Sejarah
ringkas Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia – Cawangan
Aceh atau dengan sebutan ringkas PKPMI-CA telah dirasmikan oleh  Tuan Yang Terutama (TYT) DATO’ Zainal Abidin Mohamad Zain, Duta Besar Malaysia di Indonesia, pada hari Jumaat, tangga 31
Oktober 2008 bersamaan 30 Syawal 1428 H bertempat, Di Dewan Hotel HERMES, Banda
Aceh. Dalam majlis ini juga, turut dihadiri oleh YBhg. Dr. Junaidi Bin Abu
Bakar selaku Pengarah, Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia 
Perasmian ini menandakan bahwa PKPMI-CA telah sah secara
rasmi mewakili mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Nanggroe Aceh Darussalam (NAD). Perasmian
yang bersejarah ini telah disaksikan oleh 140 orang ahli PKPMI-CA yang
terdaftar.
Dalam
memastikan segala gerak kerja atau perancangan PKPMI-CA berjalan dengan lancar, PKPMI-CA telah menyusun pelbagai aktiviti tahunan. PKPMI-CA
komited untuk memastikan bahwa segala gerak kerja dapat berjalan dengan baik
serta dapat memberi manfaat kepada seluruh warga PKPMI-CA.
Kesimpulan,
dalam memastikan matlamat ini berjaya, kita mengharapkan agar seluruh warga
PKPMI-CA dapat memberi sokongan dan dokongan yang baik untuk kita jayakan segala
aktiviti PKPMI-CA. Insya Allah,
PKPMI-CA akan menjadi satu wadah perjuangan buat anak-anak Malaysia di Nanggroe
Aceh Darussalam.
 

 
