Sabtu, 22 Oktober 2011

Berguru Dengan Lebah

Seringkali manusia itu tidak menyedari potensi yang ada pada dirinya. Tidak berubah. Yang malas tetap malas, masih terkial-kial di dunia sendiri. Sedangkan masa ibarat air yang mengalir. Tidak pernah berpatah kembali. Hanya membazirkan waktu.

Ya! Kita berada di zaman moden. Berbagai-bagai teknologi dihasilkan. Kita patut bersyukur kerana dengan kemajuan teknologi inilah, ianya memudahkan urusan kita sehari-hari. Tapi... manusia juga yang dikawal oleh teknologi.

Jika diperhatikan, anak-anak muda sekarang bersikap individualistik dan materialistik. Tidak percaya dengan fakta ini? Saksikanlah dengan mata kepala anda sendiri yang anda yang membaca artikel ini, adakah anda salah seorang yang sentiasa mengadap "lappy"? "Kekasih" anda yang anda bawa ia kemana-mana. Berkurung dalam bilik saja. Bermain games, chatting, ber-Facebook dan sebagainya?

Akhirnya mereka ini tenggelam dan kehilangan jati diri mereka sebagai makhluk bersosial dan interaksi. Yang berinteraksi adalah jari jemari kita semata. Ah! tangan boleh berkata-kata? Mustahil... Tapi lihat bagaimana tangan anda boleh berkata-kata di mana-mana?

Keluaran terbaru dari Apple.. iPhone! Teknologi terbaru yang dihasilkan. Hanya dihujung jari anda. Soalnya... berapa ramai yang terselamat dari pembunuhan karekteristik manusiawi ini? Kita mencipta teknologi untuk memberi manfaat, bukan kita yang di kawal oleh teknologi.

Akhirnya kesan buruk yang menimpa masyarakat Islam pada hari ini adalah sifat individualistik! Saya tekankan sekali lagi di sini. INDIVIDUALISTIK! Apabila seseorang yang bersikap seperti ini, maka ia mudah diserang dan dibunuh (pemikirannya).
Jadi yang perlu kita (umat Islam) ambil berat adalah bagaimana mereka-mereka ini yang bersikap individualistik ini menyedari hakikat mereka sebagai makhluk yang di ciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi muslim yang bertanggungjawab adalah dengan kita mendekati mereka dengan memasuki "alam mereka". Selami jiwa mereka sehingga mereka tidak lagi berada di "sana".

Ukhuwwah memainkan peranan utama dalam misi "menangkap" golongan ini dalam menyelamatkan mereka dari terus dikuasai oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Ajaklah mereka keluar sekali sekala sehinggakan mereka merasa seronok dengan kegiatan dan aktiviti di luar. Perkara baru adalah perkara yang memainkan peranan penting dalam mengubah persepsi dan citarasa seseorang itu.

Samada sedar atau tidak, para musuh Islam telah pun berjaya membuatkan sebahagian kaum muslimin hilang identiti sebagai muslim. Bermula menanamkan sifat nasionalisme, patriotisme kemudian semakin lama semakin mengikut rentak kehidupan Barat. Akhirnya misi mereka berjaya dalam mengubah kehidupan kita mengikut kehidupan mereka, cara pandang kita mengikut pandangan mereka dan akhirnya, kita redha dengan cara hidup Barat sebagai salah satu identiti hidup mereka.

Sedarlah kita bahawa kita telahpun ditawan dari segi pemikiran dan cara hidup mereka. Oleh sebab itu Islam menekankan persaudaraan dan kesatuan, kerana semua ini memainkan peranan penting dalam kesatuan Islam. Hilangnya identiti Muslim kerana kita tidak lagi mahu ambil tahu tentang orang lain. Dan hilanglah anjuran Rasulullah SAW yang menekankan konsep "tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima." 

Kita boleh belajar dari kehidupan alam, salah satunya kita boleh berguru dengan lebah. Hidup mereka sentiasa bekerjasama dan sentiasa bersama di dalam satu pekerjaan. Apabila kerajaannya "disentuh", mereka akan melindunginya dengan apa cara sekalipun. Sentiasa dalam keadaan kerjasama dan bersatu. Jadi mereka sentiasa mengutamakan amal jama'ie dan sangat-sangat mengutamakan wehdatul amal dan fikr. Inilah yang hilang dalam Islam.

Islam Itu Indah bukan?

oleh:
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
http://mujahidhijau.blogspot.com/2011/10/berguru-dengan-lebah.html

Tidak ada komentar: