Selasa, 07 Desember 2010

Zionisme 1


Selain Freemasaon, Bani Israel memiliki senjata propaganda yang lebih dahsyat lagi iaitu Zionisme. Senjata propaganda ini merupakan gerakan politik Yahudi berskala antarabangsa dan bersifat global. Sebab Zionisme adalah gerakan politik bangsa Yahudi untuk menguasai dunia dan mengumpulkan kembali bangsa Yahudi di tanah yang dijanjikan Tuhan.

Perkataan  Zionisme adalah terdiri dari 2 perkataan yang berbeza iaitu:
·        Zion- Di ambil dari bahasa Ibrani yang bererti Batu. Menurut istilah, Batu yang dimaksudkan adalah ikatan batu bangunan istana atau haikal yang didirikan oleh Nabi Sulaiman di kota al-Quds, Juruselam, Palestin.
·        Isme- di ambil dari bahasa inggeris yang membawa maksud fahaman atau ajaran.
Jadi, hasil gabungan dua perkataan ini membentuk satu ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi di seluruh dunia. Ajaran ini menyatakan bahawa bangsa Yahudi akan mendirikan kerajaan Israel raya dan menjadikan al-Quds sebagai Ibu kotanya.
Perkataan Zion juga pada mulanya adalah nama sebuah bukit iaitu bukit Jebusite, yang berada di dataran tinggi selatan kota al-Quds. Ketika Raja Daud (Nabi Daud AS) menguasai bukit tersebut, ia berhasarat untuk mendirikan Haikal di tempat itu, namun niat tersebutbelum di realisasikan lantaran ajal mendatanginya terlebih dahulu. Ketika Raja Solomon (Nabi Sulaiman AS) berkuasa, dia merealisasikan cita-cita ayahnya untuk membangunkan Haikal di bukit tersebut. Sejak itulah nama Zion itu di pakai untuk menamai seluruh tanah al-Quds (Palestin) secara keseluruhan.
Zionisme di dalam bahasa arab dipanggil As-Sohyuniyyah, yang dinisbahkan kepada perkataan Sohyun iaitu suatu tempat yang terletak di anatara 2 bukit dan di situlah telah didirikan al-Quds al-Qodim. Menurut pendapat yang lain pula, perkataan Sohyun membawa erti kubu yang pernah di tawan oleh Nabi Daud AS dan telah mendirikan pemerintahannya di situ.
Manakala dalam kitab “Dairatul Ma’arif al-Britaniyah” menyebutkan tempat tersebut telah wujud sebelum kewujudan Bani Israel dan Kan’an. Perkataan itu juga menunjukan satu bukit yang telah didirikan di atasnya al-Quds yang pertama. Tempat tersebut merupakan tempat yang suci dan mulia bagi orang-orang Yahudi. Bangsa Yahudi mendakwa bahawa Tuhan mereka yang bernama Yahwah mendiami tempat tersebut dan mentadbir alam dari atasnya.
Sejarah Timbulnya Zionisme
Mengikut kitab “Al-Khasarus Sohyuni ‘ala al-‘Alami al-Islami” karangan Dr Majid Kailani, Zionisme telah wujud setelah Theodore Hertzel (pemimpin Yahudi) siap menulis bukunya yang berjudul “Negara Yahudi” pada tahun 1896.
Semenjak kewujudan Zionisme, beberapa muktamar telah diadakan sebagaimana berikut:
v  Muktamar Pertama
Telah diadakan pada tahun 1897, bertempat di kota Basel, Swiss bertujuan menyusun strategi lengkap dalam melakukan serangan terhadap Palestin mencakupi aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya di samping mencari peruntukan dalam usaha untuk memindahkan bangsa-bangsa Yahudi di seluruh dunia ke Palestin

v  Muktamar Kedua
Diadakan di Pall, Swiss. Muktamar menetapkan keputusan untuk menubuhkan Syrlot, penaklukan Yahudi di Palestin dan menggalakkan pertubuhan-pertubuhan Yahudi supaya menggunakan bahasa Ibrani dalam pergaulan mereka sesama Yahudi.

v  Muktamar Ketiga
Diadakan pada tahun 1899 di tempat yang sama. Perwakilan muktamar telah bersepakat bagi menyusun propaganda untuk membeli tanah Palestin.

v  Muktamar Keempat
Pada tahun 1900, muktamar kali ini telah di buat di London bertujuan mnekan empayar British supaya menekan keatas kerajaan Turki Uthmaniyyah bagi menjual tanah-tanah di Palestin. Keputusan muktamar juga mendesak supaya di tubuhkan tabung kebangsaan Yahudi yang diberi nama Kairen Kaimet.

v  Muktamar Kelima
Telah diadakan di Pall pada tahun 1901. Dr Teodhore Hertzell telah membuat keputusan bahawa Palestin adalah bumi abadi bangsa Yahudi.

v  Muktamar Keenam
Juga diadakan di Pall pada 1902. Mereka telah menetapkan bahawa pelaksanaan Tabung Kebangsaan Yahudi dan pertubuhan Bank Anglo Palestin. Usaha-usaha kearah meningkatkan pengetahuan orang-orang Yahudi juga telah di bincangkan seperti penubuhan Universiti Ibrani di Palestin.

v  Muktamar Ketujuh
Pada tahun 1903 bertempat di Pall, Dr Teodhore Hertzell telah membangkang cadangan daripada British supaya dihantarkan orang-orang Yahudi ke Uganda. Dalam muktamar tersebut, beliau telah menegaskan bahawa Palestin adalah satu-satunya bumi abadi buat Bangsa Yahudi.

v  Muktamar Kelapan
Juga telah diadakan di Pall pada tahun 1905 iaitu kira-kira selepas setahun kematian Dr Teodhore Hertzell. Mereka melantik pemimpin baru yang bernama David Wolfshen. Beliau telah menegaskan bahawa menjadi kewajiban kepada bangsa Yahudi untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin.

v  Muktamar Kesembilan
Pada tahun 1907 bertempat di Holand, mereka telah menetapkan tabung Yahudi yang diberi nama Kairen Haisut, menjadikan bahasa Ibrani sebagai bahasa rasmi dalam gerakan Zionis, membuka pejabat Zionis di Yafa dan menubuhkan jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal Palestin.

v  Muktamar Kesepuluh
Pada tahun 1909 bertempat di Hamburg, Jerman dibawah pimpinan May Nordou. Muktamar telah menetapkan bahawa penubuhan sebuah bank yang mengendalikan hutang-hutang pertanian. Pada tahun ini telah diasaskan Kota Tel Aviv.

v  Muktamar Kesebelas
Pada tahun 1911, juga dibawah pimpinan May Nordou. Muktamar telah menetapkan penubuhan baik pulih tanah yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah orang arab di Palestindan menyusun perancangan pertanian kepada orang-orang Yahudi yang akan dibawa ke Palestin

v  Muktamar Kedua Belas
Pada tahun 1913 bertempat di Vieena, Austria. Mereka telah bersetuju untuk menubuhkan Universiti Ibrani di Al-Quds. Pengasas kepada Idologi ini terdiri dari golongan sekular Yahudi di Jerman dan Austria. Bagi golongan ini, Zionisme adalah lambang kepada negara Yahudi.
Matlamat Penubuhan Zionisme
            Matlamat mereka ditubuhkan Zionisme adalah bertujuan untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk menubuhkan negara nasional yang sekular khusus untuk bangsa Yahudi. Lahirnya ideologi Zionisme tidak ada sangkut paut dengan agama Yahudi. Faktor utama lahirnya ideologi ini adalah disebabkan rasa rendah diri bangsa Yahudi ketika itu yang tidak mempunyai negara dan dipinggirkan oleh masyarakat dunia.
            Mereka telah memilih Palestin sebagai negara yang diimpikan oleh mereka. Namun setelah mereka mendapatkan Palestin sebagai negara nasional mereka, Zionisme kini telah diwarnai dengan doktorin keagamaan sehinggalah mereka berani mengatakan bahawa masa depan dunia yang dijanjikan Tuhan untuk bangsa Yahudi yang akan membentuk negara antarabangsa.
Hakikatnya Zionisme telah timbul atas dasar malu mereka yang digelar sebagai bangsa merempat. Manakala pengasas ideologi ini pula terdiri daripada golongan sekular Yahudi yang menginginkan sebuah negara yang bebas dari ikatan keagamaan.
Rujukan:
·        Nik Azran Muhamed, Gerakan Freemasonry, Hijjaz Record Publishing, Selangor, 2009
·        Abdullah Al-Thail, Yahudi Sang Penghancur Dunia, Mihrab, Jakarta, 2008
Judul asal: Judzur al-Bala, Penerbit: Dar al-Irsyad, Beirut.

Artikel ini dikarang oleh: 
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Pengerusi Biro Informasi, Multimedia dan Penerbitan
Persatuan Kebangsaan Pelaajar Malaysia di Indonesia
Cawangan Aceh sesi 2010-2011
Layari: http://mujahidhijau.blogspot.com

Tidak ada komentar: