Kamis, 03 November 2011

Mahasiswa Tidak Peka: Biro Imigrasi

Selasa, 1 Nov- Mahasiswa Malaysia yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Aceh yang menuntut di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry telah berjumpa dengan pihak POLRESTA di Banda Aceh untuk di uji tentang pengetahuan am tentang undang-undang warganegara asing (WNA), Republik Indonesia.

Hasil yang diterima agak memalukan. Ini kerana sebelum ini, taklimat telah diberikan kepada semua mahasiswa baru sebelum hari Hari Ukhuwwah Islamiyyah (HUI) pada akhir September yang lalu. 

Menurut Timbalan Pengerusi 2, Biro Imigrasi dan Kepolisian, Saudara Sofian Bin Kamaruden, mahasiswa tidak peka terhadap masalah-masalah yang berlaku menyebabkan kegagalan dalam komunikasi. Lebih-lebih lagi mahasiswa menganggap undang-undang di Indonesia ini sebagai benda-benda yang sepele. Hakikatnya perkara ini yang harus di ambil berat dan penting.

Menurut beliau yang merupakan mahasiswa tahun 3, Fakulti Ushuluddin, jika perkara ini terus berlanjutan, mahasiswa-mahasiswa di sini akan mengalami masalah dan yang akan menanggung perkara ini adalah pihak PKPMI-CA. Dan jika makin memburuk, perkara ini akan menjadi masalah negara. Ini yang perlu ditekankan.

Sofian berkata lagi, ketua rumah haruslah memainkan peranan penting dalam hal ini. Ini merupakan hal yang sensitif semasa kita di luar negara. Dan ahli rumah hendaklah beri kerjasama yang sebaiknya dalam memudahkan proses dan pengurusan ini.

"Insha Allah, Biro Imigrasi dan Kepolisian akan membuat taklimat sekali lagi untuk memastikan semua mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini peka dan tahu tentang undang-undang yang berlaku semasa mereka berada di sini. Kami cuba sedaya upaya untuk merealisasikan misi Biro ini" Katanya mengakhiri wawancara.

Menurut Timbalan Yang DiPertua PKPMI CA sesi kali ini, Saudara Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin, Mahasiswa Malaysia haruslah peka dan sensitif dengan keadaan. Pihak PKPMI-CA amat-amat menekankan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di sini dan bertanggungjawab atas perkara yang belaku.

Sebagai langkah berjaga-jaga, menurut beliau lagi, mahasiswa di sini hendaklah sentiasa mengambil tahu dengan isu-isu semasa. Sebagai mahasiswa, pemikiran kita bukan lagi di sekolah menengah. Itu pemikiran "low profile". Mahasiswa adalah agent of change seharusnya mempunyai pemikiran yang matang dan sensitif dengan perkara-perkara tertentu. Bergerak dengan pantas dan peka terhadap sekeliling.

"Jangan hanya duduk di rumah, buka internet dan main game sahaja! Mahasiswa adalah seorang yang intelektual dan profesional dalam menguruskan hidupnya! Barulah kita pulang ke Malaysia nanti, kita dapat memberi manfaat pada masyarakat, bangsa, negara dan Islam terutamanya." Katanya mengakhiri perbualan.



1 komentar:

Noraini mengatakan...

Assalamualaikum...

maaf Admin, saya belum mengerti mengenai kalimat bahawa 'mahasiswa PKPMI-CA tidak peka'. bukan membela yang batil, cuma metode apa yang menyebabkan anda menyimpulkan sedemikian? kami mahasiswi tidak terimapun soalan ujikaji tu? jangan kerana segelintir, semua terpalit sama..

saya juga mahu menyarankan kepada penyampai untuk mempraktik ilmu pedagogi semasa memberi taklimat kerana saya pernah diberitahu, ada 3 sebab kenapa manusia susah nak faham:

1. penyampai pelat/ ada loghat/ bicara kurang jelas
2. pendengar pekak/ bemasalah pendengaran
3. hal yang diajar memang sukar difahami/ kaedah pengajaran kurang berkesan

saya tak tahu kita di kedudukan mana, tapi saya mohon jangan kami dipersalahkan. tak adil rasanya... peace no war~