Program ini dia adakan bertujuan mengeratkan hubungan antara 2 negara, melaksanakan tugas kesukarelawan serta kebajikkan bagi membina dan membentuk bakat kepimpinan mahasiswa, melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat pengajian sini.
Seterusnya, pada hari Sabtu, para mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM yang terdiri dari 17 orang mahasiswa dan 18 mahasiswi mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra bersama mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini. Program ini di mulai dengan ucapan kata-kata aluan oleh YDP PKPMI CA, Mohd Zulkarnain Aman Razali.
Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Usamah, sebagai wakil pelajar dari 35 mahasiswa berkata program ini merupakan ilham dari Dekan Fakulti mereka yang pernah melawat rumah anak-anak yatim di Aceh dan beberapa tempat di Indonesia pada tahun 2008 yang lalu. Dan ianya selaras dengan objektif kelab persatuan mereka. Aktiviti yang mereka jalankan di sini adalah program akademik dan kerohanian di samping itu dikhususkan untuk berjumpa dan mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini. Ahmad Usamah juga merupakan mantan timbalan presiden kelab ELETA (Electrical Engeenering Association) berkata sebenarnya program ini merupakan program tertangguh, sepatutnya program ini di jalankan pada bulan Disember tahun lalu. Tetapi, disebabkan virus H1N1 masih lagi berleluasa, maka program ini ditangguhkan ke tahun ini.
Seterusnya, ucapan dari Ustaz Ahmad Taqiuddin Bin Ibrahim, Pensyarah Kanan bidang Pemikiran dan Kefahaman Islam. beliau menegaskan bahawa dalam menjadi seorang dai'e, betapa pentingnya penguasaan bahasa dalam menuntut ilmu dan berdakwah. Asas yang paling penting adalah penguasaan bahasa, lebih-lebih lagi bahasa arab yang menjadi sumber rujukkan dalam penafsiran ayat al-Quran dan untuk memahami kitab-kitab arab yang lain. Dan tidak lupa penguasaan di dalam bahasa inggeris dalam berkomunikasi dengan hubungan luar. tambahnya lagi, seorang daie itu haruslah menguasai ICT juga, kerana dengan menguasai ICT, kita dapat melakukan kerja dengan baik apatah lagi akan bekerja dengan kerajaan. Beliau juga menyarankan kepada seluruh mahasiswa agar mendatangi majlis-majlis ilmu atau seminar kerana di sanalah kita akan mendapat ilmu-ilmu tambahan yang tidak di ajarkan di dalam bilik kuliah.
Setelah itu prorgam diteruskan dengan program ramah mesra dan taaruf sesama mahasiswa, dan pada jam 11 malam, program ini berakhir dengan bacaan doa oleh Al-akh Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin yang juga selaku moderator program.
Program ini di teruskan pada keesokkan harinya, dengan program Forum Bersama Mahasiswa . Program ini disertai oleh Presiden PEMA Unsyiah (Universitas Syiah Kuala), Saudara Mujiburrahman, Yang Di Pertua, PKPMI CA, Al akh Mohd Zulkarnain bin Aman Razali mewakili Mahasiswa Malaysia di sini dan seterusnya wakil mahasiswa dari UiTM Shah Alam, Saudara Ahmad Usamah. Di dalam forum ini membahas tentang Peranan Mahasiswa dalam Negara. Program ini selasai dengan jayanya pada 12.45 wib dengan pembahagian cenderamata oleh pihak penganjur. Setelah itu mereka meneruskan program ini dengan melawat pejabat rasmi akhbar rasmi Aceh, Serambi untuk berkenalan dengan para penulis di Serambi melanjutkan program KEM BERSAMA ANAK-ANAK PASENTREN yang bermula pada jam 5.00 petang. Program ini ditutup pada jam 8.30 pagi dan seterusnya bergerak ke Bandara SIM untuk pulang ke Malaysia.
Kami selaku warga PKPMI CA mengucapkan terima kasih atas kunjungan dari kalian, Semoga dengan pertemuan ini dapat mengeratkan uhkhuwwah sesama kita walaupun kita dipisahkan dengan lautan, dan berbeza tempat pengajian. Jumpa lagi di Malaysia, Siru 'ala Barakatillah
<>
1 komentar:
insya-allah..kami di malaysia juga mengucapkan terima kasih byk2 atas sokongan n bantuan =)
Posting Komentar