Assalamu’alaikum,
Ahlan Wasahlan Wa Marhabanbikum dan sekalung tahniah kami ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru yang mula datang untuk mendaftar di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh sama ada peringkat diploma dan ijazah bagi memulakan pengajian Semester Pertama Sesi 2009/2010.
Kedatangan antum sebenarnya adalah antara kebanggaan kami para pelajar yang sudah sekian lama sedang menanti dan menunggu kedatangan dan kemasukan antum di sini. Kami mendoakan agar antum semua mampu menyesuaikan diri dengan baik dalam dunia kampus demi sebuah kejayaan.
Semoga anda masuk ke Ar-Raniry dalam diri yang penuh dengan keazaman dan melangkah keluar dari Ar-Raniry dengan segulung ijazah yang juga penuh dengan kecemerlangan.
Kutiplah sebanyak mana mutiara ilmu yang ada disini, pilihlah yang terbaik buat diri dan agama. Ilmu ada di mana-mana tapi tidak mudah mencarinya apatah lagi mengambil manfaat darinya. Semoga kembalinya kita di tanah air menjadi sinar harapan bagi keluarga dan masyarakat khususnya kerana sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Harapan kami kepada antum semua ialah membetulkan niat anda pada permulaan segalanya agar setiap kerja-kerja bakti anda semua berjalan dengan baik dan bukan berkiblatkan perkara-perkara yang tidak diingini. Jangan takut untuk mengatakan kebenaran sekalipun ia pahit. Percayalah, Allah sentiasa berada bersama hambaNya yang beriman.
Oleh itu pergunakan peluang yang diberi sebaik-baiknya, belajarlah bersungguh-sungguh dan manfaatkan setiap masa sepanjang antum berada di sini dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah agar antum dapat menamatkan pengajian sebagai seorang pelajar yang cemerlang, berguna kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara serta menjadi golongan yang boleh mengembangkan ilmu dalam kemajuan negara. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan di sini di mana lagi, kalau bukan sekarang bila lagi??
Ukht Sharifah Noormaisarah bt. Syed Adnan
Kulliyyah Syariah Islamiyyah Jamiah Ar-Raniry
Biro Infomasi dan Penerangan Helwani PKPMI-CA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar