Oleh:
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin al-Lambury
“Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad. Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid yang lain, bukan sebaliknya.”-Asy-Syaahidah Ayat Muhammad Al-Akhras, 18.
Sebelum masuk ke tajuk yang ingin disampaikan, sesungguhnya kita sebagai mahasiswa muslim harus sangat-sangat berbangga dengan perjuangan saudara-saudara kita di Palestin dengan semangat yang berkobar-kobar bukan kerana mereka di tindas, bukan kerana mereka diperangi, dan bukan kerana di sana mereka boleh berjuang tetapi kesedaran mereka dalam mempertahankan ketamadunan Islam dalam diri mereka. Sungguh, mereka sedar bahawa sebagai seorang muslim, walaupun berjauhan antara satu sama lain, mereka tetap memberikan semangat dan ruh baru kepada kita agar sentiasa bersatu dan bersemangat dalam mempertahankan ketamadunan Islam itu sendiri.
Dan juga kita harus berbangga, di saat ruang lingkup dalam kampus itu, terdapat pelbagai ideologi, ada sebahagian mahasiswa yang sedar betapa banyak terjadi kerosakan sosial yang melanda masyarakat remaja yang bergelar mahasiswa, lalu mereka berasa terpanggil untuk meluruskan keadaan itu sedaya upaya mereka dengan menubuhkan organisasi dakwah atau lembaga dakwah kampus untuk menyekat kerosakan dan menjalankan amar makruf nahi mungkar dengan menegakkan syariat Islam bermula dalam diri seterusnya berdepan dengan masyarakat-masyarakat dengan bersungguh-sungguh. Terpaksa mengorbankan masa dan kepentingan mereka demi menyelamatkan saudara-saudara mereka yang hanyut dengan perkara-perkara duniawi.
Seharusnya perkara-perkara inilah yang patut kita bangga, menjadikan mereka sebagai contoh di kampus, dan mereka seharusnya mendapat penghargaan yang sewajarnya kerana mereka bersusah payah dengan perasaan yang tulus ikhlas. Inilah sebahagian dari kurniaan Allah kepada manusia yang patut kita syukuri. Hanya kepada Allah mereka berserah dan takut. Seharusnya kita berbangga terhadap mereka.
Keadaan dan masalah yang sama
Seperti kita lihat sekarang ini, baik di Malaysia mahupun di mana-mana, keadaan dan permasalahan mahasiswa-mahasiswa kita tetap sama. Mereka terpengaruh dengan ideologi-idologi dan ter”cilok” ketamadunan Barat, baik sengaja mahupun tidak –kebanyakan adalah secara tidak sengaja-. Hal ini perlulah kita fahami bahawa ketamadunan Barat adalah merupakan hasil ketamadunan Islam yang ditiru dan diamalkan sejak abad pertengahan lagi. Bukanlah saya ingin mengatakan salah mereka mengambil ketamadunan Islam itu sendiri tetapi yang patut ditekankan di sini adalah, “apakah kita tidak berbangga yang kita pernah mencapai zaman kegemilangan tamadun dan kita pernah kecapinya dulu sehinggakan mereka datang menuntut ilmu dan hidup aman dan damai suatu ketika dulu?”
Cuba kita perhatikan di kampus atau di mana-mana pusat pengajian tinggi yang lain, kebanyakannya atau majoriti sistem pendidikan dan pembelajaran adalah berdasarkan sistem pendidikan di Barat? Adakah kita tidak menyedari tentang hakikat ini? Mahasiswa laki-laki dan perempuan dimasukan kedalam satu ruangan yang sama, pergaulan lelaki dan perempuan tiada terjaga, sering menampakkan akhlak masing-masing dan akhirnya menjadi suatu perkara yang tidak diinginkan dalam Islam, Zina!. Dan inilah yang di inginkan oleh musuh-musuh Islam, tidak mahu umat Islam ini menjaga hati dan mengikut cara hidup mereka –ada yang mengatakan bahawa cara hidup merekalah yang patut kita contohi.- Yang ditargetkan oleh musuh Islam adalah para pemuda itu sendiri.
Sesungguhnya, apa yang terjadi pada para pemuda kita pada hari ini adalah mereka sangat-sangat terdedah dengan pilar-pilar kemusnahan tamadun Islam samada sengaja mahupun tidak. Mereka diserang dengan pelbagai ideologi-ideologi yang mengarut –hedonisme, nasionalisme, liberalisme, feminisme, game-isme dll- menyebabkan jiwa, ruh dan pemikiran mereka rosak sama sekali! Dan inilah yang dimahukan oleh musuh-musuh kita agar para pemuda kita tidur lena dibuai mimpi-mimpi yang mengasyikan tiada berpenghujung.
Sesungguhnya, segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama. Jadi permasalahan yang bersangkutan dengan mahasiswa muslim adalah permasalahan yang sama.
Hakikat Kemusnahan Umat
Perhatikan gejala sosial yang berlaku di negara kita –Malaysia secara khususnya-, Kehilangan tamadun “Melayu” semakin menjadi-jadi. Bakal hilang dibawa arus zaman. Hang Tuah mengatakan bahawa “Takkan melayu hilang di dunia”, tapi lihatlah melayu sekarang. Adakah kita masih lihat ketamadunan melayu masih ada? Yang tinggal hanyalah baju melayu, baju kurung dan songkok!
Penukaran budaya dan tamadun semakin parah. lihatlah para pemuda dan pemudi kita, hilangnya batas-batas kemelayuan dan diganti dengan kebudayaan yang datang dari Barat. Mereka memakai pakaian yang tidak menepati dengan etika Islam, ada yang mewarnakan rambut menjadi perang –yang asalnya hitam-, kalau yang perempuan pula memakai pakaian ketat-ketat (dengan bangganya mereka memperlihatkan kecantikan yang sebenarnya lebih buruk dari apa yang di gambarkan).
Terpengaruhnya mereka ini disebabkan imperialisme dan kolonialisme secara halus oleh Barat secara tidak langsung menukarkan budaya dan tamadun melayu itu sendiri. Dengan mudahnya, sekali lagi tamadun Melayu-Islam dijajah dengan menukarkan budaya dan mewujudkan negara Amerika-Barat-Eropah baru di Asia. Kehilangan ini amatlah dirasai di kampus-kampus seluruh Malaysia.
Ironinya, umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan bukanlah bererti lenyap dari dunia ini, tetapi keruntuhan kebangsaan atau tamadun mereka di alam nyata. Pada hakikatnya sebenarnya mereka masih ada di dunia ini, tetapi mereka tertukar identitinya sehingga mereka mengaku mereka bukanlah dari uamat-umat yang telah lenyap.
Sebagai contoh, identiti kebangsaan kerabat diraja Mesir dan babil telah lenyap tapi keturunannya masih ada. Kerabat diraja Mesir bukannya sudah tiada tetapi mereka berpindah ke Eropah dengan mendirikan kerajaan baru yang diberi nama, Britain! Mereka masih mengekalkan konsep dan tatacara hidup seperti kerajaan Mesir kuno. Hakikatnya, kita tidaklah menyedari tentang perkara ini.
Kewajiban memindahkan perbendaharaan Tamadun Islam pada generasi yang akan datang.
Sesungguhnya, kekalnya tamadun Islam adalah bergantung penuh keatas diri kita dalam usaha memindahkannya kepada generasi akan datang dengan cara memindahkan dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita (sahabat-sahabat dan salafus saleh) yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa yang lain di dunia. Dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan sepanjang masa untuk memindahkannya. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.
Dalam hal ini, Ustaz Abu A’la al-Maududi mengatakan, ada 2 cara untuk memindahkan tamadun Islam ini:
1. Mahasiswa itu sendiri hendaklah bergerak dalam melaksanakannya
2. Pemerintah hendaklah merangka undang-undang pendidikan dan pengajaran yang boleh mencapai tujuan tersebut.
Dan untuk bergerak dalam melaksanakannya, mahasiswa itu haruslah mengenali diri sendiri dan menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang mahasiswa Islam. Apabila seseorang mahasiswa itu mengenali dirinya juga tanggungjawabnya, secara automatik dirinya akan mendapati dirinya akan bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka. Apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam dan bangsa-bangsa lain. Ia juga akan mencari apakah hakikat hidup seorang muslim yang akan memikirkan tentang generasi-generasi seterusnya.
Pertahankan dan Istiqomah
Untuk melaksanakannya, mahasiswa Muslim haruslah pegang kepada tiga prinsip dasar di dalam Islam iaitu akidah tauhid, kerasulan dan beriman dengan hari kiamat. Wajib bagi mahasiswa muslim tahu tentang tiga perkara ini. Dan ia patut tahu apabila ia merasa syak dan sangsi terhadap tiga perkara ini, maka robohlah keimanannya juga keislamannya. Juga dia tidak dapat mempertahankan lagi Islam.
Apa saja yang menembusi ketiga perkara ini, hendaklah dia mempertahankannya. Kerana pada hakikatnya, jika dasar-dasar ini musnah, maka tamadun Islam pun akan musnah hingga ke akar umbinya. Maka tiada lagi bumi Islam dan juga tiada lagi tamadun Islam kerana ketiga dasar tadi musnah.
Jadi mahasiswa muslim seharusnya memberi perhatian kepada serangan-serangan ideologi yang berlaku sejak akhir-akhir ini melanda umat Islam dan hendaklah segera bangkit untuk menentang segala gerakan sesat dan aliran anti-Tuhan serta fahaman-fahaman ideologi-ideologi yang akan merosakan akidah Islamiyyah dengan cara apa sekalipun bagi menjaga hidup mati identiti Islam.
Perkara seperti ini haruslah disematkan dalam jiwa mahasiswa Muslim. Jika kita cuai atau leka tentang perkara ini, secara mudah, musuh-musuh Islam akan mudah mengalahkan lalu memusnahkan tamadun Islam secara total. Para mahasiswa muslim hendaklah berhati-hati dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah dan iman serta falsafah-falsafah yang boleh merosakan Islam yang boleh menghasilkan sesuatu yang kita tidak ingini.
Pentingnya berpegang dengan akhlak Islam dan tamadunnya
Perkara kedua yang harus disematkan di dalam diri seorang mahasiswa muslim adalah dengan menjaga sahsiyyah dirinya. Berkaitan dengan sahsiyyah diri berkaitan rapat dengan akhlak. Dan akhlak pula berkait rapat dengan aqidah. Kedua-dua perkara ini harus ada dan tidak boleh tidak ada salah satunya. Kerana perkara akhlak adalah perkara yang tidak kalah penting dengan penjagaan aqidah. Jika salah satu di antaranya tidak ada, maka sudah pastilah satu lagi tidak wujud.
Cuba kita lihat di institut-institut pengajian tinggi yang berada di dunia Islam khususnya di Malaysia, bahawa tempat ini telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan mahasiswa-mahasiswa muslim. Dan yang paling penting, musuh-musuh Islam ini ada yang menabur benih-benih kepada pelajarnya perkara yang bertentangan dengan prinsip dan aqidah Islam. Adakah ini yang kita mahukan?
Pentingnya kesedaran dalam mempertahankan tamadun Islam.
Kita lihatlah sahabat-sahabat kita yang berada di bangku kuliah, yang masih terlena, pergi-pulang kuliah, main game, tidur ataupun melepak di kedai kopi, tidak memikirkan tentang masalah yang berlaku di sekitar mereka. Apa yang terjadi dengan umat Islam, mereka tidak ambil peduli, bahkan tidak mahu tahu langsung tahu tentang keadaan saudara seiman mereka. Mereka mengatakan bahawa kita sebagai mahasiswa hanya untuk belajar, pergi pulang lalu buka buku matapelajaran. Jelas mereka telah bersikap individualisme, “hal kamu, kamu punya, hal aku, aku punya””Kubur kamu, kubur aku”,”kau tak de hak dalam urusan hidup aku, pergi mampuslah, ini urusan aku!.”
Inilah yang diinginkan oleh musuh-musuh Islam, memecahbelahkan umat dengan perkara-perkara yang melanggar Hak Asasi Manusia. Perlu di ingatkan bahawa Umat Islam adalah ibarat satu tubuh, satu bangunan, umat Islam adalah bersaudara. Apa sahaja yang melanggar perintah Allah, maka umat Islam wajib menegur. Apabila umat Islam di bantai, kita patut membantu dengan sedaya upaya kita. Apa saja perkara yang menyangkut dengan kehidupan seorang muslim, muslim yang lain harus mengambil tahu.
Kesimpulan
Dalam hal ini, mahasiswa muslim harus menyedari hakikat kemusnahan umat dengan penukaran tamadun, baik sengaja mahupun tidak. Mereka juga harus menyedari bahawa serangan-serangan pemikiran inilah yang menjadi sebab pepecahan umat. Dengan ini, musuh-musuh Islam sangat suka dan memastikan umat Islam tidak akan bersatu kerana perbezaan ideologi dan sebagainya. Yang perlu ditekankan di dalam tajuk ini adalah benteng dalam diri serang muslim itu haruslah kuat dan teguh, agar serangan-serangan itu dapat di patahkan dan dielakan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa mencari keredhaan-Nya.
* Tajuk ini telah dibentangkan sewaktu penulis menyampaikan tazkirah maghrib di rumah muslimat Syariah dan Ushuluddin, Darussalam, Banda Aceh
**Penulis adalah mahasiswa Tahun 3, jurusan Aqidah dan Pemikiran Islam, Kuliyyah Ushuluddin, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Darussalam-Banda Aceh
*** Akan diterbitkan dalam majalah As-Soff, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah, (PERMATA) Jordan
1 komentar:
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
Posting Komentar