Kamis, 12 Juli 2012

Tarhib Ramadhan LDK Ar-Risalah

Insya Allah, pada hari ini, Khamis, 12 Julai 2012, PKPMI-CA akan bersama-sama menyambut acara 'Tarhib Ramadhan' yang diselenggarakan oleh Unit Kegiatan Mahasiswa Lembaga Dakwah Kampus Ar-Risalah, IAIN Ar-Raniry. Program ini bertujuan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, bagi mahasiswa Malaysia di Aceh yang berkelapangan, PKPMI CA mengajak ahli persatuan untuk memeriahkan dan menjayakan program ini. Program ini akan bermula pada jam 2.00 petang WIB dan berakhir pada jam 6.30 petang WIB.

Berikut adalah schedule acara yang bakal berlangsung:

=======================

Para peserta program akan mengikuti konvoi motosikal dan berkumpul 
di kampus Darussalam pada jam 2.00 WIB. 
|
|
V
Simpang Mesra
(2.10 WIB)
|
|
V
Simpang Surabaya(Bagi stiker dan Imsakiyah Ramadhan)
(2.30 WIB-3.20 WIB)
|
|
V
Mesjid raya Baiturrahman (Solat Asar dan mendengar pengisian dari PR III IAIN Ar-Raniry)
(3.50 WIB-5.30 WIB)
|
|
V
Simpang Lima (Bagi stiker dan Imsakiyah Ramadhan)
(5.50-6.00 WIB)
|
|
V
Pulang ke kampus IAIN Ar-Raniry
(Finish)

=======================

Note: 
1. Pakaian
Pakaian bagi muslimin:
Baju putih, seluar dan kain sarung*
*Kain sarung bukan untuk dipakai, tetapi di letakan di bahu. Style orang pesentren Indonesia.

Pakaian bagi muslimat:
Jubah bebas dan memakai tudung berwarna putih.

2. Membawa kenderaan sendiri
3. Sila hadir di kampus IAIN Ar-Raniry sebelum jam 1.30 tengahari WIB.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:
Saudara Sofian Bin Kamuarden
Pengerusi Biro Imigrasi dan Kepolisian
(087890320319)

Pihak UKM LDK Ar-Risalah dan PKPMI CA mengharapkan agar mahasiswa/i yang berkelapangan untuk mengikuti program ini. Ini merupakan salah satu agenda ukhuwwah Islamiyyah bagi merapatkan ukhuwwah antara dua negara, Malaysia dan Indonesia dan bersama-sama kita turun ke lapangan masyarakat bagi melatih diri untuk berani serta mendapat pengalaman agar dapat digunakan di tanah air kita nanti.Sama-sama kita menjayakan agenda misi PKPMI CA yang ke-2, Ukhuwwah.

*Note: Pihak PKPMI CA telahpun melaporkan kegiatan ini kepada pihak Polresta dan pihak Polresta telah memberi keizinan kepada mahasiswa/i Malaysia untuk memgikuti kegiatan ini.  

Intelektualisme Teras Kesatuan Mahasiswa

Tidak ada komentar: