Selasa, 20 Julai 2010: Program “Skripsi Idamanku” yang telah diselenggarakan oleh Biro Akademik dan Pengajian PKPMI-CA sesi 2010-2011 telah dijalankan dengan seadanya di rumah MES PKPMI-CA yang bermula jam 9.00 pagi. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh ahli PKPMI CA khususnya ahli PKPMI CA yang berada di tahun akhir dan kehadiran peserta yang mendaftar seramai hampir 50 orang. “Bagai pucuk dicita ulam mendatang,” kehadiran peserta-peserta yang ramai dapat menghidupkan program yang berlangsung pada hari tersebut..
Pemateri yang telah dijemput adalah Pak EMK Alidar yang telah berpengalaman banyak dalam membimbing mahasiswa dalam menyelesaikan skripsi sebagai syarat terakhir sebelum melangkah sebagai sarjana S1. Pengisian yang diberikan adalah mengenai ruang lingkup untuk menghasilkan sebuah skripsi yang baik, bukan sahaja dari cara pembuatannya yang perlu diperhatikan tetapi bahasa-bahasa yang digunakan juga haruslah baik dan betul. Pak EMK Alidar juga menyarankan agar mahasiswa Malaysia yang berada di Indonesia haruslah ada pengedit dari kalangan masyarakat dan mahasiswa asal Indonesia agar bahasa yang digunakan dapat difahami oleh pembimbing Skripsi dan penguji masing-masing.
Masa yang berputar bagaikan roda sehingga para peserta tidak merasakan program ini berakhir dengan masa yang singkat. Selepas itu, program diteruskan dengan praktikal yang akan dilakukan oleh mahasiswa sendiri yang dipantau oleh pemateri undangan tersebut.
Sebelum majlis melabuhkan tirainya, acara “kudapan” dan sesi berfoto bersama Pak EMK Alidar disediakan sebagai penutup kepada program “Skripsi Idamanku”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar