Senin, 20 Agustus 2012

Perutusan YDP PKPMI-CA Sempena Hari Raya Idul-Fitri

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Walillahil hamd…

Alhamdulillah... marilah sama-sama kita mengucapkan dan menunjukan syukur kita kepada Allah swt kerana pada tahun ini, kita dapat menyambut bulan kemenangan umat Islam, bulan Syawal yang mulia. Sesungguhnya Rasulullah saw sendiri menganjurkan menyambut kemenangan ini dengan perasaan yang gembira dan di anjurkan juga supaya memperbanyakan takbir tanda membesarkan keagungan Allah swt. Sesungguhnya orang yang beriman itu,apabila menyambut idul fitri, seseorang itu akan kembalikepada fitrah dan menguatkan lagi rasa takutnya kepada Rabb-Nya selaras dengan firman Allah swt di dalam surah al- Baqarah ayat 186 yang bermaksud
"Wahai orang orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertakwa." (al-Baqarah: 186)
Firman Allah swt di atas menunjukan adanya tahapan untuk menjadi orang yang bertakwa. Tahapan yang pertama adalah orang yang beriman. Ini adalah perkara yang sangat penting untuk mencapai tahap orang yang bertakwa. Dalam erti kata yang lain,ianya merupakan input untuk memastikan kualiti dalam menjalani ibadah puasa dapat dijalankan semaksimal mungkin.

Tahapan yang kedua adalah berpuasa. Berpuasa merujuk di dalam tatabahasa melayu merupakan kata yang dikhususkan untuk perbuatan atau kerja. Lazimnya ia merujuk kepada proses perlaksanaan untuk mencapai darjat orang yang bertakwa. Ia merujuk kepada konteks berpuasa dari makan dan minum. Namun, dari sisi lain, Nabi saw pernah menyebutkan, apabila ada seseorang yang melakukan kejahatan ataupun mencaci maki kepada kita, hendaklah kita mengatakan: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa". ( Qul:"Inni shoim.."). Jadi puasa di dalam erti yang luas adalah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang lazim di buat dan perkara-perkara yang negatif.

Ibrah Badar

Sahabat-sahabiah yang di rahmati Allah sekalian

Perang Badar merupakan perang yang pertama di dalam mempertahankan Islam. Ia berlaku pada musim panas di tahun ke 2H. Inilah perang yang menentukan survival Islam dalam menjadi agama yang di redhai oleh Allah swt. Sehinggakan Rasulullah saw berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada Islam. Jika tidak, tidak akan ada lagi yang akan menyebarkan agama Allah swt lagi.

Perang Badar adalah satu bukti kekuatan umat Islam yang bermula dari kekuatan iman yang mempengaruhi kekuatan di dalam diri. Di sisi lain, umat Islam adalah satu umat yang di lahirkan untuk mencabar diri sendiri menjadi umat yang terbaik di kalangan umat yang lain sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu adalah umat yang terbaik, yang dilahirkan bagi manusia untuk menjalankan perkara yang makruf dan men cegah kemungkaran..."(Ali Imran: 110)

Perang Badar memainkan peranan penting dalam membuktikan bahawa kekuatan kaum muslimin bukan sekadar mempunyai kekuatan iman yang mendalam, tetapi mereka mencabar diri untuk menunjukan kekuatan dan kemampuan yang termampu yang mereka dapat buktikan kepada Rabb mereka.

Selain itu, mereka meletakan tujuan akhir di dalam minda dan jiwa mereka iaitu mendaparkan syahid atau kemenangan. (begin with the end in mind concept). Itulah yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam. Ganjaran yang Allah berikan kepada orang yang syahid menyebabkan mereka umat Islam tidak ragu-ragu untuk mati untuk mendapatkan syahid dan bertemu dengan Tuhannya.

Ibrah setelah Badar

Saudara saudariku yang sentiasa di rahmati Allah sekalian

Setelah Nabi saw mendapat pertolongan dan kemenangan dari Allah swt, Rasulullah saw melakukan sujud syukur keada Allah swt bersama dengan sahabat-sahabatnya. Sesampainya ke Madinah, kaum muslimin menyorak gembira dengan kemenangan tersebut.

Antara hal yang paling nikmat yang di rasai oleh kaum muslimin adalah menyambut hari raya dengan penuh rasa gembira atas kejayaan menempuh bulan Ramadhan. Antara hikmah adalah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan kembali kepada fitrah. Melihat dari hal tersebut, yang merasai kegembiraan berhari raya adalah di kalangan orang yang beriman berdasarkan ayat dihujung ayat 186 surah al Baqarah. Kata 'la'alla' bermaksud mudah mudahan. Ia membawa maksud yang luas iaitu tidak semua orang yang boleh mencapai darjat takwa. Dalam hal ini, masalah yang berlaku berpunca dari input iaitu, iman.

Rasulullah saw bersabda:  
"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga."

Penutup

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia-Cawangan Aceh atau PKPMI CA mengharapkan agar sempena syawal yang menjelang ini, agar kita kembali mengoreksi diri kembali, apakah kita berjaya mengharungi bulan Tarbiyyah dan kembali kepada fitrah? Adalah sangat merugikan apabila kita mengharungi bulan Ramadhan tapi hanya mendapat lapar dan dahaga saja.

Justeru itu, saya YDP PKPMI CA mewakili saff kepimpinan PKPMI CA sesi 2012-2013 mengucapkan selamat hari Raya Idul Fitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita berjaya menempuhi Ramadhan kali ini dengan memperbaharui azam dan mengubah diri kearah yang lebih baik. Dan dengan sedaya upaya, kita cuba merealisasikan apa yang di bawa oleh Persatuan pada sesi kali ini dengan tema ‘Intelektualisme Menjana Kesatuan Mahasiswa.’ Semoga amalan kita di Bulan Ramadhan yang lalu di terima oleh Allah SWT. Insha Allah.

Seeru ‘Ala Barakatillah

Dari:
YDP PKPMI CA sesi 2012/13
HELWANI PKPMI CA
Seluruh Ahli Majlis Tertinggi PKPMI CA
Biro Dakwah dan Pembangunan Insan
Biro Akademik, Informasi dan Penerbitan
Biro Imigrasi dan kepolisian
Biro Rehlah, Sukan dan Kesenian
Biro Kebajikan, Kediaman dan Keselamatan
Unit Mini Pavilion
Unit Ekonomi
Intelektualisme Menjana Kesatuan Mahasiswa

Tidak ada komentar: