Rabu, 26 Oktober 2011

PKPMI CA Mendepani Permasalahan Alumni


Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Aceh (PKPMI-CA) melalui Biro Akademik dan Pengajian (BAP) sedang berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut yang membelit alumni mahasiswa Malaysia, Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh.

Kemelut ini dihadapi oleh mahasiswa Malaysia khususnya mahasiswa yang mengikuti pengajian agama di Fakultas Ushuluddin adalah permasalahan status di pensijilan sarjana yang dikeluarkan oleh IAIN ternyata tidak diterima oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kes ini berlarutan sehingga kini. Ini kerana status yang tertera di pensijilan mereka adalah S.TH (Sarjana Tafsir Hadis) sedangkan mengikut prosuder pendidikan di Indonesia dan Malaysia, seharusnya tertulis S.Ud (Sarjana Ushuluddin).

Timbalan Yang DiPertua PKPMI CA sesi 2011/2012, Saudara Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin pada minggu lalu telah berjumpa langsung dengan pihak yang menguruskan bahagian pensijilan, Dr. M. Nasir di pejabat beliau, Pasca Sarjana, IAIN Ar-Raniry. Dan dalam perbincangan tersebut, beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Ini kerana perkara ini melibatkan citra IAIN Ar-Ranity sebagai pengajian Islam yang bertaraf internasional akan menjadi masalah.

Pada pagi ini, pihak PKPMI-CA melalui Biro Akademik dan Pengajian (BAP) sekali lagi mengunjungi pejabat Dr. M. Nasir kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang gerak kerja yang telah dibuat. Malangnya beliau tidak ada di pejabat dan sekarang beliau berada di Jakarta. 

Jadi untuk waktu ini, pihak PKPMI-CA berharap agar alumni mahasiswa Malaysia IAIN Ar-Raniry, masih dapat menunggu dan bersabar. Insha Allah, pimpinan PKPMI-CA akan cuba membantu sedaya yang kami mampu. Sama-sama kita doakan, dilema yang di hadapi oleh alumni dapat diselesaikan dengan jayanya.

Tidak ada komentar: