Minggu, 27 November 2011

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1433H OLEH YDP PKPMI-CA SESI 2011/2012

بسم الله الرحمن الرحيم                                                                           
Salam Maal Hijrah 1433H. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang keizinanNya yang telah mempertemuka kita di Tahun Baru Islam ini,serta keizinanNya jua kepada kita dalam melaksanakan tugas selaku hamba Allah swt, selawat dan salam buat Junjungan Besar kita  Baginda  Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat RidhuanullahiAlaihim yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini seperti mana yang telah di perintahkan oleh Allah SWT. ( Firman Allah swt : surah An-Nisa’:100).
Artinya:Dan sesiapa Yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah Yang banyak dan rezeki Yang makmur; dan sesiapa Yang keluar dari rumahnya Dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Marilah sama-sama kita mengambil panduan dari ayat ini agar kita melangkah ke Tahun baru hijriyyah ini dengan penuh keazaman yang tinggi untuk berubah ke arah yang lebih baik dalam semua aspek, baik luaran maupun dalaman. Karena hijrah itu memerlukan persiapan dan perubahan dalaman dan luaran, tidak bermakna jika kita hanya berhijrah atau berubah dari sudut penampilan sahaja tetapi dari sudut dalaman kita Zeroo. Inilah menggambarkan Aqidah seorang muslim yang sentiasa mengharapkan keampunan dan Mardhotillah. Apa yang penting bagi seorang muslim adalah niatnya, jesteru itu mari sama-sama kita tajdidkan (perbaharui) niat kita tidak lain tidak bukan hanyalah ikhlas karena Allah swt.

Dikesempatan ini saya selaku YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) mengajak kepada seluruh sahabat-sahabiah Ahli PKPMI-CA agar sama-sama kita menghijrahkan diri kita dari semua sudut agar kita semua menjadi muslim yang soleh lagi musleh di semua aspek . Kita tinggalkan segala perkara-perkara yang tidak bermanfaat yang bisa  merugikan kita dan Islam yang kita cintai ini. Marilah bersama-sama kita memperbaiki kelemahan diri kita, meningkatkan syakhsiyyah diri dan mengoptimumkan kapasitas fikrah kita sebagai mahasiswa Islam. Di samping itu,  besarlah harapan saya untuk mengajak  kepada semua ahli PKPMI-CA agar bersama-sama kita membangunkan serta membantu untuk memantapkan lagi Persatuan PKPMI-CA kita ini, karena persatuan ini bukanlah milik pimpinan PKPMI-CA, akan tetapi ia adalah  milik kita bersama, susah dan payah mari kita lalui bersama.

Semoga dengan kehadiran tahun Baru Islam 1433 Hijrah ini lebih memperkukuhkan lagi ikatan Ukhuwwah Islamiyah antara kita semua. Mudah-mudahan keimanan dan ketakwaan kita juga semakin bertambah dalam kita menjalani tugas sebagai Khalifah Allah swt di muka bumi ini. Akhir sekali, saya Mewakili seluruh Soff Pimpinan PKPMI-CA 2011/2012 mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah Kali ke-1433H kepada semua Sahabat sahabiah Ahli PKPMI-CA , mudah-mudah Tahun Baru islam kali ini adalah tahun yang lebih baik dari sebelumnya, Sama-sama juga kita doakan agar tahun ini adalah tahun kemenangan bagi islam yang kita cintai. Sekian, Wallahua’lam,  Siiruu Ala Barakatillah Wa Mardhotillah
“ Kemantapan Tarbiyyah Teras Kesatuan Mahasiswa”.

MUHAMMAD RAFIDI BIN OTHMAN JALUDIN
YDP PKPMI-CA SESI 2011/2012.

Tidak ada komentar: