Selasa, 07 Desember 2010

Program Ibadah Qurban 2


Pada 18 November 2010 bertepatan pada hari tasyriq pertama 11 Dzulhijjah 1431H yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) telah menganjurkan sebuah program tahunan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431 H. Program ini merupakan program kali kedua yang dianjurkan. Program yang julung-julung kali dianjurkan ini telah diketuai oleh Saudara Muhammad Muslim bin Amran selaku Pengarah Program.
Program yang berlangsung tahun ini membawa tema: “IBADAH QURBAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.” ini diadakan di Pejabat Persatuan Mahasiswa Malaysia (MES Malaysia) yang terletak di Jalan Inong Balee, KOPELMA Darussalam. Antara tujuan program seumpama ini dilaksanakan adalah untuk meraikan kesemua anak-anak Malaysia yang berada di Nanggroe Aceh Darussalam disamping meraikan Ibadah Qurban yang disyariatkan oleh Allah SWT.  Program ini telah dihadiri seramai 150 orang mahasiswa Malaysia yang menuntut IPT di sini selain beberapa orang tetamu undangan.
Program sempena Hari Raya Idul Adha ini bermula pada jam 7.00 pagi WIB yang dimulai dengan  penyembelihan sebanyak 3 ekor kambing. Kemudian diikuti sesi melapah dan memotong daging secara beramai-ramai yang diketuai oleh Pengerusi Biro Dakwah dan Pembangunan Insan, Saudara Zakiran Fahmi Bin Yusof selaku KD Daging Qurban dan Agihan,
Penyediaan bahan-bahan masakan dilakukan secara bergotong-royong oleh muslimat yang diketuai oleh Saudari Nan Mardhiatul Akmal Binti Long Kamaruddin. Sekitar jam 10 pagi WIB. Sesi memasak yang diketuai oleh Pengerusi Biro Rehlah Dan Sambutan, saudara Rahmat Bin Saleh bermula dengan masakan Kari daging kambing, Kurma daging kambing, dan arca timun.
Sekitar jam 13.30WIB, juadah yang dinanti-nantikan disediakan dan jamuan makan bermula, Program berakhir jam 15.30WIB dan ia berjalan dengan lancar dan meriah.
Menurut Pengarah Program Ibadah Korban pada tahun ini yang juga Pengerusi Biro Keselamatan, Kediaman dan Kebajikan (Biro 3K), Saudara Muhammad Muslim Bin Amran, (Gambar di kiri) Beliau memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana program ini berjalan dengan lancar, dan berterima kasih kepada kesemua ahli-ahli PKPMI-CA yang membantu untuk menjayakan program yang julung-julung kali di adakan ini.
Cuma menurut beliau,  dari segi kerjasama daripada ahli kurang memuaskan. Mungkin kerana hanya 3 ekor kambing berbanding tahun lepas yang menumbangkan 2 ekor lembu dan seekor kambing, daging itu sedikit untuk dilapah. Walaupun begitu menurut beliau, perlengkapan untuk menjayakan program cukup dan makanan yang disediakan juga cukup dan ada lebihan. Yang lebihan itu diagih-agihkan juga kepada yang memerlukan.
Sebelum menutup wawancara, beliau menyarankan kepada pimpinan yang akan menerajui PKPMI CA seterusnya agar lebih serius dan bersikap profesional untuk melaksanakan program sebegini dan kepada ahli persatuan agar memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program yang dianjurkan. 
Berikut foto-foto sewaktu program berlangsung: 














Tidak ada komentar: