Tampilkan postingan dengan label Program. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Program. Tampilkan semua postingan

Selasa, 07 Desember 2010

Program Ibadah Qurban 2


Pada 18 November 2010 bertepatan pada hari tasyriq pertama 11 Dzulhijjah 1431H yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) telah menganjurkan sebuah program tahunan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431 H. Program ini merupakan program kali kedua yang dianjurkan. Program yang julung-julung kali dianjurkan ini telah diketuai oleh Saudara Muhammad Muslim bin Amran selaku Pengarah Program.
Program yang berlangsung tahun ini membawa tema: “IBADAH QURBAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.” ini diadakan di Pejabat Persatuan Mahasiswa Malaysia (MES Malaysia) yang terletak di Jalan Inong Balee, KOPELMA Darussalam. Antara tujuan program seumpama ini dilaksanakan adalah untuk meraikan kesemua anak-anak Malaysia yang berada di Nanggroe Aceh Darussalam disamping meraikan Ibadah Qurban yang disyariatkan oleh Allah SWT.  Program ini telah dihadiri seramai 150 orang mahasiswa Malaysia yang menuntut IPT di sini selain beberapa orang tetamu undangan.
Program sempena Hari Raya Idul Adha ini bermula pada jam 7.00 pagi WIB yang dimulai dengan  penyembelihan sebanyak 3 ekor kambing. Kemudian diikuti sesi melapah dan memotong daging secara beramai-ramai yang diketuai oleh Pengerusi Biro Dakwah dan Pembangunan Insan, Saudara Zakiran Fahmi Bin Yusof selaku KD Daging Qurban dan Agihan,
Penyediaan bahan-bahan masakan dilakukan secara bergotong-royong oleh muslimat yang diketuai oleh Saudari Nan Mardhiatul Akmal Binti Long Kamaruddin. Sekitar jam 10 pagi WIB. Sesi memasak yang diketuai oleh Pengerusi Biro Rehlah Dan Sambutan, saudara Rahmat Bin Saleh bermula dengan masakan Kari daging kambing, Kurma daging kambing, dan arca timun.
Sekitar jam 13.30WIB, juadah yang dinanti-nantikan disediakan dan jamuan makan bermula, Program berakhir jam 15.30WIB dan ia berjalan dengan lancar dan meriah.
Menurut Pengarah Program Ibadah Korban pada tahun ini yang juga Pengerusi Biro Keselamatan, Kediaman dan Kebajikan (Biro 3K), Saudara Muhammad Muslim Bin Amran, (Gambar di kiri) Beliau memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana program ini berjalan dengan lancar, dan berterima kasih kepada kesemua ahli-ahli PKPMI-CA yang membantu untuk menjayakan program yang julung-julung kali di adakan ini.

Selasa, 12 Oktober 2010



PKPMI-CA mengucapkan selamat berbakti kepada masyarakat Pidi Jaya bagi mahasiswa Malaysia yang telah mengikuti gelombang pertama Kuliah Pengabdian Masyarakat (KPM) selama 45 hari yang bermula pada hari ini..dan juga selamat berdakwah dengan segala ilmu yang ada.. selamat pergi dan kembali.

Minggu, 19 September 2010

Selamah Hari Raya, Ahlan Wasahlan dan Tahniah!


Kini telah pergi Ramadhan, datang pula Syawal. Ramadhan yang dirindui, Syawal yang dikasihi. Alhamdulillah, Marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT yang mana telah mempertemukan Ramadhan dan menghadiahkan kepada kita satu malam yang istimewa yang telah diberikan kepada Umat Nabi Muhammad SAW yang mana malam itu lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Malam itu merupakan malam yang terlalu istimewa yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat nabi yang terdahulu.

Sabtu, 31 Juli 2010

Majlis Pertemuan Mahasiswa dan Kerajaan Negeri Kelantan


Skripsi Idamanku








Selasa, 20 Julai 2010: Program “Skripsi Idamanku” yang telah diselenggarakan oleh Biro Akademik dan Pengajian PKPMI-CA sesi 2010-2011 telah dijalankan dengan seadanya di rumah MES PKPMI-CA yang bermula jam 9.00 pagi. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh ahli PKPMI CA khususnya ahli PKPMI CA yang berada di tahun akhir dan kehadiran peserta yang mendaftar seramai hampir 50 orang. “Bagai pucuk dicita ulam mendatang,” kehadiran peserta-peserta yang ramai dapat menghidupkan program yang berlangsung pada hari tersebut..

Pemateri yang telah dijemput adalah Pak EMK Alidar yang telah berpengalaman banyak dalam membimbing mahasiswa dalam menyelesaikan skripsi sebagai syarat terakhir sebelum melangkah sebagai sarjana S1. Pengisian yang diberikan adalah mengenai ruang lingkup untuk menghasilkan sebuah skripsi yang baik, bukan sahaja dari cara pembuatannya yang perlu diperhatikan tetapi bahasa-bahasa yang digunakan juga haruslah baik dan betul. Pak EMK Alidar juga menyarankan agar mahasiswa Malaysia yang berada di Indonesia haruslah ada pengedit dari kalangan masyarakat dan mahasiswa asal Indonesia agar bahasa yang digunakan dapat difahami oleh pembimbing Skripsi dan penguji masing-masing.

Masa yang berputar bagaikan roda sehingga para peserta tidak merasakan program ini berakhir dengan masa yang singkat. Selepas itu, program diteruskan dengan praktikal yang akan dilakukan oleh mahasiswa sendiri yang dipantau oleh pemateri undangan tersebut.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, acara “kudapan” dan sesi berfoto bersama Pak EMK Alidar disediakan sebagai penutup kepada program “Skripsi Idamanku”