Minggu, 19 September 2010

Selamah Hari Raya, Ahlan Wasahlan dan Tahniah!


Kini telah pergi Ramadhan, datang pula Syawal. Ramadhan yang dirindui, Syawal yang dikasihi. Alhamdulillah, Marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT yang mana telah mempertemukan Ramadhan dan menghadiahkan kepada kita satu malam yang istimewa yang telah diberikan kepada Umat Nabi Muhammad SAW yang mana malam itu lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Malam itu merupakan malam yang terlalu istimewa yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat nabi yang terdahulu.
Ramadhan, bulan yang teristimewa buat umat Islam, Bulan yang dijanjikan banyak pahala. Banyak nama diberikan sempena Bulan Ramadhan, diantaranya, Bulan Solat, Bulan Ibadah, Bulan Pahala dan sebagainya. Bulan ini juga mempunyai sejarah tersendiri iaitu pernah terjadi peperangan Badar. Jadi inilah pertama kali umat Islam diizinkan berperang.
Setelah sebulan kita berpuasa, kita meraikan kemenangan mengawal hawa nafsu kita dengan bertakbir, bertahmid dengan datangnya bulan Syawal, Bulan Syawal adalah bulan kemenangan bagi Umat Islam. Pada hari kemenangan tersebut, kita dianjurkan memakai pakaian baru, apatah lagi kita meraikan kemenangan dengan mengalahkan nafsu di bulan Ramadhan. Bukan itu saja, kita menukar pakaian ruh kita, semangat kita juga tekad kita semuanya yang baru. Agar kita kembali bersemangat dalam menjalani kehidupan serta lebih kuat beribadah kepada ALLAH SWT. Semuanya seharusnya bagi kita yang beriman kepada Allah dan utusan-Nya, kita jadikanlah bulan Syawal ini, sebagai Bulan Ukhuwwah, Berkasih Sayang dengan ziarah menziarahi dan merapat-rapatkan lagi ukhuwwah yang terbina bersama-sama Sanak Saudara, Sahabat Handai dan Rakan Taulan. Sesungguhnya dengan merapatkan silaturrahmi itu dalam memanjangkan usia.
Alhamdulillah, di Bumi Serambi Mekah di Indonesia, Nanggroe Aceh Darussalam, tidak kurang hebat sambutan di sini. Di malam lebaran, bergema takbir di sana sini. Anak-anak bergembira dengan kedatangan Syawal. Riuh rendah anak-anak bermain. Suasana tidak kalah seperti di kampung-kampung di Malaysia. Semuanya meriah.
Mahasiswa Dari Maahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat Addin, Malim Nawar, Perak
Mahasiswa Lanjutan dari KIAS, MARSAH dan KIPSAS
al-Akh Abdullah Hakimi sedang memberikan sedikit taklimat kepada Mahasiswa dan Mahasiswi sebelum bergerak menuju rumah sewa masing-masing.
Alhamdulillah, setelah beberapa hari Hari Raya Aidilfitri berlangsung, pada tanggal 14 dan 15 September yang lalu, seramai lebih kurang 80 orang mahasiswa/I baru. Mereka datang dari beberapa buah IPT dan Sekolah di serata Malaysia. Mahasiswa ini kebanyakan adalah mahasiswa lanjutan dari Kolej dan Institut yang membuat MoU dengan pihak IAIN Ar-Raniry. Antaranya adalah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan (KIAS), Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Syah,(KIPSAS) Pahang, Kolej MARSAH, Johor dan Universiti Teknologi Islam (UNITI) Port Dickson, Negeri Sembilan. Mereka melanjutkan pengajian di sini selama 2 tahun. Selain itu, ada juga mahasiswa yang masuk ke IAIN Ar-Raniry bermula dari tahun 1. Mereka berasal dari Ma’ahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat ADDIN, Malim Nawar, Perak (MTQ ADDIN),dan Sekolah Agama Ihsaniah, Kulim, Kedah.
Al Akh Amirul Asyraf Bin Nasaruddin menjadi Moderator pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2010
Wakil Pimpinan PKPMI CA, Akh Muhammad Azree memberi ucapan dan kata sambutan
Wakil pensyarah dari 2 Buah Kolej, KIAS dan KIPSAS
Panitia-panitia sedang bertungkus lumus menyiapkan hidangan
Mahasiswa dan Mahasiswi bergambar di akhir program
Selang beberapa hari kemudian, pada 18 September 2010, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia-Cawangan Aceh telah mengambil suatu inisiatif untuk merapatkan ukhuwwah di antara kalangan ahli PKPMI CA baik yang lama mahupun yang baru, iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung meriah di Pejabat Persatuan yang terletak di Jalan Inong Balee, Kopelma Darussalam, Banda Aceh. Program yang bermula pada jam 10.45 WIB (Waktu Indonesia Barat). Majlis dipengerusikan oleh Al-Akh Amirul Asyraf Bin Nasaruddin. Barisan Pimpinan PKPMI CA diwakili oleh Al-Akh Muhammad Azree Bin Abdullah, Bendahari Agung PKPMI CA dan seterusnya ucapan dari Wakil Pensyarah KIAS dan KIPSAS yang datang ke Aceh. Alhamdulillah, motif dan tujuan program ini mencapai target dan berlangsung dengan meriah. Ahli baru PKPMI CA dapat berkenalan dengan kenalan yang baru dan sedikit sebanyak mengetahui suasana Aidilfitri di perantauan.
Pada malam harinya pula, Biro Akademik dan Pengajian telah membuat satu taklimat khusus kepada mahasiswa-mahasiswi baru berkaitan dengan pengajian di IAIN Ar-Raniry. Majlis yang dikelola sepenuhnya oleh Al-Akh Helmi Bin Murtadza dan dibantu oleh exco-exco PKPMI-CA yang lain. Program yang ini bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam. Menurut Al-Akh Helmi Bin Murtadza, Pengerusi Biro Akademik dan Pengajian, hanya kolej dari KIPSAS yang banyak matakuliah yang harus di konvensikan sebanyak 81jam kredit. Dan untuk makluman semua pelajar-pelajar di Aceh IPK ataupun pointer yang berada pada nilai 3.00 kebawah, nilai itu tidak di iktiraf oleh JPA. Alhamdulillah, mahasiswa dan mahasiswi baru banyak memberi respon yang menggalakan.
Jadi, kami selaku barisan pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia sesi 2010-2011mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli PKPMI CA. Mohon maaf segala salah silap kami selama kami memegang tampuk kepimpinan. Biasalah, dimana-mana saja ada kekurangan dan kelemahan. Tegurlah kami sebagai sahabat andai kami melakukan kesalahan. Seperti mana rakyat menegur Khalifah Umar ibn Al-Khattab semasa dilantik menjadi Khalifah sesudah Abu Bakar.
Kami juga mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Mahasiswa-Mahasiswi baru yang akan melanjutkan pengajian di sini. Sesungguhnya di sini merupakan medan tempur untuk mematangkan diri kita sebelum terjun ke dunia. Ingatlah amanah, kepercayaan dan tanggungjawab untuk kalian yang diberikan oleh ibu bapa kita. Ingatlah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, sebagai pelajar agama, sebagai penuntut ilmu, sebagai anak, sebagai generasi baru menggantikan ulama dan umara’ dalam mentadbir urusan dunia suatu ketika nanti. Ingatlah suatu hari nanti, semua itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ingatlah kepada mereka yang tersayang. Bergabung dan sertailah kami dalam meneruskan perjuangan misi dan visi dalam menegakan cahaya Allah. Ingatlah, kalian merupakan generasi penerus perjuangan Rasulullah.


Dan kami juga mengucapkan tahniah kepada Abang-abang dan Kakak-kakak yang telah tamat pengajian di sini dengan menggenggam segulung ijazah dengan Wisuda (Konvokesyen) pada 16 September 2010. Sesungguhnya, kalianlah perintis kepada pernubuhan kembali PKPMI-CA, kalianlah idol kami dalam meneruskan misi perjalanan hidup kami. Akan kami tetap utuh dan teguh mempertahankan kedaulatan PKPMI CA. Akan kami meneruskan apa yang kalian tinggalkan dan meneruskan perjuangan kalian di sini. Doa kami agar kalian setelah pulang ke Malaysia nanti menjadi “Idol” masyarakat, Idol yang mengharumkan mekar wangi Islam. Kembali mengangkat martabat Islam di Malaysia. Janganlah melupakan kami di sini. Akan kami ingat jasa-jasa kalian.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari:
Saff Kepimpinan PKPMI CA sesi 2010/2011
YDP PKPMI CA
Timbalan YDP PKPMI CA
Pengerusi Helwani PKPMI CA
Timbalan Pengerusi PKPMI CA
Setiausaha Agung PKPMI CA
Timbalan Setiausaha Agung PKPMI CA
Bendahari Agung PKPMI CA
Timbalan Bendahari Agung PKPMI CA
Biro Dakwah dan Pembangunan Insan
Biro Informasi, Penerbitan Dan Multimedia
Biro Akademik dan Pengajian
Biro Keimigrasian
Biro Rehlah Dan Sambutan
Biro Kebajikan, Keselamatan Dan Kediaman
Biro Kesenian Dan Sukan.

Khas Buat Ahli dan Alumni PKPMI CA, Terimalah:

Salam Pertemuan-UNIC

Salam Ku Hulurkan,
Menghiasi pertemuan,
Indah persahabatan,
Moga terus berkekalan,
Setulus keikhlasan ku pohon kemaafan,
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang,
Syukur syawal ini kita masih lagi kita dipertemukan,
Setahun yang berlalu,
Tak ku tidak dengar perkhabaran,
Ku bimbangi diriku tidak dalam ingatan.
Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan,
Syukur atas nikmat pemberian-Mu Tuhan
Kan ku kenang masa yang berlalu,
Kan tetap bersemadi di hati,
Terima kasih tuk semuanya.
Tiap kesempatan yang kita lalui bersama
Kawan yang ku kasihi
Teman yang ku sayangi
Bahagia kini ku rasai
Kau damba kepada-Nya
Ku mohon restu-Nya
Moga ukhwah di rahmati
Dalam perjalanan meniti hidup
Ada kala tersalah tersilap bahasa,
Itu lumrah manusia,
Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah bersih dari dosa
Peliharalah ikatan ini sebaiknya
Agar ukhuwah ini ke hujungnya
***Ukhuwwah Memartabatkan Kesatuan Ummah***

1 komentar:

JUNAIDI mengatakan...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA