]

Bagi mahasiswa lanjutan yang masih ingin membayar yuran SPP melalui persatuan, pihak PKPMI-CA membuka peluang untuk anda sekali lagi. Pembayaran boleh dibuat dengan melakukan transfer ke akaun:



Nama:
Zakiran Fahmi Bin Yusof

N/A :
1584 1706 2636

Setelah melakukan transfer, anda dikhendaki untuk memaklumkan dengan menggunakan SMS ke 087890320229- Saudara Zakiran Fahmi.


Batas pembayaran sehingga 3 Ogos 2012. Jika lewat, tidak akan dilayan lagi.



.::Intelektualisme Teras Kesatuan Mahasiswa::.