Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana tiada apa yang berlaku kepada mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry, Aceh Darussalam akibat gempa yang berlaku di Meulaboh, Aceh jam 12.59 t.hari (1.59 Malaysia) tadi. Gempa yang berkekuatan 7.2 Skala Richter ini dimaklumkan akan berpotensi untuk menghasilkan Tsunami.
Suasana tenang setelah lebih 1 jam gempa menjadi cemas semula sekitar jam 2.30 petang apabila kami menerima makluman air laut naik. Warga desa berhamburan keluar dari rumah. Semua mahasiswa Malaysia meninggalkan rumah masing-masing menuju ke pejabat PKPMI-CA.
Maklumat akhirnya diterima bahawa amaran Tsunami ini hanya berlaku di sekitar kawasan Meulaboh dan sekitar sahaja. Ini dilaporkan oleh media massa kerana dikatakan sekitar Meulaboh, air laut sempat surut sedikit. Mungkin berlaku salah faham terhadap pemberitaan tersebut menyebabkan warga di sekitar Darussalam melarikan diri termasuk mahasiswa Malaysia. Jarak antara Darussalam (kawasan kampus) dengan Meulaboh jauhnya sekitar 4-5 jam perjalanan. Beberapa waktu kemudian, amaran Tsunami ditarik semula.
Beberapa waktu tadi, Pres.PKPMI-CA, Mohammad Azzar Ismail menyampaikan pesanan ringkas kepada setiap pimpinan agar memaklumkan kepada mahasiswa Malaysia mengenai aturan keselamatan yang perlu dilakukan. Berikut pesan singkatnya :
1) Pastikan ada ketua kumpulan dan tahu no HP ahli-ahlinya (1:10 ahli).
2) Jika gempa, lari keluar rumah dan kumpul di MES PKPMI-CA
3) Pastikan semua ahli ada.
4) Lari ke tempat tinggi jika ada amaran Tsunami
5) Sediakan beg kecil (dokumen, alat-alat mandi, tuala dan keperluan asas)
6) Call atau SMS Pengarah JPMI (081808811111) – Dato’ Dr.Junaidi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar