PKPMI-CA 09/10 melalui Biro Dakwah & Pembangunan Insan merasakan kepentingan dan keperluan kepada mahasiswa Malaysia untuk sentiasa berada dalam suasana keilmuan, budaya nasihat menasihati, berkongsi maklumat dan memupuk semangat ukhwah Islamiyyah dikalangan mahasiswa Malaysia. Atas hal tersebut, maka program-program pengajian sentiasa disusun dan diseliakan oleh Biro ini.
Bagi rumah sewa pelajar Muslimin, rumah sewa Baitul Hikmah ( Malim Nawar & Uniti ) dijadikan sebagai pusat tetap kuliah Maghrib mingguan buat masa ini sejak 2 bulan yang lalu. Ianya dijalankan setiap minggu pada Hari Khamis malam Jumaat selepas Solat Maghrib dan disusuli dengan solat Isya’ secara berjama’ah. Pengisian akan disampaikan oleh pimpinan PKPMI-CA. Dalam masa yang sama, pimpinan mahasiswa IAIN seperti dari Lembaga Dakwah Kampus ( LDK ) dan Musholla Az-Zilal, Fak.Ushuluddin turut diundang untuk menyampaikan pengisian.
Bagi rumah sewa pelajar Muslimat pula, pengajian antara waktu Maghrib dan Isya turut diadakan. Untuk rumah sewa Muslimat 50 ( KIAS ) diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad dan pimpinan PKPMI-CA Muslimin turut dijadualkan menyampaikan kuliah di situ sebanyak 2 kali sebulan pada malam yang sama.
Untuk rumah sewa pelajar Muslimat ( baru : tiba 2009 ) jadual kuliah Maghrib juga pada hari Sabtu malam Ahad di Musholla Baitul Mawaddah. Pimpinan PKPMI-CA muslimat akan menyampaikan kuliah 2 kali sebulan dan pimpinan Muslimin juga 2 kali sebulan secara berselang. Kadangkala pimpinan mahasiswa IAIN dari LDK dan sebagainya turut diundang.
Tanggal 19 Nov, Khamis kelmarin, Al-Akh Taufiq yang merupakan pimpinan Musholla Az-Zilal, Fak.Ushuluddin diundang menyampaikan pengisian di rumah sewa Baitul Hikmah. Beliau menyampaikan pengisian mengenai tanggungjawab pemuda Islam khasnya mahasiswa dalam lingkungan kampus dan luar. Pada 21 Nov pula, Al-Ukht Ariani yang merupakan mantan timbalan Ketua LDK sesi 2008/2009 diundang menyampaikan pengisian di rumah sewa Muslimat baru. Dalam ucapannya, antara lain beliau menjelaskan sedikit mengenai sejarah LDK dan Keputrian yang juga pertubuhan di kampus yang bersama LDK. Ujian-ujian dalam menggerakkan dakwah di lingkungan kampus turut dikongsi bersama mahasiswa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar