SEJARAH PKPMI CAWANGAN ACEH



SEJARAH PKPMI-CA

Sejarah ringkas Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia – Cawangan Aceh atau dengan sebutan ringkas PKPMI-CA telah dirasmikan oleh  Tuan Yang Terutama (TYT) DATO’ Zainal Abidin Mohamad Zain, Duta Besar Malaysia di Indonesia, pada hari Jumaat, tangga 31 Oktober 2008 bersamaan 30 Syawal 1428 H bertempat, Di Dewan Hotel HERMES, Banda Aceh. Dalam majlis ini juga, turut dihadiri oleh YBhg. Dr. Junaidi Bin Abu Bakar selaku Pengarah, Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia.
Perasmian ini menandakan bahwa PKPMI-CA telah sah secara rasmi mewakili mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Nanggroe Aceh Darussalam (NAD). Perasmian yang bersejarah ini telah disaksikan oleh 140 orang ahli PKPMI-CA yang terdaftar.
Dalam memastikan segala gerak kerja atau perancangan PKPMI-CA berjalan dengan lancar, PKPMI-CA telah menyusun pelbagai aktiviti tahunan. PKPMI-CA komited untuk memastikan bahwa segala gerak kerja dapat berjalan dengan baik serta dapat memberi manfaat kepada seluruh warga PKPMI-CA.
Kesimpulan, dalam memastikan matlamat ini berjaya, kita mengharapkan agar seluruh warga PKPMI-CA dapat memberi sokongan dan dokongan yang baik untuk kita jayakan segala aktiviti PKPMI-CA. Insya Allah, PKPMI-CA akan menjadi satu wadah perjuangan buat anak-anak Malaysia di Nanggroe Aceh Darussalam.