Selasa, 01 November 2011

Timbalan Biro Sukan Masuk Rumah Sakit

Timbalan Biro Kesenian dan Sukan 2, Saudari Nurul Saadah Binti Hasan Basri dikejarkan ke rumah sakit Bulan Sabit Merah Indonesia malam tadi. Nurul Saadah yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Ushuluddin, IAIN Ar-Raniry di hantar pada jam 9 malam. 

Menurut rakan serumah beliau, Nurul Saadah dikatakan muntah-muntah selepas makan dan tidak dapat menerima makanan setelah itu. 

Doktor yang meeriksa beliau, Dr. Hazarani mengesahkan bahawa beliau terkena sakit gastristis (sejenis sakit yang berkaitan di organ usus). Ini disebabkan kandungan asid yang terlalu tinggi oleh kerana kurang minum air dan makan. Penyakit ini sering di deritai oleh sebahagian mahasiswa.

Tengahari tadi, Timbalan Pengerusi HELWANI (Hal Ehwal Wanita) PKPMI CA, Saudari Nurul Farhana Binti Samsuddin dan Timbalan Pengerusi Biro Dakwah Dan Pembangunan Insan, Saudari Siti Zubaidatul Jannah Binti Nordin datang menziarahi bagi mengetahui keadaan beliau sekarang.

Pihak PKPMI CA juga telah menggerakkan Biro 3K (Kebajikan, Keselamatan dan Kediaman) untuk melancarkan sumbangan derma kilat bagi beliau. Moga-moga sumbangan ini dapat meringankan kos perubatan beliau. Pimpinan dan keluarga besar PKPMI-CA mendoakan beliau agar cepat sembuh dan kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Tidak ada komentar: