Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi ruang dan peluang untuk berta’aruf dengan sejumlah teman-teman mahasiswa dari Malaysia yang memegang taklifan sebagai Pengerusi Biro Dakwah & Pembangunan Insan PKPMI seluruh Indonesia pada malam tadi walaupun baki waktu untuk saya memegang taklifan ini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Hampir 3 jam lamanya kami berhubung melalui online (conference) yang dikendalikan oleh Akhi Ahmad Zulfahmi yang merupakan Biro Agama PKPMI Pusat (mantan YDP PKPMI cawangan Bandung).
Antara teman-teman yang dapat bersama pada malam tadi adalah dari Jakarta, Bandung, Pekan Baru, Bogor, Solo, Jogjakarta, Jambi dan Makasar. Namun, dari Biro Dakwah PKPMI cawangan Palembang, Malang, Surabaya dan Medan tidak dapat bersama. Perkembangan terkini, cawangan Bali dan Padang dalam proses untuk dihidupkan unit dakwahnya, InsyaAllah.
Dalam ‘mesyuarat’ pada malam tadi, kami sempat membahas beberapa perkara, antaranya adalah menyangkut perancangan-perancangan bagi memperkasakan Biro Dakwah di cawangan masing-masing agar ia dapat berperanan dengan semaksima mungkin. Di sebabkan bumi Indonesia yang sangat luas, maka kami mencadangkan agar program-program kerjasama antara Biro Dakwah dan PKPMI disetiap cawangan dilaksanakan mengikut zon-zon seperti cawangan-cawangan di Kepulauan Sumatera (Aceh, Jambi, Padang, Pekan Baru, Medan) dan zon yang lain. Pelbagai perkongsian pengalaman dan program-program dakwah di cawangan-cawangan lain turut kami bentangkan bersama.
Untuk makluman, antara program yang kini digariskan sebagai agenda tahunan mahasiswa Malaysia di Indonesia adalah Permai iaitu Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia. Untuk tahun 2010, Permai telah dianjurkan di Bandung pada 22-24 Jan yang lalu. Sekitar acara tersebut, boleh dilihat disini http://permai-islam.blogspot.com/ .Untuk tahun 2011, lokasi Permai masih dalam perbincangan.
Antara hal yang paling penting dalam perbincangan bersama teman-teman semalam adalah mengenai permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan gejala sosial dan akhlak yang berlaku dikalangan mahasiwa Malaysia di bumi Indonesia dan bagaimana menghadapi serta mengatasinya. Alhamdulillah, pelbagai pandangan dan saran-saran yang baik telah kami terima dan akan berusaha melaksanakannya demi menjaga kualiti mahasiswa Malaysia di Indonesia yang bukan sahaja mampu cemerlang di bidang akademik, tetapi berjaya di bidang akhlak dan kehidupan beragama agar sesuai dengan kehendakNya.
Doakan agar usaha kecil kami ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam melaksanakan misi dakwah kepada mahasiswa Malaysia di bumi Wali Songo ini khasnya dan umat Islam secara umumnya. Sebarang pandangan, cadangan dan sebagainya boleh diemailkan kepada Akhi Fahmi (Peng.Biro Agama PKPMI Pusat) di az_zulfamex86@yahoo.com atau saya sendiri saifulislam_gema@yahoo.com (untuk mahasiswa Malaysia di Aceh). Terima kasih. Jazakallah Khairan Kathira atas dukungan kalian.
Al-Akh Muhammad Fadhlullah bin Ismail
(Peng.Biro Dakwah & Pembangunan Insan PKPMI-CA 09/10)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar