Selasa, 17 April 2012

Melahirkan Aktivis PKPMI CA Yang Tangguh

"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskn golongan yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang- orang Yang sabar". [Al-Baqarah : 249] 
Kembali pada lembaran Sirah Perjuangan Nabi SAW, kita melihat betapa banyak peristiwa kemenangan yang terjadi di dalam beberapa siri peperangan yang melibatkan kaum muslimin dan musyrikin. Golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang besar. Seakan-akan hal ini seperti cerita dongeng yang diceritakan kepada kanak-kanak. Tetapi sebenarnya ianya adalah realiti.

Kejayaan demi kejayaan yang di raih oleh kaum muslimin. Semuanya kerana ingin menegakan kalimah Allah di muka bumi. Pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat, harta dan jiwa dikerahkan bagi memastikan kejayaan Islam di capai. Matlamat mencari redha Allah di utamakan. Perlumbaan mencari syahid di mulakan. Semuanya ketika Rasulullah SAW masih hidup. 

PKPMI-CA merupakan wadah bagi mahasiswa untuk meneruskan perjuangan Nabi SAW. Misi dan visi selari dengan kehendak syara’. Lima kata kunci untuk melahirkan aktivis PKPMI CA yang profesional dan intelektual menjadi dasar untuk membentuk aktivis yang tangguh dan kuat. Tarbiyyah, Ukhuwwah, Kesatuan, Kebajikan dan Bi’ah Solehah. Sarana-sarana inilah yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu. Namun sejauh mana gerak kerja pimpinan bersama ahli untuk merealisasikan hal ini? 


Di dalam merealisasikan hal ini, kita sebagai ahli di bawah naungan PKPMI-CA hendaklah sama-sama merasakan rasa bertanggungjawab ke atas PKPMI-CA. Rasa kebersamaan perlu dipupuk sejak awal dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Antara menjadi punca perpecahan adalah hilangnya rasa hormat menghormati. Nilai Ukhuwwah itu perlu diserapkan. Ini merupakan salah satu dasar tunjang yang kukuh bagi memastikan kebersamaan kita di bawah satu bumbung persatuan akan terlaksana. 

Selain dari itu, tsaqofah atau kefahaman tentang Islam perlu di perdalami bagi memastikan anasir-anasir yang memecahbelahkan kebersamaan kita dapat dicegah. Dasar yang paling utama di dalam segala hal yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan adalah aqidah. Aqidah yang kukuh merupakan banteng atau kubu yang kuat untuk menangkis serangan anasir-anasir yang menganggu gugat kesejahteraan PKPMI-CA. 

Dalam memastikan survival PKPMI CA terus berjalan, peranan ahli diperlukan. Semangat yang tinggi perlulah ada dalam menjayakan segala agenda persatuan. Ini suatu keharusan yang perlu di ambil kira sebagai ahli di dalam persatuan PKPMI CA. Saling kuat menguatkan antara satu sama lain. 

Rasulullah SAW bersabda: 
“Orang mukmin bagi seorang mukmin yang lainnya adalah seperti bangunan, saling kuat menguatkan antara satu sama lain.”
Tetapi perlulah di ingat, kita sebagai penerus mata rantai perjuangan Rasulullah SAW perlu mengambil tahu amaran yang disebutkan oleh beliau: 
“Sesiapa saja dari golongan kamu yang tidak mengambil tahu (berat) terhadap kaum muslimin yang lainnya, maka dia bukanlah dari kalangan mereka."
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]
Sedarilah bahawa Islam mengajarkan kita erti hidup bersama, bermasyarakat. Ianya bukan pilihan tapi satu kemestian. Dan ingatlah, kita sebagai umat Islam mempunyai tugas yang sangat besar dan kita memikulnya.
"Bekerjalah kamu!, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu di beritakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [Surah at-Taubah: 105]

Oleh:
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Timbalan Yang Di Pertua
PKPMI CA sesi 2011/12

Tidak ada komentar: