Rabu, 11 Juli 2012

PKPMI CA Menyokong Penuh Tindakan WH

Banda Aceh, 11 Julai – Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) menyokong tindakan razia busana yang dilakukan oleh ‘Tim Gabungan Penegakan Syariat Islam’ dengan melakukan penahanan di jalan raya bagi sesiapa yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan syari’at Islam. Operasi tindakan tersebut dilakukan oleh para petugas yang terdiri dari Polisi Syari’ah (Wilayatul Hisbah/WH), Polisi dan POM.

Dalam operasi ini, para petugas memberhentikan perempuan yang berpakaian ketat dan laki-laki yang bercelana pendek yang tidak sesuai dengan syari’at Islam. Menurut salah seorang petugas, operasi ini bertujuan dalam rangka menegakkan Qanun nomor 11/2003 tentang aqidah, ibadah dan Syariat Islam.



PKPMI-CA berpandangan bahawa usaha seperti ini perlu dipertingkatkan dan diperketatkan lagi kerana ia merupakan langkah-langkah dalam usaha menutup pintu-pintu yang boleh menyebabkan berlakunya berbagai kemungkaran dan permasalahan sosial yang parah. Usaha ini tidak hanya dengan melakukan razia busana sahaja tapi perlu dilakukan pencegahan kepada mereka yang bukan mahram yang melakukan hubungan yang tidak sah ditempat-tempat awam baik mereka yang mengendarai speda, kereta (motosikal), mobil dan juga kendaraan yang lain kerana hal yang demikian ini lebih utama untuk dilakukan pencegahan.

Yang di Pertua, PKPMI CA, Saudara Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin berharap agar operasi seperti ini sentiasa dilakukan setiap bulan atau minggu bukan hanya sempena menjelang bulan Ramadhan, tetapi disetiap bulan sepanjang tahun bagi memelihara Syari’at Islam di Aceh. Dan jika tidak berhalangan, pimpinan PKPMI-CA akan bertemu dengan pimpinan Wilayatul Hisbah (WH), Banda Aceh untuk menyatakan sokongan dan membincangkan mengenai beberapa hal untuk memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap perlaksanaan operasi yang dilakukan ini. 
Berita Penuh klik DI SINI

Tidak ada komentar: