Senin, 31 Mei 2010

Aceh Kearah Revolusi Baru berjaya

Pada 28 Mei yang lalu, Alhamdulillah, seramai 35 orang mahasiswa dari UiTM Shah Alam telah datang ke Aceh dalam rangka program kebajikan dan akademik. Program ini anjuran Electrical Engeenering Association (ELETA), Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, anjuran bersama Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri Al-Ain Acheh. Program ini di kendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Belia Sri Al-Ain yang di kelola oleh Haji Muhammad Zakaria (Editor Urusan Telaga Biru Sdn Bhd). Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam.

Program ini dia adakan bertujuan mengeratkan hubungan antara 2 negara, melaksanakan tugas kesukarelawan serta kebajikkan bagi membina dan membentuk bakat kepimpinan mahasiswa, melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat pengajian sini.

Seterusnya, pada hari Sabtu, para mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM yang terdiri dari 17 orang mahasiswa dan 18 mahasiswi mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra bersama mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini. Program ini di mulai dengan ucapan kata-kata aluan oleh YDP PKPMI CA, Mohd Zulkarnain Aman Razali.

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Usamah, sebagai wakil pelajar dari 35 mahasiswa berkata program ini merupakan ilham dari Dekan Fakulti mereka yang pernah melawat rumah anak-anak yatim di Aceh dan beberapa tempat di Indonesia pada tahun 2008 yang lalu. Dan ianya selaras dengan objektif kelab persatuan mereka. Aktiviti yang mereka jalankan di sini adalah program akademik dan kerohanian di samping itu dikhususkan untuk berjumpa dan mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini. Ahmad Usamah juga merupakan mantan timbalan presiden kelab ELETA (Electrical Engeenering Association) berkata sebenarnya program ini merupakan program tertangguh, sepatutnya program ini di jalankan pada bulan Disember tahun lalu. Tetapi, disebabkan virus H1N1 masih lagi berleluasa, maka program ini ditangguhkan ke tahun ini.

Seterusnya, ucapan dari Ustaz Ahmad Taqiuddin Bin Ibrahim, Pensyarah Kanan bidang Pemikiran dan Kefahaman Islam. beliau menegaskan bahawa dalam menjadi seorang dai'e, betapa pentingnya penguasaan bahasa dalam menuntut ilmu dan berdakwah. Asas yang paling penting adalah penguasaan bahasa, lebih-lebih lagi bahasa arab yang menjadi sumber rujukkan dalam penafsiran ayat al-Quran dan untuk memahami kitab-kitab arab yang lain. Dan tidak lupa penguasaan di dalam bahasa inggeris dalam berkomunikasi dengan hubungan luar. tambahnya lagi, seorang daie itu haruslah menguasai ICT juga, kerana dengan menguasai ICT, kita dapat melakukan kerja dengan baik apatah lagi akan bekerja dengan kerajaan. Beliau juga menyarankan kepada seluruh mahasiswa agar mendatangi majlis-majlis ilmu atau seminar kerana di sanalah kita akan mendapat ilmu-ilmu tambahan yang tidak di ajarkan di dalam bilik kuliah.

Setelah itu prorgam diteruskan dengan program ramah mesra dan taaruf sesama mahasiswa, dan pada jam 11 malam, program ini berakhir dengan bacaan doa oleh Al-akh Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin yang juga selaku moderator program.

Program ini di teruskan pada keesokkan harinya, dengan program Forum Bersama Mahasiswa . Program ini disertai oleh Presiden PEMA Unsyiah (Universitas Syiah Kuala), Saudara Mujiburrahman, Yang Di Pertua, PKPMI CA, Al akh Mohd Zulkarnain bin Aman Razali mewakili Mahasiswa Malaysia di sini dan seterusnya wakil mahasiswa dari UiTM Shah Alam, Saudara Ahmad Usamah. Di dalam forum ini membahas tentang Peranan Mahasiswa dalam Negara. Program ini selasai dengan jayanya pada 12.45 wib dengan pembahagian cenderamata oleh pihak penganjur. Setelah itu mereka meneruskan program ini dengan melawat pejabat rasmi akhbar rasmi Aceh, Serambi untuk berkenalan dengan para penulis di Serambi melanjutkan program KEM BERSAMA ANAK-ANAK PASENTREN yang bermula pada jam 5.00 petang. Program ini ditutup pada jam 8.30 pagi dan seterusnya bergerak ke Bandara SIM untuk pulang ke Malaysia.

Kami selaku warga PKPMI CA mengucapkan terima kasih atas kunjungan dari kalian, Semoga dengan pertemuan ini dapat mengeratkan uhkhuwwah sesama kita walaupun kita dipisahkan dengan lautan, dan berbeza tempat pengajian. Jumpa lagi di Malaysia, Siru 'ala Barakatillah

<>

Sabtu, 29 Mei 2010

Tatatertib Rumah Persatuan (MES)

Tatatertib di Rumah Persatuan (MES)

1) Rumah Mes dibuka dari jam 8.00wib sehingga jam 00.00(24.00)wib

2) Dilarang Membuang Sampah merata-rata didalam Rumah MES

3) Diminta menjaga adab ketika berada didalam Rumah MES

4) Dilarang merokok didalam Rumah MES

5) Diminta untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika berada didalam Rumah MES

6) Jadual main bagi Ahli :

- Muslimin dari Selepas Isyak sehingga jam 00.00(24.00)wib

- Muslimat dari selepas Asar sehingga jam 6.15

7) Diminta untuk mengemas kembali sesudah selesai menggunakan Rumah MES

8) Diminta untuk memastikan Suis lampu, pam air dan kipas berada dalam keadaan “off” ketika seusai mahu keluar dari Rumah MES

9) Diharapkan kunci dapat dikembalikan kepada P. Biro 3k @ YDP selepas selesai penggunaan Rumah MES

10) Dilarang meletakkan selipar, sendel, kasut atau motor dihalaman yang bermozek di depan Rumah MES

* Diharapkan ahli dapat memberikan saranan @ kritikan yang berguna dalam membangun dan menjayakan PKPMI-CA

* Sebarang Pertanyaan sila berhubung terus dengan Biro Kebajikan, Kediaman dan Keselamatan (3K)

Sekian dari Biro Kebajikan, Kediaman dan Keselamatan (3K)

Selasa, 18 Mei 2010

Bermulanya kepimpinan baru PKPMI-CA sesi 2010/2011


Muktamar Sanawi PKPMI-CA kali ke-20 telah selamat dijalankan pada 16 Mei 2010 bertepatan dengan tarikh Hari Guru. Alhamdulillah muktamar berjalan dengan lancar. Hampir separuh dari Mahasiswa Malaysia hadir untuk sama-sama bermuhasabah akan kebaikan dan kelemahan yang berlaku sepanjang kepimpinan periode 2009/2010. Walau bagaimanapun kepimpinan yang lalu harus dibangga kerana telah berjaya membawa Persatuan kearah matlamat yang ingin dicapai dan berjaya melaksanakan dengan baik. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan yang lalu. Jasa dan pengorbanan yang telah kalian curahkan amat bermakna dan bererti buat kami mahasiswa-mahasiswa malaysia yang berada di Aceh ini.

Alhamdulillah dalam masa yang sama, selepas muktamar sanawi selesai dan saf pimpinan sesi 2009/2011 telah dibubarkan, maka pada waktu yang sama juga sesi perlantikan saf kepimpinan PKPMI-CA bagi periode 2010/2011 telah berjaya dilaksanakan. Perlantikan pimpinan yang baru ini adalah hasil dari pilihanraya yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya PKPMI-CA (SPP). Pilihanraya yang diadakan ini adalah bertujuan untuk melantik Majlis tertinggi (MT) PKPMI-CA untuk periode 2010/2011. Diharapkan pimpinan persatuan yang baru dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik dalam rangka membawa dan menjadikan PKPMI-CA sebagai sebuah persatuan yang berskala Internasional.

Berikut adalah merupakan hasil dari putusan pilihanraya tersebut.

1- Yang Di Pertua (YDP)
Nama: Mohd Zulkarnain bin Aman Razali
Fakultas: Syariah
Jurusan: Ahwal Syakhsiyah

2- Timbalan Yang Di Pertua (TYDP)
Nama: Muhamad Hafiz Bin Fathil
Fakultas: Syariah
Jurusan: Ahwal Syakhsiyah

3- Pengerusi Helwani
Nama: Ummu Najah Bt Abdul Shukor
Fakultas: Usuluddin
Jurusan: Tafsir Hadis

4- Timbalan Pengerusi Helwani
Nama: Noralifah Binti Abu Naim
Fakultas: Syariah
Jurusan: Ahwal Syakhsiyah

5- Setiausaha Agung
Nama: Mohd Shahrul Hazlan Bin Abd Aziz
Fakultas: Syariah
Jurusan Ahwal Syakhsiyah

6- Timbalan Setiausaha Agung
Nama: Siti Syuhada Bt Ab. Rahim
Fakultas: Usuluddin
Jurusan: Tafsir Hadis

7- Bendahari Agung
Nama: Muhammad Azree Bin Abdullah
Fakultas: Syariah
Jurusan: Ahwal Syakhsiyah

8- Timbalan Bendahari Agung
Nama: Husna Bt Zakaria
Fakultas: Usuluddin
Jurusan: Tafsir Hadis



*Gambar-gambar yang lain boleh dilihat di FB persatuan didalam album yang bersangkutan. terima kasih.

Sabtu, 15 Mei 2010

Muktamar Sanawi PKPMI-CA kali ke-20

Assalamualaikum WBT.

Makluman buat ahli-ahli PKPMI-CA:

Program : Muktamar Sanawi PKPMI-CA kali ke-20
Tarikh & Hari :16-5-2010 & Ahad (esok)
Tempat : Gedung Training Center, PKBI Aceh (sebelum bulatan simpang mesra)
Jam : 8.00 pagi hingga Selesai Program

Diharapkan semua ahli PKPMI-CA dapat menghadirkan diri untuk sama-sama kita bermuhasabah dalam rangka mewijudkan PKPMI-CA yang cemerlang. Kehadiran sahabat semua pasti akan memberi semangat dan impak yang besar dalam membangun PKPMI-CA.

PKPMI-CA milik kita bersama.

Selasa, 11 Mei 2010

Majlis Perasmian Rumah MES PKPMI-CA

Alhamdulillah, perasmian rumah MES telah sempurna dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Saharudin Bin Hj. Ismail, Setiausaha Bahagian Sukan Dan Shaksiah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada malam hari ahad (9 Mei 2010). Diharapkan semua mahasiswa Malaysia dapat memanfaatkan rumah MES dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dalam rangka menguatkan lagi tali ukhwah kita bersama. Gambar-gambar sekitar majlis boleh didapati di facebook Persatuan.

Minggu, 09 Mei 2010

Gempa 7.2 S.R di Meulaboh: Mahasiswa Malaysia Selamat

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana tiada apa yang berlaku kepada mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry, Aceh Darussalam akibat gempa yang berlaku di Meulaboh, Aceh jam 12.59 t.hari (1.59 Malaysia) tadi. Gempa yang berkekuatan 7.2 Skala Richter ini dimaklumkan akan berpotensi untuk menghasilkan Tsunami.

Suasana tenang setelah lebih 1 jam gempa menjadi cemas semula sekitar jam 2.30 petang apabila kami menerima makluman air laut naik. Warga desa berhamburan keluar dari rumah. Semua mahasiswa Malaysia meninggalkan rumah masing-masing menuju ke pejabat PKPMI-CA.

Maklumat akhirnya diterima bahawa amaran Tsunami ini hanya berlaku di sekitar kawasan Meulaboh dan sekitar sahaja. Ini dilaporkan oleh media massa kerana dikatakan sekitar Meulaboh, air laut sempat surut sedikit. Mungkin berlaku salah faham terhadap pemberitaan tersebut menyebabkan warga di sekitar Darussalam melarikan diri termasuk mahasiswa Malaysia. Jarak antara Darussalam (kawasan kampus) dengan Meulaboh jauhnya sekitar 4-5 jam perjalanan. Beberapa waktu kemudian, amaran Tsunami ditarik semula.

Beberapa waktu tadi, Pres.PKPMI-CA, Mohammad Azzar Ismail menyampaikan pesanan ringkas kepada setiap pimpinan agar memaklumkan kepada mahasiswa Malaysia mengenai aturan keselamatan yang perlu dilakukan. Berikut pesan singkatnya :

1) Pastikan ada ketua kumpulan dan tahu no HP ahli-ahlinya (1:10 ahli).
2) Jika gempa, lari keluar rumah dan kumpul di MES PKPMI-CA
3) Pastikan semua ahli ada.
4) Lari ke tempat tinggi jika ada amaran Tsunami
5) Sediakan beg kecil (dokumen, alat-alat mandi, tuala dan keperluan asas)
6) Call atau SMS Pengarah JPMI (081808811111) – Dato’ Dr.Junaidi

Jumat, 07 Mei 2010

Program Iftar Perdana dan Solat Hajat Sukses!!

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah terutamanya kerana keizinan-Nya program "Iftar Perdana dan Solat Hajat" yang diadakan pada pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam pada malam tadi (6-5-2010) berjaya diadakan dengan jayanya.

Program ini diadakan sempena membuka tirai Rumah MesMahasiswa Malaysia. Program ini hanya dikhususkan kehadirannya kepada mahasiswa lelaki sahaja. Separuh daripada mahasiswa malaysia telah hadir untuk menjayakan program ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan semua serta pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Kamis, 06 Mei 2010

Kisah Seekor Keldai Dan Pemiliknya

Ada seorang ayah yang sedang berjalan bersama anak lelakinya,bersama mereka turut serta pula seekor keledai ketika mereka melewati sekelompok orang terdengar oleh mereka ada yang berkata "Sungguh bodoh ayah itu mempunyai keledai tapi tidak di tunggangi"mendengar komentar itu,sang ayah lantas menyuruh anaknya untuk menaiki keledai tersebut,sedangkan sang ayah berjalaan di sampingnya.

mereka pun berjalan kembali,ketika tiba di tengah sekelompok orang mereka pun mendengar salah satu dari orang tersebut berkata"Anak tidak punya sopan santun,dia naik keledai sementara sang ayah berjalan"mendengar hal itu sang ayah meminta agar sang anak turun dari keledai,dan berkata pada anaknya "nak sekarang yang naik keledai ayah ya,kamu yang berjalan"

mereka pun lalu melanjutkan perjalanan, hingga tiba di tengah sekelompok orang dan mendengar komentar yang di ucapkan oleh salah satu dari orang tersebut" wah.... sungguh ayah tidak punya rasa kasihan dia menaiki keledai sementara sang anak di suruhnya berjalan".demi mendengar hal tersebut sang ayah turun, dan berunding dengan anaknya "ya sudah sekarang mari kita naiki saja keledai ini bersama -sama"

akhirnya mereka pun kembali melanjutkan perjalanan dengan menaiki keledai tersebut bersama-sama,tentu saja keledai itu berjalan terseok-seok demi menahan beban yang demikian berat.

sampailah mereka di sebuah pasar,mereka terkejut karena menyaksikan orang-orang di sana menatap dengan rasa heran pada mereka,terdengar oleh mereka ada yang berbisik "sungguh ayah dan anak yang tidak punya rasa belas kasihan keledai sekecil itu dinaiki oleh dua orang!"terkejut oleh komentar seperti itu mereka lalu memutuskan untuk memikul si keledai dan "ha...ha...ha...keledai masih hidup...dan sehat kok di pikul?seperti kurang kerjaan".timpal orang yang lain.

ilustrasi di atas mengajarkan sesuatu,stop thinking about what other people said. Karena hal itu hanya akan membuat kita lelah, manusia memang social human,tapi kita tak akan bisa menyenangkan semua orang karena ada prinsip-prinsip yang harus dipegang.

bagaimana cara kita agar dapat menjadi social human sekaligus berprinsip?

Utamakanlah Hikmah dan Jagalah aura positif , mencari kesalahan orang lain memang mudah ,mencela sebuah sikap juga mudah,bergosip pasti asyik terutama bila mempunyai satu referensi yang sama,tapi kalau sehari-hari cuma memikirkan orang lain dan menyalahkan keadaan, boleh jadi nanti aura positif kita jadi hilang, tak semua orang suka dengan kita,dan tak perlu memaksakan semua orang untuk menyukai kita dan menuruti kehendak dan ambisi kita dan orang lain.

Gunakan teori the secret ,menggunakan pikiran positif untuk mengontrol respon alam terhadap keinginan kita. You are what you thought. Anda akan menjadi apapun yang anda inginkan.

Intropeksi diri ,saat saat kita mengalami hal yang sama dengan peristiwa di atas, inilah waktunya kita mengembangkan diri atas kritikan yang masuk. Tak perlu tergesa-gesa dalam mengambil sikap atas kritikan dan mengkritik atas sikap, pikirkan dahulu dengan matang sebelum mengkritik dan selepas dikritik. Ikhlas, merelakan sesuatu yang terasa berat,tulus itu adalah kerelaan hati karena faktor adanya rasa senang dan tidak ada beban,orang yang ikhlas tidak akan pernah berubah saat di puji,ataupun saat di caci hatinya tetap tenang,karena ia yakin bahwa amalnya bukanlah untuk mendapatkan penilaian sesame but Allah it does important for our life.


Mohd Zaim Irsyad Bin Zainal Abidin

Pengerusi Biro Informasi dan Hubungan Luar

Moderator Webblog dan Facebook

PKPMI-CA 09/10






ROAD TO MUKTAMAR

ROAD TO MUKTAMAR



Senin, 03 Mei 2010

Ummah Talk: “Kita Mahasiswa-Kita Adalah Dosen” Berjaya

Hampir jam 11 pagi semalam, acara Ummah Talk yang mengangkat tema ‘Kita Mahasiswa-Kita Adalah Dosen’ berakhir. Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cabang Aceh (PKPMI-CA) yang bermula jam 9 pagi semalam telah diisi oleh pemateri jemputan iaitu Al-Fadhil Ust Ramadhanus, Direktor Gradasi Learning Institute.


Acara ini dilaksanakan di Masjid Baitul Muttaqin, Darussalam, Banda Aceh yang terletak berhampiran kampus IAIN Ar-Raniry dengan kehadiran sekitar 50 mahasiswa Malaysia yang menuntut di IAIN Ar-Raniry. Acara yang dianjurkan menjelang Muktamar PKPMI-CA ini dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Qur’an oleh Al-Akh Muslim Amran dan ucapan alu-aluan oleh YDP PKPMI-CA, Al-Akh Mohammad Azzar Ismail.


Dalam pengisiannya, Ust Ramadhanus menyentuh mengenai keperluan seorang mahasiswa Islam berperanan seperti seorang dosen di sudut sifatnya sebagai pengajar, pembimbing, mengambil tahu hal ehwal pelajarnya dan pendidik. Dosen yang dimaksudkan adalah dosen kepada ummah ini. Ertinya, mahasiswa bukan sebatas menjadi seorang yang mendengar atau belajar, bahkan mereka adalah guru buat semua manusia yang mendatangkan manfaat bagi sesiapa sahaja sepertimana Hadis Rasulullah: Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat pada manusia yang lain.


Tambahnya, dakwah adalah sebuah kewajipan bagi semua mahasiswa Muslim dan tugasan ini tidak memerlukan kita menjadi seorang ustaz atau ustazah sahaja, bahkan dakwah perlu dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam ruang lingkup bidang yang mereka ceburi. Beliau juga menjelaskan bahawa, kegagalan dakwah antara lain berpunca dari sikap da’ie itu sendiri yang gagal menunjukkan qudwah yang terbaik.