Rabu, 21 April 2010
Rebuilding PKPMI CA blog
Dimaklumkan kepada pengunjung setia blog PKPMI CA, blog ini akan di rebuilding...Insya Allah setelah 12 jam akan siap. Harap maklum. Jazakallahu khairan katsiran
Assalamualaikum wbt,
Attention to all PKPMI CA blog's visitor, this blog will rebuilding now... Insya Allah, this rebuilding will finished after 12 hour. Thank You for visited us!=)
Conducted By:
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Mahasiswa fakultas Ushuluddin
Jurusan Aqidah dan Filsafat
Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry
KOREKSI DIRI
Apa ada pada diri kita yang terkadang kita rasa kita kuat, adakalanya terlalu lemah untuk menghadapi setiap halangan yang terbentang di hadapan kita. Terpaksa ditempuhi tanpa diberi pilihan untuk memilih sama ada teruskan atau kalah sebelum mencuba kemampuan diri? Banyak sebenarnya tapi yang menjadi perhatian di sini adalah ‘Keyakinan Diri”…
Keyakinan diri ialah pandangan diri terhadap diri sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat.
Keyakinan sangat sinonim dengan harga diri. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun, jangan pula tersilap, sehingga kita merasakan bahawa orang yang mempunyai keyakinan diri itu adalah orang yang ego atau sombong. Ramai juga yang kelihatan sombong di luar, tapi dalam dirinya sendiri adalah orang yang rendah diri.
Keyakinan adalah perasaan stabil dan serasi dengan diri sendiri yang menyebabkan kita rasa layak, mampu dan yakin untuk mencapai kejayaan. Jika kita rasa lemah, tidak berdaya, bukan bererti kita kita memang lemah dan sedia tidak berdaya, cuma kita belum mengenali dan menerokai kekuatan diri kita yang sebenar. Atau kita sudah menemuinya tetapi belum mahir mengendalikannya.
Kita perlu menggunakan seluruh ‘kelengkapan’- yang berupa nikmat, bakat, ilmu dan kebijaksanaan yang diberikan Allah kepada kita dengan sebaiknya. Kita mesti mengembangkan kelengkapan itu sebaik-baiknya dan menggunakannya pula ke arah kebaikan.
Keyakinan kepada diri sangat terkait dengan keyakinan kepada Allah. Yang bermakna, sesiapa yang lebih kuat keyakinan kepada Allah, maka dialah yang paling kuat keyakinannya terhadap diri sendiri.
“Kekuatan” dalam diri ialah apabila kita dapat melakukan sesuatu yang perlu dilakukan dan meninggalkan sesuatu yang tidak perlu dilakukan. Kita ingin menjadi seorang yang kuat. Kuat dalam erti kata dapat menentukan arah dan jalan hidup kita sendiri. Kuat untuk menghadapi rintangan dan akhirnya meraih kejayaan. Kuat untuk mengakui kesalahan dan memperbaikinya. Kuat untuk bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih dan sanggup menanggung risikonya.
Namun pada masa yang sama perlu diingat bahawa ‘yakin’ yang dijelaskan di sini adalah yakin dengan kebenaran yang diperkatakan. Bukan yakin memperjuangkan yang batil, Walaupun sudah dimaklumi kebatilannya sesuatu perkara itu, namun masih berani melaung-laungkan kabatilan tersebut. Alangkah ruginya mereka ini, yang berpedomankan hawa nafsu dan egoism yang menyaluti hati-hati mereka.
Nur Madihan Yaacob
Pemangku,
Pengerusi Biro Akademik dan Penerbitan,
PKPMI-CA
Selasa, 20 April 2010
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PKPMI-CA SUKSES!!!
Upacara Perasmian Pembukaan oleh Bapak Farid Wajdi Rektor IAIN Ar-Raniry
Jumat, 16 April 2010
SMART LEARNING 2; TEKNIK MENGINGAT DAN MENHAFAL
SIDANG 2 :
TEKNIK MENGINGAT DAN MENGHAFAL
1. Peningkatan daya ingatan
§ Berminat terhadap apa yang dipelajari
§ Belajar dengan tujuan untuk menginagt
§ Beri tumpuan sepenuhnya
§ Fahami maklumat sebelum cuba mengingat
§ Susun ingatan secara lojik
§ Mengingati fakta dalam rangkaian
§ Latih tubi dan ulang berkali-kali
§ Nilai kembali
§ Mengguna atau mencuba apa yang dipelajari
§ Hubungkan pelajaran dengan apa yang sudah diketahui
Minggu, 11 April 2010
SMART LEARNING SIDANG 1; MEMBACA DENGAN BERKESAN
SIDANG 1 :
MEMBACA DENGAN BERKESAN
- Tujuan membaca
§ Menghibur dengan maklumat dari ilmu
§ Untuk mengisi masa lapang
§ Untuk mengisi keperluan rohani
§ Untuk mempelajari sesuatu yang baru
§ Untuk mempelajari sesuatu kaedah
§ Untuk mendapatkan maklumat
§ Untuk menilai sesuatu isu atau pendapat
§ Untuk mengulangkaji
- Cara pembacaan
§ Bacaan sepintas lalu
§ Bacaan secara terperinci
§ Bacaan secara estetik
- Membaca mengikut kaedah SQ3R
§ Survey (penyelidikan)
§ Question (pertanyaan)
§ Read (membaca)
§ Recite (mengucapkan dengan kuat)
§ Review (mengkaji semula)
- Meningkatkan kemahiran membaca
i - Ketahui secara umum
- Lihat kandungan buku
- Baca bahagian pengenalan
- Baca rumusan atau synopsis
- Kaji gambar rajah atau carta-carta
- Lihat sepintas lalu indeks atau daftar kata
ii- Teruskan menanya diri dari awal hingga akhir
- Apa yang akan dibaca?
- Apakah tujuan membacanya?
- Apakah yang sudah diketahui?
- Apakah makna perkataan-perkataan yang digunakan?
- Apakah isi-isi penting dan maklumat-maklumat asas?
- Apakah rumusan yang dapat disimpulkan?
iii- Baca dengan hati-hati
- Baca secara aktif
- Catatkan nota sambil membaca
- Tumpukan kepada perkataan yang menjadi ‘kunci’
- Gariskan isi-isi atau fakta-fakta penting
iv- Rumusan dan ulangan
- sebelum tamat membaca membuat urusan
- ulangi bahagian yang penting
- semak kembali nota yang dicatat
v- Halangan membaca dengan berkesan
- Tidak bersedia
- Hilang minat
- Kurang terganggu
- Mengantuk
- Letih
- Pembacaan lambat
- Cara-cara membaiki kelemahan
§ Luaskan ruang pandangan
§ Elakkan penyebutan perkataan
Nantikan sidang smart learning yang berikutnya
Nor Madihan Yaacob
Pemangku,
Biro Akademik dan Penerbitan PKPMI-CA 09/10