Minggu, 27 November 2011

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1433H OLEH YDP PKPMI-CA SESI 2011/2012

بسم الله الرحمن الرحيم                                                                           
Salam Maal Hijrah 1433H. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang keizinanNya yang telah mempertemuka kita di Tahun Baru Islam ini,serta keizinanNya jua kepada kita dalam melaksanakan tugas selaku hamba Allah swt, selawat dan salam buat Junjungan Besar kita  Baginda  Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat RidhuanullahiAlaihim yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini seperti mana yang telah di perintahkan oleh Allah SWT. ( Firman Allah swt : surah An-Nisa’:100).
Artinya:Dan sesiapa Yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah Yang banyak dan rezeki Yang makmur; dan sesiapa Yang keluar dari rumahnya Dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Marilah sama-sama kita mengambil panduan dari ayat ini agar kita melangkah ke Tahun baru hijriyyah ini dengan penuh keazaman yang tinggi untuk berubah ke arah yang lebih baik dalam semua aspek, baik luaran maupun dalaman. Karena hijrah itu memerlukan persiapan dan perubahan dalaman dan luaran, tidak bermakna jika kita hanya berhijrah atau berubah dari sudut penampilan sahaja tetapi dari sudut dalaman kita Zeroo. Inilah menggambarkan Aqidah seorang muslim yang sentiasa mengharapkan keampunan dan Mardhotillah. Apa yang penting bagi seorang muslim adalah niatnya, jesteru itu mari sama-sama kita tajdidkan (perbaharui) niat kita tidak lain tidak bukan hanyalah ikhlas karena Allah swt.

Jumat, 04 November 2011

Biro Imigrasi: Alhamdulillah.. Selesai Sudah

Jumaat, 4 Nov- Pada jam 10.00 WIB, Timbalan Yang Di Pertua, Persatuan Kebangssan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh sesi 2011/2012, saudara Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin bersama Timbalan Pengerusi 1, Biro Imigrasi dan Kepolisian, saudara Sofian Bin Kamuarden telah bertemu dengan Kepala Sesi Bahagian Pengurusan Visa dan KITAS, Bapak Iskandar untuk berbincang mengenai pengurusan dan prosuder Imigrasi. Perbincangan ini telah bermula pada hari Rabu yang lalu dan selesai pada hari ini.

Biro Imigrasi dan Kepolisian PKPMI CA telah bertegas dan bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah yang telah lama di hadapi oleh mahasiswa Malaysia di sini mengenai pengurusan dan pembayaran yang perlu dijelaskan.

Sofian Bin Kamuarden
Timbalan Pengerusi 1, Biro Imigrasi dan Kepolisian, Saudara Sofian berkata, masalah ini telah lama di hadapi oleh mahasiswa sejak dari tahun 2009 lagi. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Biro Imigrasi dan Kepolisian sesi kali ini perlu bertegas dalam memastikan masalah yang telah lama berlarutan ini diselesaikan segera.

"Jadi, saya bersama dengan TYDP telah berjumpa terus dengan Bapak Iskandar dalam mencari penyelesaian dalam memudahkan urusan agar pihak PKPMI-CA dan Imigrasi mendapat manfaat hasil dari kesepakatan yang telah dibuat."katanya.

Hasil perbincangan tersebut, maka hasil kesepakatan yang telah dibuat adalah:
  1. Pihak PKPMI-CA akan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Imigrasi, Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (HAM) dan undang-undang Republik Indonesia. (termasuk pembayaran)
  2. Pengurusan pendataan lengkap akan diuruskan oleh PKPMI-CA sebelum di serahkan ke
    Kantor Imigrasi. Hanya untuk pengurusan VISA dan KITAS sahaja.
  3. Pengurusan Single Re-Entry atau Multiple Re-Entry, itu urusan mahasiswa yang berkaitan (yang hendak pulang sahaja)
  4. Setiap pengurusan/permohonan hendaklah masuk seminggu sebelum tarikh berangkat/ mati VISA dan KITAS.
"Insha Allah, dalam beberapa waktu terdekat, pihak Biro Keimigrasian dan Kepolisian PKPMI CA akan membuat taklimat khusus mengenai prosuder Keimigrasian dan Kepolisian Republik Indonesia. Sangat-sangat di harapkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang bernaung di bawah PKPMI-CA dapat mengambil berat dan peka dalam hal ini."

"Insha Allah, selepas taklimat yang akan diberikan nanti, semua yang berkaitan dengan prosedur dan undang-undang akan di berikan kepada wakil rumah dan akan diletakan di blog PKPMI CA sebagai maklumat yang baku dan umum. Kami akan membantu ahli di sini sebaik yang mungkin dan diharapkan kerjasama yang baik dari ahli pun dapat diberikan sebaiknya agar pengurusan berjalan dengan baik juga"

"Alhamdulillah, selesai sudah..." kata beliau sambil tersenyum riang sebelum mengakhiri wawancara.

Kamis, 03 November 2011

Mahasiswa Tidak Peka: Biro Imigrasi

Selasa, 1 Nov- Mahasiswa Malaysia yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Aceh yang menuntut di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry telah berjumpa dengan pihak POLRESTA di Banda Aceh untuk di uji tentang pengetahuan am tentang undang-undang warganegara asing (WNA), Republik Indonesia.

Hasil yang diterima agak memalukan. Ini kerana sebelum ini, taklimat telah diberikan kepada semua mahasiswa baru sebelum hari Hari Ukhuwwah Islamiyyah (HUI) pada akhir September yang lalu. 

Menurut Timbalan Pengerusi 2, Biro Imigrasi dan Kepolisian, Saudara Sofian Bin Kamaruden, mahasiswa tidak peka terhadap masalah-masalah yang berlaku menyebabkan kegagalan dalam komunikasi. Lebih-lebih lagi mahasiswa menganggap undang-undang di Indonesia ini sebagai benda-benda yang sepele. Hakikatnya perkara ini yang harus di ambil berat dan penting.

Menurut beliau yang merupakan mahasiswa tahun 3, Fakulti Ushuluddin, jika perkara ini terus berlanjutan, mahasiswa-mahasiswa di sini akan mengalami masalah dan yang akan menanggung perkara ini adalah pihak PKPMI-CA. Dan jika makin memburuk, perkara ini akan menjadi masalah negara. Ini yang perlu ditekankan.

Sofian berkata lagi, ketua rumah haruslah memainkan peranan penting dalam hal ini. Ini merupakan hal yang sensitif semasa kita di luar negara. Dan ahli rumah hendaklah beri kerjasama yang sebaiknya dalam memudahkan proses dan pengurusan ini.

"Insha Allah, Biro Imigrasi dan Kepolisian akan membuat taklimat sekali lagi untuk memastikan semua mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini peka dan tahu tentang undang-undang yang berlaku semasa mereka berada di sini. Kami cuba sedaya upaya untuk merealisasikan misi Biro ini" Katanya mengakhiri wawancara.

Menurut Timbalan Yang DiPertua PKPMI CA sesi kali ini, Saudara Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin, Mahasiswa Malaysia haruslah peka dan sensitif dengan keadaan. Pihak PKPMI-CA amat-amat menekankan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di sini dan bertanggungjawab atas perkara yang belaku.

Sebagai langkah berjaga-jaga, menurut beliau lagi, mahasiswa di sini hendaklah sentiasa mengambil tahu dengan isu-isu semasa. Sebagai mahasiswa, pemikiran kita bukan lagi di sekolah menengah. Itu pemikiran "low profile". Mahasiswa adalah agent of change seharusnya mempunyai pemikiran yang matang dan sensitif dengan perkara-perkara tertentu. Bergerak dengan pantas dan peka terhadap sekeliling.

"Jangan hanya duduk di rumah, buka internet dan main game sahaja! Mahasiswa adalah seorang yang intelektual dan profesional dalam menguruskan hidupnya! Barulah kita pulang ke Malaysia nanti, kita dapat memberi manfaat pada masyarakat, bangsa, negara dan Islam terutamanya." Katanya mengakhiri perbualan.



Selasa, 01 November 2011

Unit Hisbah: Satu Pendekatan Dekati Biah Solehah


Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep Amar Makruf Nahi Mungkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yang terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa pula.


Maksud firman Allah swt : 

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya".
           (Surah Ali 'Imran : ayat 104)

Maksud sabda Nabi saw :
"Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti bangunan, saling kuat- menguatkan antara satu sama lain".
    (Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasaie)

OBJEKTIF

1. Bertanggungjawab dalam membenteras kegiatan maksiat yang berlaku di kalangan ahli PKPMI-CA.
2.  Bertanggungjawab terhadap permasalahan sosial yang berlaku.
3.  Bertanggungjawab berkaitan dengan keselamatan dan disiplin ahli PKPMI-CA.
4.  Memastikan hak hamba dengan Allah (kefardhuan) dan sesama manusia terlaksana.
5. Melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar dan menegakkan biah solehah di kalangan ahli PKPMI-CA.

Timbalan Biro Sukan Masuk Rumah Sakit

Timbalan Biro Kesenian dan Sukan 2, Saudari Nurul Saadah Binti Hasan Basri dikejarkan ke rumah sakit Bulan Sabit Merah Indonesia malam tadi. Nurul Saadah yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Ushuluddin, IAIN Ar-Raniry di hantar pada jam 9 malam. 

Menurut rakan serumah beliau, Nurul Saadah dikatakan muntah-muntah selepas makan dan tidak dapat menerima makanan setelah itu. 

Doktor yang meeriksa beliau, Dr. Hazarani mengesahkan bahawa beliau terkena sakit gastristis (sejenis sakit yang berkaitan di organ usus). Ini disebabkan kandungan asid yang terlalu tinggi oleh kerana kurang minum air dan makan. Penyakit ini sering di deritai oleh sebahagian mahasiswa.

Tengahari tadi, Timbalan Pengerusi HELWANI (Hal Ehwal Wanita) PKPMI CA, Saudari Nurul Farhana Binti Samsuddin dan Timbalan Pengerusi Biro Dakwah Dan Pembangunan Insan, Saudari Siti Zubaidatul Jannah Binti Nordin datang menziarahi bagi mengetahui keadaan beliau sekarang.

Pihak PKPMI CA juga telah menggerakkan Biro 3K (Kebajikan, Keselamatan dan Kediaman) untuk melancarkan sumbangan derma kilat bagi beliau. Moga-moga sumbangan ini dapat meringankan kos perubatan beliau. Pimpinan dan keluarga besar PKPMI-CA mendoakan beliau agar cepat sembuh dan kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Yayasan Perak Beri Sumbangan Qurban


Banda Aceh, 31 Oktober.- Seramai 30 orang dari Yayasan Perak datang menziarahi Rumah Mes, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Aceh (PKPMI-CA) di Inong Balee semalam. Mereka disambut oleh Timbalan Yang DiPertua PKPMI-CA, Saudara Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin, Pengerusi Biro Dakwah dan Pembangunan Insan, Saudara Zakiran Fahmi Bin Yusof, dan Timbalan Pengerusi Biro Imigrasi, Sofian Bin Kamaruden.

Rombongan yang diketuai oleh saudara Hakimi, tiba di Banda Aceh semalam dengan menaiki pesawat Firefily dan terus berkunjung untuk bertemu dengan pelajar Malaysia di sini pada jam 5 petang dengan menaiki bas Pariwisata Aceh.


Tujuan mereka datang adalah untuk menyampaikan sumbangan Qurban kepada PKPMI-CA dalam bentuk pakaian terpakai dan kewangan. Sumbangan disampaikan oleh Jawatankuasa Khas Menteri Besar Perak dalam bentuk kewangan. Sumbangan yang diberikan berjumlah Rp 8,250,000 manakala daripada sumbangan orang ramai berbentuk pakaian yang terpakai untuk diberikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.