Kamis, 15 Juli 2010

Penduduk Paling Sihat Di Dunia


undefined
Selama ini kita mengetahui bahawa Gaza merupakan tanah yang penuh penderitaan, peperangan, pembunuhan, kezaliman, runtuhan, debu, mayat, darah dan air mata. Penderitaan penduduk Gaza seperti tiada penghujungnya. Setiap detik penduduk Gaza di selubungi rasa cemas. Roket dan peluru tentera Israel laknatullah mengintai mereka dimana pun mereka berada. Hatta di rumah merekasendiri, sebuah tempat yabg seharusnya menjadi tempat yang paling selamat bagi manusia sudah tidak aman lagi.

Itulah yang di rasai penduduk Gaza saat ini sejak umat Islam kalah dalam perang salib. Kegemilangan umat Islam sedikit demi sedikit, sirna. Keruntuhan Dinasti Uthmaniyyah juga menyebabkan moral dan semangat umat Islam jatuh. Itulah hakikat yang harus kita terima. Berat telinga mendengar, berat lagi bahu mereka memikul. Kita kini hanya menjadi umat majoriti tanpa kualiti.

Namun, disebalik penderitaan rakyat Gaza yang tidak berkesudahan ini, terselit berita gembira terhembus. Tidak beberapa lama yang lalu, terbit sebuah artikel dari zaladebad.com yang menyatakan bahwa Gaza merupakan"Pusat Kesihatan Terbesar No 1 Dunia!"

Subhanallah! Sangat menakjubkan! Masyarakat yang sangat menderita ini, kini mereka masyarakat yang paling sihat. Apakah rahsia disebalik semua ini? Tidak cukup makan dan minum, tempat tiggal yang sederhana malah lebih ramai yang tinggal di atas runtuhan bangunan, udara yang sebati dengan bau belerang dan bahan kimia fosforus tidak membuatkan penduduk Gaza lemah jasadnya.

Ikut Saran Rasulullah SAW.

Hasil kajian menunjukkan bahwa penduduk Gaza mengamalkan gaya hidup yang sihat, yang dianjurkan oleh ahli perubatan moden. Mereka menghindari makanan yang mempunyai lemak, minyak dan kadar kolestrol yang boleh menyebabkan tekanan darah, sakit jantung, lelah dan kegemukkan (obesiti)

Selain itu, mereka berjaya menghindari diri mereka dari pencemaran setempat oleh bahan bakar minyak, karbon monoksida daripada asap kenderaan dan bahan kimia yang lain yang dapat membahayakan kesihatan dan persekitaran.

Mereka juga aktif berolahraga, berjalan kaki di sekitar penempatan meraka, di padang pasir dan di kaki gunung batu. Tabiat ini sangatbermanfaat bagi kesihatan, pernafasan, aliran darah, kekuatan otot-otot, kesegaran tubuh badan dan kecerdasan akal. Olahraga ini digemari khususnya golonga usia lanjut, orang kurang upaya, orang sakit dan wanita hamil.

Selain itu mereka juga mengamalkan kaedah pengubatan ala Rasulullah (tib nabawi)
kerana menurut kajian para ilmuan, kebanyakkan ubat-ubat moden yang di majukan dan digunakan kini adalah penyebab merosotnya daya tahan tubuh kita. Oleh sebab itu penduduk Gaza kini mengamalkan konsep "Kembali kepada Alam Sekitar."

Malah, ada pusat kesihatan kecil tempatan yang ditutup, kerana tidak ramai penduduk yang datang untuk berubat dan mendapatkan rawatan disana. Mereka meninggalkan amalan pengubatan moden yang awalnya dirintis oleh Barat.

Malah ada kajian mendapati bahawa negara maju seperti Amerika jarang menggunakan cara pengubatan yang mereka majukan tetapi mengamalkan cara hidup yang awalnya disarankan oleh syariat Islam memalui sunnah Rasulullah SAW. Sebahagian mereka sudah tidak lagi memakan organ dalaman haiwan,
sebaliknya memakan buah-buahan sebelum makan makanan yang berat, dan makan sebelum menjelang malam. Mereka juga tidak minum ketika makan, makan ketika lapar sahaja dan berhenti makan sebelum kenyang. Meskipun begitu, masih ramai dalam kalangan penduduk negara maju ini mengamalkan cara hidup yang tidak sihat dengan mengambil alkohol dan lain-lain.

Berbalik kepada kisah penduduk Gaza, maka tidak hairanlah jika mereka dikatakan sangat kuat untuk menggali terowong berpuluh kilometer, bertahan dengan kehidupan ala padang pasir dan mempu menangkis serangan senjata kimia seperti fosforus putih.

Malah ada sebahagian rakyat Gaza yang turut "berterima kasih" kepada pemerintah Israel dan Mesir yang telah membina tembok sempadan sehingga akhirnya mereka bertemu dengan cara hidup sihat yang menyebabkan mereka jauh dari peradaban moden yang dapat
merosakkan jiwa dan raga. Mereka meminta kepada Allah SWT agar memberikan kesempatan kepada para pemimpin negara, isteri-isteri dan anak-anak mereka yang turut serta menyekat Gaza, agar diberikan kesempatan menerapkan pola hidup sihat seperti mereka lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Ucapan terima kasih tidak terlepas juga buat pemerintahan Israel yang dengan terpaksa mengarahkan ribuan pasukannya untuk menjaga dan menghalang supaya barang bantuan tidak sampai ke Gaza. Semoga sekatan tersebut menjadi faktor kebaikkan yang banyak bagi Gaza dalam segala hal dan turunnya pertolongan Allah kepada mereka.

Kesimpulan

Allah yang Maha Adil mendatangkan rahmat dan kelebihan ketika kita dalam kesusahan. Cuma ketika itu manusia harus mencungkil rahsia Allah dengan
lebih gigih lagi yang kadang-kala tidak terlihat oleh mata kasar dan tidak terjangkau oleh minda manusia.

Kita perlu sedar bahawa ujian hidup yang Allah datangkan keatas sesuatu kaum adalah untuk menguji setakat mana keimanan kaum itu. Jika mereka bersabar dan mereka tetap beriman kepada Allah, Allah tetap akan memberikan kemenangan. Kalau tiada kemenangan di dunia, Allah tetap akan beri kemenangan di akhirat, kemenangan yang kekal abadi.


Oleh:


Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Pengerusi Biro Informasi, Multimedia dan Penerbitan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia
Cawangan Aceh
Sesi 2010-2011

http://hafizul-hakimi.blogspot.com

Tidak ada komentar: