Kamis, 15 Juli 2010

Program Tautan Budi

Tarikh : 5-8 Ogos 2010
Tempat : Semantan, Temerloh Pahang

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) membawakan kepada anda, sebuah program bakti siswa dengan kerjasama dari Kerajaan Negeri Pahang! Pengisian program seperti butir-butir dibawah.



Asas PTB

Menjalankan kegiatan sosial dan berbakti kepada masyarakat di samping meningkatkan hubungan dan kerjasama sosial antara mahasiswa Malaysia di Indonesia dengan mahasiswa di IPTA di Malaysia bertepatan dengan Fasal 6(c) Pelembagaan PKPMI.



Objektif

  1. Memberi peluang kepada ahli-ahli PKPMI untuk mengisi masa mereka dengan bermanfaat ketika pulang bercuti di Malaysia sewaktu cuti semester.
  2. Melatih kepimpinan dan komunikasi interpersonal mahasiswa dalam berinteraksi dengan masyarakat bagi persiapan diri sebelum terjun ke bidang khidmat masyarakat kelak.
  3. Menjalinkan kerjasama dan membuat hubungan dengan mahasiswa di IPTA Malaysia agar manfaat dan perkongsian ilmu dapat diperolehi.
  4. Memperkenalkan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia kepada rakan- rakan serta masyarakat di Malaysia.



Peserta Program

  1. Mahasiswa Malaysia di Indonesia yang sedang bercuti di Malaysia
  2. Wakil-wakil mahasiswa Indonesia di Universitas-universitas Indonesia yang berminat.
  3. Mahasiswa yang bernaung di bawah MAMPAN
  4. Alumni PKPMI yang sudah bekerja (mahasiswa Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia)



Cadangan Aktiviti


1. Program Homestay dan Anak Angkat

2. Program Kesihatan
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
  • Promosi kesihatan dan pemberian pamplet-pamplet kesedaran kesihatan.
  • Program Derma Darah.
  • Pemeriksaan kandungan gula dan kolesterol dalam darah.
  • Pemeriksaan gigi.

3. Program Sunathon
  • Sunat beramai-ramai
  • Dilakukan oleh doktor dan ahli terlatih dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Malaysia
  • (PPIM) Student Chapter

4. Program Motivasi Pelajar Sekolah. (Pelajar PMR/SPM)
  • Ceramah motivasi atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
  • ’Career Talk’ bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

5. Forum Perdana

6. Sukan antara anak angkat bersama keluarga angkat
  • Pertandingan permainan Tradisional.
  • Pertandingan Memasak Masakan Tradisional.
  • Bola Sepak, Takraw, Tarik Tali dan sukaneka.

7. Program Kebajikan
  • Menziarah masyarakat tempatan yang telah uzur, sakit dan yang kurang berkemampuan.
  • Menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.



Keterangan


1. Program Homestay dan Anak Angkat.
  • Semua mahasiswa akan dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing dan akan menginap dirumah mereka.

2. Program Kesihatan
  • Adanya konsultasi dan pemeriksaan kesihatan percuma, promosi kesihatan, pemberian pamplet kesihatan serta program derma darah boleh di buat kepada orang-orang kampung dengan bekerjasama dengan jabatan kesihatan setempat.
  • Di samping itu juga akan dilakukan program pemeriksaan gigi yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar pergigian juga dengan kerjasama jabatan kesihatan setempat.

3. Program Sunathon
  • Anak-anak penduduk setempat akan diajak untuk bersunat beramai-ramai
  • Program ini adalah usahasama yang dilakukan bersama PPIM (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) Student Chapter yang telah berpengalaman dalam program sunat.

4. Program Motivasi Pelajar
  • Program ini akan dikendalikan oleh mahasiswa sendiri dan akan dilaksanakan kepada beberapa kelompok sasaran iaitu pelajar sekolah menengah dan rendah, adik-adik yang masih di tadika dan juga remaja-remaja setempat dalam bentuk ceramah motivasi atau latihan dalam kumpulan(LDK).
  • Program ‘Career Talk’ dapat diberikan oleh alumni-alumni PKPMI (contohnya para doktor, farmasi, doktor gigi) yang telah bekerja dengan memberi pendedahan tentang karier masing-masing untuk menjana minat kepada pelajar sekolah menengah sekiranya ingin memilih karier tersebut.
  • Penceramah bebas juga akan dijemput untuk turut serta dalam memberikan ceramah motivasi untuk anak-anak sekolah masyarakat setempat.

5. Forum Perdana
  • Penceramah-penceramah yang terkenal akan dipanggil untuk memberikan ceramah berbentuk forum.
  • Program akan dilakukan di tempat terbuka (contoh : kawasan padang di kampung)
  • Akan diusahakan untuk memanggil RTM untuk menjadikan forum tersebut sebagai forum perdana yang akan disiarkan di televisyen.

6. Sukan dengan remaja dan masyarakat setempat.
  • Aktiviti sukan seperti bola sepak, takraw, dan tarik tali akan diadakan dengan penduduk setempat. Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, wau dan sebagainya turut diadakan.
  • Pertandingan memasak masakan tradisional mengikut rumah keluarga angkat akan diadakan.
  • Sukaneka untuk kanak-kanak.

7. Program Kebajikan
  • Ini bertujuan untuk membantu semua golongan yang sakit, tua dan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk menunjukkan rasa keprihatinan kita terhadap kesulitan yang dihadapi oleh mereka.


Terima kasih bagi yang telah memberi nama. Kami telahpun mendapat template borang pendaftaran PKPMI-CA untuk dihantar kepada PKPMI Pusat. Oleh itu terdapat beberapa maklumat lagi yang kami perlukan.


  1. Nama Penuh
  2. Alamat di Malaysia
  3. No Tel M'sia dan Indonesia
  4. Emel
  5. Saiz Baju
  6. Tarikh Tutup permohonan sampai akhir minggu ini sahaja. Kuota yang diberikan kepada kita sebanyak 15 orang, yang telah mendaftar baru sahaja 5 orang. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah menghantar informasi di atas ke no Al-akh Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin .::081973745868::.

Tidak ada komentar: