Operasi pencegahan
maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep Amar Makruf Nahi Mungkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yang
terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada
Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah
ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin
sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa pula.
Maksud firman
Allah swt :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya".
(Surah Ali 'Imran : ayat 104)
Maksud sabda Nabi
saw :
"Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti bangunan, saling kuat- menguatkan antara satu sama lain".
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan
Nasaie)
OBJEKTIF
1. Bertanggungjawab dalam membenteras kegiatan maksiat yang
berlaku di kalangan ahli PKPMI-CA.
2. Bertanggungjawab terhadap permasalahan sosial yang
berlaku.
3. Bertanggungjawab berkaitan dengan keselamatan dan
disiplin ahli PKPMI-CA.
4. Memastikan hak hamba dengan Allah (kefardhuan) dan sesama
manusia terlaksana.
5. Melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar dan menegakkan biah
solehah di kalangan ahli PKPMI-CA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar